Monday, 6 November 2017

In 2 it Matte Lipstik Dengan Warna Nudist

In 2 It Matte Lipstik
 
Assalammualaikum ,
 
 
okey !! okey !! girls
kita bagi tau ni hah lipstiks kita pakai hari - hari tuu..
kita tak berahsia pun ni kite nak bagi tau laa..
sejak jumpa lips matte ni memang terus jatuh cinta 200%
 
 
In 2 It Lips Matte ni ada banyak warna terdiri daripada warna nude dan warna bold. Korang boleh pilih warna yang korang suka.
 
Koleksi terbaru dipasaran warna - warna fantasi lips matte :
  • Dark Cherry
  • Red Delight
  • Hot Paprika
  • Sugar Pink
  • Sweet Violet
 
 
Limited Edition berharga RM 16.88  kena cepat dapatkan harga promo di Guardian.
( harga biasa RM 22.90 )
 
 
Warna lips matte yang sedia ada dipasaran seperti :
  • Revel / 01
  • Ritzy /  02
  • Ravish / 03
  • Regal / 04
  • Rogue / 05
 
 
Warna yang menjadi pilihan
 
In 2 It adalah jenama yang telah lama bertapak dalam dunia kecantikan jadi tak perlu lagi takut ada kesan side effect. Kandungan lips matte ni antaranya :
  • kaya dengan pelembab
  • Vitamin E
  • Luffa Seed Oil
  • Sea Grass and Corn 
 
Memang bestla bila pakai lips matte nie sekali sapuan je dah cover semua lips korang. Jadi jimat tahan lama  harga pun murah. Lips matte ni setanding jenama NYX , Kylie. Hah memang cantik dan sekata je warna kat bibir kita tuu..
 
 
 
Sweet Violet
 
 
Bau lips matte ni best jugak. Sebenarnya korang macam tak sedar pun lipstick nie ada kat bibir sebab dia smooth , soft and creamy sangat. Lips matte nie tahan lama even korang dah makan pun masih ada lagi warnanya. Jika nak solat korang kena remove dengan makeup remover baru tanggal. Lips matte nie tak keringkan bibir sebab non sticky formulation sebab tu kita suka pakai.
 
 
 
Ravish Colour
 
Packaging lips matte nie menarik simple jer dengan transparent tube korang boleh nampak jelas warnanya. Tertera juga manufacturing dan expired date at the bottom portion. Soo don't worry girls.
Lets try girls comfirm korang mesti jatuh cinta punyalah..  
 
 
 
Ritzy Colour 


More Details : In 2 It Malaysia

Saturday, 4 November 2017

Legoland Malaysia Mengujakan !!!




Apa yang kita tahu tentang Legoland ? 
Betul taman tema yang di bina daripada lego yang berwarna warni dan di cipta dengan sangat kreatif.
kita nak tahu apa lagi yang menarik tentang Legoland okey meh kita cerita serba sikit yang kita tahu dan borkongsi bersama.

Legoland ini dimiliki oleh British iaitu Merlin Entertainment Group yang merupakan syarikat hiburan terbesar di Eropah yang menjalankan 114 tarikan taman tema di 23 negara lain.Pada tahun 2012 Legoland pertama di Asia telah di buka dekat Malaysia dan adalah taman yang keenam di dunia. Membolehkan pelawat serta pelancong sekitar Asia datang untuk mengembara dalam Legoland.  



tunggu cucu sampai tertidur atuk sebelah kita nie


Kesempatan yang diberikan oleh Johor Tourism melawat taman tema Legoland Malaysia pada Oktober tahun ini sangat mengujakan dengan aktiviti Legoland iaitu "Hallowen family night out " . 
Hah tema menakutkan dan menyeramkan bersama anak - anak dan keluarga.


Brick or Treat 2017

Antara aktiviti yang dijalankan sempena tema hallowen Brick or Treat seperti : 

- Trail Spooky 
  • Uji kuasa jeritan 


- A spell 
  • Kumpul setem Hallowen dan tebus beg hadiah 


- Membina banggunan Hallowen yang menakutkan untuk memenangi Duplo edisi terhad. 






Jom lihat apa lagi taman tema yang ada dalam Legoland Malaysia nie :

  • Lego Ninjago World
  • Miniland
  • Imagination
  • Lego Technic
  • Lego Kingdoms
  • Land of adventures
  • Lego City
  • Water Park


Legoland Maps

Ninjago World 

-The Ride 

  •  Di sini korang kena mengalahkan Devourer untuk mendapatkan status ninja menggunakan bebola api , kilat , air dan juga ombak.

