Salam Ramadhan
Bulan puasa yang barakah nie dah tentu kita mahu sihat untuk menjalani rukun yang wajib nie kan.
Salah satu cara untuk kita kekalkan stamina atau tenaga adalah dengan pengambilan buah-buahan kering.Terdiri daripada buahan seperti Kurma , Prun , Kismis , Anggur Kering , Ceri Kering , Buah Tin dan juga Aprikot kering.Bagaimana buah kering ini memberi tenaga ? Buah kering ini membekalkan gula semulajadi di samping itu mengelakkan kita daripada dehidrasi dan mempunyai khasiat yang tertentu untuk merawat penyakit.Antaranya seperti jantung ,asma ,strok , anemia , Kencing manis , sembelit dan mengurangkan kolesterol jahat.Buahan kering memang banyak serat sangat baik untuk sistem penghadaman kita.Buahan kering juga kaya dengan zat galian macam potasium , kalsium , dan zat besi yang baik untuk sel darah merah.Mengamalkan buahan kering ini dapat elakan gula tambahan.Beta keroten adalah antioksidan yang dapat melindungi badan terutama masalah alzheimer (nyanyuk ).
Kurma
Mengandungi karbohidrat , zat besi , potasium , kalsium dan magnesium yang mana baik untuk tulang dan kecerdasan otak.Juga membantu dalam masalah usus dengan menghalang bakteria penyebab penyakit gastrik serta menguatkan gigi.
Prun
Prun
Buah prun kering nie kaya dengan serat,potasium dan antioksida jom amalkan.
Kismis
Kismis kaya dengan zat besi sangat membantu kepada sistem penghadaman , kurangkan kolesterol yang terlalu tinggi , bagus terutama untuk daya ingatan sebab tu jika nak exam perlu amalkan makan kismis nie.Awek muda sebab melambatkan penuaan.
Ceri
Buah ceri pula kaya dengan potasium dan vitamin A.Biasanya buah - buahan memang banyak khasiatnya kandungat zat sahaja yang berbeza.Untuk kekal sihat kita sebenarnya di sarankan makan buahan yang terdiri daripada 7 warna berlainan agak mustahil kan.Jadi cukup dalam menu ada hidangan buah - buahan.
Aprikot
Beta kerotin terdapat dalam buah Aprikot nie selain itu serat yang tingi.Kandungan potasium dan magnesium menguatkan tulang.
Kiwi
Kiwi
Buah kiwi nie kaya dengan vit c sangat bagus untuk kecantikan kulit.Fungsi vitamin C melawan jangkitan dan bersifat antioksidan.
Tin
Buah tin juga adalah makanan sunnah ada di sebutkan dalam Al Quran jadi tentu banyak khasiatnya. Dapat mengurangkan kolesterol jahat , serat tinggi ,kalsium , mengandungi juga vitamin B6 , Vit E , potasium , antioksidan ( menghalang radikal bebas mencegah barah ) dan fosforus baik untuk mencegah tulang reput osteoporosis. Selain makan air rebusan buah ini menurunkan tekanan darah tinggi dan diebetes.
Cara membuah buah kering sendiri
- Menjemur di bawah matahari atau masukkan dalam ketuhar.Kandungan zat buahan kering ini sama dengan ketika segar. Jom amalkan Insya Allah.
Cara membuah buah kering sendiri
- Menjemur di bawah matahari atau masukkan dalam ketuhar.Kandungan zat buahan kering ini sama dengan ketika segar. Jom amalkan Insya Allah.
No comments:
Post a Comment