Monday 3 August 2015

Musim Durian Jom Bercuti ke Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai


Salam sihat sejahtera hendaknya.. 
Hot Spring Sungai Klah ??
Apa yang best kat sini.. Macam2 hadoo.. nak2.. time mosim doyan nie.. 
Memang kiter rekemen kat awok2 datang sini selain tarikan utama kolam air panas. Korang jgk boleh makan doyan kat situ.. Satu2nya hotel yang boleh makan doyan.. pelik dak?? Sebenarnya tempat nie diuruskan oleh Felda Plantation Resort yang berkeluasan 6.5 hektar.Di bangunkan betul2 dalam kawasan ladang sawit dan dusun durian.Kalau dari Kuala Lumpur hanya 2 jam sahaja untuk sampai ke Sungkai nie. 16.5 KM dari tol Sungkai untuk masuk ke Hot Springs.


Meh nak cerita pasal kolam ayaq hangat mana yang cheq tau la.. habis duk cacamarba loghat typo error kot..Banyak kebaikan yang kita dapat bila berendam dalam ayaq hangat nie yang penting semulajadi tu.. Kebersihan kasi 4 bintang mmg ok sangat la mai ngan keluarga.. Biasanya air panas boleh membuang toksin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.Selain boleh merawat penyakit lain seperti lenguh2 badan , sakit sendi , Rheumastism , Arthiritist , sukar tidur dan gatal2 kulit...

Kolam Air Panas ( terbuka )
Suhu 35 c' dan ke atas.. Golongan yang punyai diabetis ada suhu tertentu yang mereka tidak di benarkan jadi hati2 yer.Selipar perlu di letakkan di tempat khas yang di sediakan.

 Aktiviti Berendam

Tempat rehat sambil berendam ayor hangat

Air panas dekat sini mengandungi 0.01 peratus sulfur.Bila mana air mengalir sulfur ini akan mendap ke bawah dan menjadi alga.Sulfur juga di kenali sebagai belerang inilah yang membantu penyakit kulit seperti gatal dan ruam.. Rendam lama kita dah tak akan rasa panas tapi kulit akan jadi mcm udang rebus kemerah merahan nah ko nak tunjuk kebal sangat kan.. 

Jom ke destinasi seterusnya tempat Merebus Telur dan Thereupatic Park 

Merebus Telur 
Suhu kat sini 100 C ' takat didih maka moh ler merebus telur.. Kedai menjual telur juga ada berhampiran bolehla membeli 6 biji rm 5 di sertakan kicap sekali. 

 Dah sampai tempat merebus telur

 Cara2 nak masak telur nak buat half ke @ rebus terus pun boleh tapi timing kena betul

 Kemudahan untuk merebus juga di sediakan

Thereupatic Park ( Spa terapi rendaman kaki ) 
suhu antara 35C' - 38 C' berhampiran sangat dengan tempat merebus telur tadi.

 Abah tak lepaskan peluang merendam kaki

 En hubby and Son also trying

agak selesa dengan keluasan tempat rendaman kaki nie

Kolam Air Gunung
Tempat untuk bermandi manda sebab air dia sejuk memang best.. Dah macam taman tema air sangat luas di sediakan juga kawasan untuk kanak2 dan dewasa.



Tempat Penginapan

Setelah penat bermandi manda seharian tempat penginapan juga memang selesa kami pilih room deluxe mengikut bajet yang hadoo..


Aktiviti Seterusnya Dinner..

 Makan dah tersedia
 Beratur apa lagi


Aktiviti keesokkan pagi makan durian jangan di lupa... 

 bekfast doyan


 siap bawa msk dalam resort lagi

 kita pilih sahaja mana mau

 kopek jangan tak kopek 

Sempat lagi tu sebelum check out doyan seround lagi
                                
Jom tengok sekitar resort dan kemudahan yang di sediakan 

 jogging dalam ladang sawit


 singboard


 Menanti Coffee House

Padang untuk aktiviti

Beralamat : Felda Residence Hot springs Sungai Klah Sungkai 36000 Perak Malaysia
Beroperasi : 8.00 am - 8.00 pm 
Family Day Packages : Adult RM 180 dan RM 110 kanak2.Dua hari satu malam termasuk entrance free for hot spring pool , Duluxe room , breakfast , lunch , Morning tea & Dinner.. 




No comments:

Post a Comment