Rantau Panjang Kelantan nie adalah tempat terbesar untuk membeli belah.
Oleh kerana bersempadan dengan Thailand maka banyak jugak barang di import dari negara jiran kita tu.
Kepada kaum wanita jangan ler risau terutama kalau nak bershopping sakan tuu..
Rantau Panjang nie adalah kawasan Bebas Cukai.
Sebab ape saya tujukan kpd kaum wanita?? jeng.. jeng...Syurga pinggan mangkuk pelbagai jenama terkenal Corelle , Vintage , Vision dan bermacam2 lagi..
Selain tu ada juga barangan lain seperti handbag , kasut , Jersi , makanan tempatan ,baju tidur ,mainan kanak2 memang meriah..
Get ready utk pusing pekan rantau panjang nie
Dekat sini kita boleh tawar menawar kalau boleh kena pandai kecek kelate skit ..
Kebanyakan barang yang di jual memang Made in Thailand.Barangan tempatan pun banyak juga.
Makanan yang paling sohor kat sini Mee Celup mmg terbaikkk..
Korang jangan lupa mencuba.
Oke jom skodeng barang plakkk
siapa peminat corelle
Jenama Vision boleh masak terus atas api
Kuali dan periuk kukus
Termos pun ada
Peminat Jersi tgu apa lagi
pilih jangan tak pilih kasut tu yek
Baju tidur mcm2 pilihan
kadai celoreng2 pun ado
Tadaa.. ini ice cream Baba
Ice cream nie unik dan sedap. Serius korang kena cuba. Apa yang unik ada pelbagai bahan diletakan mcm roti , kacang , jagung , cincau , jelly ala2 cool blog tuu..Paling best ice Cream homemade dorang la kan.
kacang made in Thailand semestinya halal
Sekadar berkongsi serba sedikit informasi tentang Rantau Panjang.. Salah satu tempat mesti lawat kalau datang negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment