Hasrat hati nak ke Kuala Terengganu tercapai jugak.. yeay.. kira langkah kanan la jugak cuti masa hari raya Haji tu.. Dah lama jugak tak updated blog.. kenangan camni mesti kita sematkan sebelum lupa dari memori.. Pada cheq percutian ni ikut pada kemampuan memasing dalam negara juga tak kurang menariknya.. Cheq lebih gemar kepada percutian bajet terutama yang berkeluarga macam cheq nie.. Sebenarnya tak rancang pun blk Kota Bharu hanya untuk menyambut Aidiladha.Tetiba pagi tu sesaje ckp ngan en hubby jom jenjalan ke ganu kenkonon balik hari.. Sekali jauh jgk nak sampai ke Kuala Terengganu ku pikirin dekat memandangkan tak biasa dgn jalan di sana kami ambil keputusan bermalam di sana daripada sesat larat memalam hari.. Dahla cheq ada anak kecik so.. tak nak amik risiko..
Kuala Terengganu
Muzium Terengganu
Oleh kerana tak rancang ape2 masa tu tak tahu jugak ke mana arah tuju.. baru teringat dalam kepala muzium dekat kuala terengganu nie menarik memang teringin nak lihat dari dekat. Tak menghampakan bangunan bercirikan tradisional nie sangat cantik.. Rasa bersyukur dapat melihat pemandangan indah nie kan. Tak silap muzium nie terbesar di Asia hokey.. Kepada yang ingin melawat muzium ni beralamat Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kamera tak di benarkan masuk ada di sediakan loker kat situ.. Tapi persekitaran luar boleh la bergambar banyak mana pun. Musium nie besar tak habis la jugak pusing nyer ade anak kecil la katakan.. Ada pelbagai galeri dan tak silap 5 tingkat bahagian paling best adalah galeri sumber alam di mana byk binatang di awetkan paling unik yg di jumpai di Terengganu kiranya klu korang tengok believe it or not.
Aktiviti kat luar muzium je dapat kongsikan gambar
Si abang memang excited nak kasi ikan makan
Memang lapar betul ikan nie bukan main banyak lagi datang
Pemandangan menarik dari sini
nampak tak apa yang cheq nampak apakah penyu itu
adik cakap best la muzium nie
Salamat pagi Kuala Terengganu
Menginap di Hotel Seri Malaysia betul2 berada ditengah bandar berdekatan dengan Pasar Payang dan Pulau Warisan sangat mudah terutama untuk bershopping.. haha.. serius tak tipu !!!
Adik breakfast dulu
Pulut Pagi pembuka selera
Santai tepi kuala
Kampung Cina Pulau Warisan
Merupakan penempatan kaum cina tertua sejak kurun ke 15 .Di kenali juga dengan I City Terengganu telah di jadikan tempat pelancongan terkenal dengan lorong mural yang sangat kreatif. Kalau nak datang sini di cadangkan sebelah petang bolehlah tengok keindahan cahaya lampu malam. Kalau anda gemar berfotografi datang lah siang hari..
Dah jumpa penyu puas hati
Pelihara penyu terancam
penumpang blkg berat sampai tayar dah pecah la..
kat terengganu juga ada love keypad kunci cinta anda ya
setiap lorong ade keunikan tersendiri
Paling suka batik tradisi sangat kreatif kan
Pasar Payang
Syurga membeli belah dekat sahaja dengan hotel yang kami stay tu.. daripada pakaian ,batik , makanan memang rambang matalah nak perabih duit.. Wajib beli keropok & keropok lekor jangan lupa tau.. ole2 untuk bawa pulang ya.
betul tak macam - macam ada
Keropok pun banyak pilihan macam mana tak rambang mata mak jemah
ibu adik dah lapar
I City ganu
Sebelah siang nak masuk lorong2 kehidupan jom nengok
Lorong Penyu
Alamak tak pasal2 dah kena
Cina Peranakan
bangunan klasik
Dragon Fly..
Merentasi Kuala
sedang meneroka
Pualu Warisan pulau buatan
Sekian saja jenjalan ke kuala terenganu nie tunggu saya da besar skit nak bawak ibu ngan ayah pegi taman tamadun pulak..
No comments:
Post a Comment