Sunday 14 June 2015

Jenjalan Cari Makan Di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Assalammualaikum

Sebenarnya  negeri Cik Siti Wan Kembang banyak tarikan tersendiri terutama dari segi seni budaya.
Dan salah satunya terdiri daripada makanan yang memang dah sohor mcm nasi Kerabu dan kuih muih yg pelbagai. Kelantan nie memang syurga makanan lah pendek kata.. Jadi bila datang sini dah tentu nak mencari tempat makan yang best.. Bukan selalu datang kan..
Okey saya kongsikan tempat makan yang menarik nie.


 Kopitiam Kita

Untuk mencari kelainan bersarapan pagi di Kota Bharu selain nasi berlauk bolehla ke Kopitiam Kita. Untuk mencuba sendiri roti Titab nie.Roti bakar nie sangat lembut yang paling best campuran sekaya bersama telur separuh masak menjadikan roti nie lebih sedap.Menu ringkas seperti ini yang menjadikan sesuatu makanan tu lebih sedap.Selain itu pelbagai pilihan nasi berlauk seperti nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin dan juga nasi Tumpang.



 Roti Titab


Beralamat:Taman Desa Jaya,4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu,  Kelantan,   Malaysia. 
Waktu Operasi : 7.00 am - 1.00 pm
No Phone :019-9810888




Kedai Kopi Din Tokyo

Beralamat : Kedai Kopi Din Tokyo, Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 Untuk bersarapan pagi jangan lupa untuk 
singgah kedai Pok Din Tokyo nie.
Antara menu yang ada di sini seperti nasi berlauk , nasi tumpang , 
Teh Tarik Dangdut dan Teh tarik Halia telur Puyuh.


Telur Ping Pong

 Menu yang sohor dekat sini adalah telur separuh masak. Memang best rasanya dimakan bersama serbuk lada hitam yang di buat sendiri oleh Pok Din berserta kicap yang disediakan.

Telur Taliban Paling banyak permintaan.

 Makan dekat sini boleh mendengar Pok Dik berceloteh beliau memang sangat peramah.Kadang2 Pelbagai bahasa yang boleh kita dengar.

Pasar Besar Siti Khadijah

Beralamat : Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 Dah sampai Kota Bharu jangan lupa singgah Pasar Besar Siti Khadijah.Kat sini pelbagai pilihan kuih muih terkenal negeri kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Makan tengah hari tepi pantai tentu bestkan perghh.. lagi2 pekena cholek.Ape cholek tu?
Sebenarnya adalah seafood yg telah digoreng atau di celup tepung kemudian di cicah sambal dia yg sgt sedap.Cholek nie seperti rojak cuma beza skit sbb seafood tu di goreng bersama tepung ramuan atau resepi sendiri.Pelbagai pilihan ada seperti ikan, ketam, sotong dan terdapat jgk dalam bentuk bebola lebih senang untuk dimakan.Tak perlu risau mmg byk pilihan ikut kegemaran masing2.kalau suka sotong bole ambil bebola sotong.Cholek yg best boleh cari di PCB.

Tengok tu pilihan banyak fikir dulu nak makan yang mana.

PCB memang terkenal dengan jagung nya yang manis sama ada rebus mahupun yang bakar.Jadi jangan lupa untuk rasa.Boleh juga beli di sepanjang jalan menghala ke PCB nie.

Tadaaa.. ha nie la Cholek tgu nak ngap msk mulut jak



Air dah tentu berasaskan kelapa tepi laut kan.
Coconut Shake

Ice Cream Kelapa


Mee Udang
Selain Cholek ade juga makanan lain seperti maggi ketam, sup belut dan pelbagai nasi goreng.

ABC kelapa


D'Syaz Cafe (Maggi Ketam) 
 Kem Kijang, 

Jika bermalam di resort berdekatan PCB anda bolehlah mencuba menu di restoran D'Syaz Cafe yang berasaskan ketam.Makanan kat sini memang sedap.


Di restoran nie akan di sediakan bahan di atas opcos la untuk permudahkan mengambil isi ketam.
Ketam Nipah agak besar isi nya manis mmg sedap.

Nasi Goreng Ketam

agak banyak jgk nasi dia mmg puas hati kan.

Maggi Ketam

Mee Goreng Ketam

D'Syaz Cafe (Maggi Ketam)
Opposite Kem Kijang,
Jalan Pantai Cahaya Bulan,
Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 013-9435050 | 019-9625390
Business hour: 4:00pm to 3:00am


Selamat menjamu selera di Negeri Cik Siti Wan Kembang

2 comments:

  1. Asalam kenal blog..hebatnya ..tertarik nak berkenalan dengan blog anda

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi membaca en Etuza.Sayajuga masih baru dalam dunia blogger.

    ReplyDelete