  • Di benarkan untuk kanak - kanak 4 tahun    

- Sensei Shop

  • Adventures deport kedai pakaian bertemakan pahlawan dan mainan lego.
  • big shop terletak di pintu masuk utama menjual cenderahati lego seperti sweetshirt, cawan , alat tulis dan banyak lagi. 
  • Driving school retails shop 



Shop

- Zene 's Tample Build

  • Membina model Ninjago di biara lama dengan Zene dan Ninja Ice.


Miniland 




- Miniland adalah taman miniatur sebenar atau mercu tanda ikon seluruh dunia di tempatkan dalam Legoland Malaysia mengikut seperti negara asal sebenar wow memgagumkan. 

- Taman ini di bina daripada 30 Juta Lego banyak kan. 

- Antara miniatur yang terdapat dalam Miniland ini seperti : 

Pelabuhan

KLIA

Karaweik Hall Myanmar
 Terletak di Yangoon di bina ilham daripada makluk mitos juga tongkang kerajaan kuno.


The forbidden city & Greet wall China

Johor Bharu

Johor Bharu

Ferris Will London 


Taj Mahal


Legoland Imagination  

- Inspirasi daripada Duplo zon kanak - kanak untuk membina banggunan.
- Imaginasi akan menjadi lebih kreatif jika dibina menggunakan Lego.


- Duplo Ekspress pula terdiri daripada :
  • Play Town 
  • Miniature of Legoland
  • Amazing Trail Ride 

- Duplo Playtown 
  • Bermain dan belajar memanjat
  • Bermain bersama binaan ladang haiwan dan gelungsur berkenderaan dan banyak lagi.

- Kids Power Tower 
  • Belajar bekerjasama untuk bekerja dengan kekuatan sendiri.

- Lego studies 
  • 4D Movies

- Observation Tower 
  • Menara pemerhati 360 % untuk melihat keseluruhan taman.

- Pizza Mania 
  • Merasai makanan pizza Itali di cafe Pizza Mania  

Lego Technic 

Lego Workshop 
- Aquazone 
  • Perlumbaan ombak "wave racer" 
  • Berlumba dalam ombak dengan berpusing dan meletupkan bom air disekitar.
- Asian Deli 
  • Cafe makanan Asian seperti Assam Laksa, Kari ayam , Nasi Lemak , Chicken wing.
  • Dibuka setiap hari 11.00 am - 5.00 pm
  • Ditutup pada Isnin & Selasa 
- Cool Hut 
  • Cafe minuman terdapat pilihan air sejuk seperti Milk Shakes , Ice Kacang dan miniman ringan. 



- Lego Academy 
  • Education workshop
  • Lego building zone
  • Ruang berhawa dingin 


- Lego Mind Stroms 
  • Membina minda kreatif untuk mencipta robot Lego 

- Lego StarWars Miniland 



  • Tarikan daripada filem Star Wars 
  • Model , Ikonic , karekter daripada Star Wars seperti Yoda , Darth Vader & Sith Lords 
  • Bunyi aksi , cahaya menjadikan seperti reality menjadikan pengalaman menarik kepada keluarga.

- Project X
  • Roller Coaster 18 meter tinggi

- Technic Twister 
  • Spinning berpusing dengan kelajuan dan perlahan

Lego Kingdoms 

Lego Kingdoms

Menjadi raja dengan merentas "drawbridge" & memasuki istana dengan eksplorasi lagenda dengan merasai ketakutan naga dan pahlawannya.

King of The Lego Kingdom

Kingdoms Shop

Land of Adventures

- merentasi dunia Pharoahs & Dinosour
- Beetle Bounce 
  • Menunggang kenderaan dengan memasuki dimensi Mesir kuno

- Burger Juntion
  •  Cafe Burger 

- Dino Island 
  • Menaiki bot melalui gunung berapi dan terhempas dalam percikan air

- Lost Dino Kingdom Adventure
  • Mendaki padang pasir untuk menggali rahsia merungkai tinggalan kuil Mesir kuno serta memburu harta dengan mengumpul point untuk memenangi hadiah.

- Pharoah Revenge 
  • Cabaran dengan berlari ,melompat , melepaskan dalam taman dengan menembak bebola buih kepada sasaran . 

Lego City 

- Boarding School
- Driving School
  • learn about safety road
  • Junior driving school
  • berlumba sekitar landasan dengan memandu sendiri bagi kanak - kanak.
- Lego City Airport
  • Menjadi juruterbang , mengawal ketinggian untuk terbang di udara.
- Lego City Stage
  • Persembahan langsung untuk mengembara ke Lego Ninjago Universe
- Legoland Express 
  • Menaiki train untuk melawat keseluruhan taman tarikan dalam Legoland.
- Market Restourant
  • Cafe makanan asia dan western
- Rescue Academy
  • Cabaran sebagai bomba untuk memadam api 
- Snack Corner
  • Menjual Ice Cream , Milk Shake & pop corn 
- Stage Shop 
- The Ship Yard
  • Menjadi kapten dan pengemudi kapal dengan menyelusuri sekitar Legoland
Wahh semua menarik antara tarikan yang ada di Legoland anda boleh merasai sendiri pengalaman yang menyeronokan dengan datang sendiri di sini.

Beralamat : 

Legoland Malaysia
Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan Legoland
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Iskandar Puteri Nusajaya
Johor Darul Takzim Malaysia 

Tel : 607 5978888

Waktu Operasi : 9.00 am - 7 . 00 pm  

Website : Legoland 

Sunday, 29 October 2017

Masakan Tradisi Warisan Melayu Ada Di Dapur Warisan Johor (Kembara Johor part 4 )


Dapor Warisan Johor
Assalammualaikum,  
Perut dah lapar sepanjang lawatan di Johor Bharu kami di bawa ke sebuah Restoran Dapur Warisan oleh Tourism Johor. Di sini bukan makanan sahaja sedap dan paling best korang di persembahkan juga dengan Tarian Zapin yang memang sinonim dengan negeri Johor. Kiranya memang wajib singgah untuk makan disini jika anda berada di Johor Bharu.
Kedatangan kami di sambut oleh Dapur Warisan
Restoran ini bersesuaian dengan namanya Dapur Warisan tepat dengan konsep menghimpunkan masakan melayu dengan tema ' Sanjungan Kepada Tradisi ' . Kepada peminat makanan warisan bolehlah singgah di sini pasti anda berpuas hati sudah tentulah masakan tradisi ini harus dipeturunkan dari generasi ke generasi untuk meneruskan kesinambungan masakan warisan kita.
Pinggan Dan Cawan yang begitu Klasik

Suasana di restoran ini beserta hiasan dalaman dan peralatan seperti pinggan , cawan yang sangat klasik  mungkin susah untuk di jumpai kini seperti corak bunga kangkung. Ukiran melayu di sekitar restoran membuatkan seolah - olah kita berada di dalam suasana kampung yang membuatkan kita merindui kampung halaman sendiri walaupun di tengah bandaraya Johor.
Asam Pedas Ikan Merah
Masakkan dan hidangan negeri Johor sangat unik kerana terdapat pengaruh Arab , Jawa , dan Bugis. Menjadikan olahan makanan tersebut sedap .Elemen penting  dalam masakan melayu adalah gabungan rempah ratus tertentu yang menambahkan selera dan kesedapan kepada masakan tersebut.


Ulam - Ulaman Bersama Sambal Belacan
Menu yang paling Rare dan sedap di sini adalah Asam Pedas Ikan Merah dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Masakan wajib anda cuba di Dapur Warisan ni. Selain itu ada juga menu yang best seperti :
  • Spageti daging salai
  • Sup gear box merah
  • Gear box black paper
  • Lempeng kelapa bersama asam pedas tetel
  • Pengat Pisang
  • Lontong Kering
  • Satey Goreng
  • Sambal Jering
  • Nasi Ambeng
  • Kari Kambing

Tak sabar menunggu menu untuk dihidangkan

Bercerita tentang makanan negeri Johor terkenal dengan makanan tradisi mereka yang kini mudah di jumpai bukan hanya di negeri Johor tetapi di setiap pelosok Malaysia. Kerana makanan Johor mempunyai peminat tersendiri termasuk juga saya walaupun berasal dari negeri lain. Antara Makanan tradisi Johor seperti :

Laksa Johor  
  • Menggunakan santan kelapa untuk kuahnya dan spaghetti

Mee Bandung
  • Terkenal di Muar kebiasaannya diletakkan udang kering dalam kuahnya bagi menaikkan aroma dan rasa.

Mee Rebus
  • Mee yang di celur serta di letakkan kuah dan telur rebus sebagai sampingan.

Telur Pindang
  • Telur yang direbus bersama rempah selama beberapa jam biasanya dijumpai di majlis perkahwinan.

Otak - Otak
  • Daripada isi ikan dan di bakar dalam daun kelapa terkenal di Kempas dan Gelang Patah.  

Nasi Beriyani Gam
  • Terkenal di Batu Pahat


Soto
  • Nasi Impit bersama sup dan sambal kicap.


Burasak
  • Makanan orang Bugis.
  • Beras yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang di masak bersama santan.

Nasi Ambeng
  • Masakan Jawa
  • Dihidangkan ketika majlis yasin dan tahlil.
  • Nasi Ambeng dihidangkan bersama lontong dan Ungkep.


Tarian Zapin
Tarian Zapin selalu di persembahkan di Dapur Warisan selain itu ada juga persembahan tradisi tarian tradisional seperti Angklung setiap hari dan Ghazal di mainkan setiap malam Sabtu dan Ahad. Menceriakan makan malam anda. Sesuai bersama keluarga makan sambil bersantai melihat tarian yang jarang lagi di temukan seperti ini. 


Dari FB Dapur Warisan



Sangat tertarik dengan cerita Teh Tarik 5 sen Dapur Warisan yang saya sendiri telah di jamu teh ini selepas habis hidangan oleh staf mereka yang sangat friendly.Pada masa itu saya tidak sedar yang harganya begitu murah hanya 5 sen setelah melawat link fb mereka. Pada masa tu rasanya memang sangat sedap sebab saya memang peminat teh tarik . Rupanya teh ini dibancuh dengan adunan teh terpilih dan susu terbaik memberikan haruman dan kepekatan warna serta rasa kelat yang kaw sekali.




Terima Kasih Tourism Johor



Dapur Warisan Beralamat :

Lot 888 ,Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar,
Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bharu


Waktu Operasi :

12.00 pm - 11.30 pm

Tel : 013 7057301 / 016 7726146











Thursday, 26 October 2017

Fantasia Sanrio Hello Kitty Town ( Kembara Johor part 3 )


Sweet Couple Hello Kitty


Assalammualaikum,

Sanrio Hello Kitty ini adalah yang pertama dibuka di Johor Malaysia. Kedudukan yang strategik ini menjadi tarikan kepada pelancong dalam & luar Negara terutamanya daripada asean. Menjadikan keterujaan kepada peminat watak Hello Kitty untuk datang lebih dekat melihat sendiri tarikkan bertema Hello Kitty. Blogger media mengucapkan terima kasih kerana diberikan kesempatan oleh Johor Tourism untuk melawat taman tema ini.
Hello Kitty House

Hello Kitty ini di cipta oleh syarikat Jepun Sanrio pada tahun 1974 dan telah berkolaborasi dengan syarikat taman tema hiburan Hattema Group dari California untuk menghidupkan watak Hello Kitty ini untuk dikenali ramai. Kini Johor Malaysia mempunyai taman seumpama ini serta dibuka untuk menarik dan meningkatkan pelancongan dalam negara. Di buka pada akhir tahun 2012 Hello Kitty Town Johor adalah taman tema pertama dibuka di luar Jepun. Di tubuhkan oleh dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia , Khazanah Malaysia Berhad , TAR & H berfungsi sebagai industri riadah dan pelancongan.




Sanrio Hello Kitty Town terletak di Puteri Harbour Iskandar Johor Malaysia dimana lokasinya sangat strategik iaitu hanya 25KM daripada lapangan terbang Senai. Taman teman ini terdiri daripada empat tingkat dan menelan belanja sebanyak RM 350 juta. Selain Hello Kitty terdapat watak - watak popular lain seperti Thomas & Friends , Angelina Belerina , Barney & Friends serta Pingu. 
 
Sanrio Hello Kitty

Beralamat : SANRIO HELLO KITTY TOWN
                  Persiaran Puteri Selatan , 
                  Puteri Harbour
                  70900 Iskandar Puteri
                  Johor Darul Takzim
                  Malaysia.

Harga Masuk Taman Tema :
 
Hello Kitty Town  RM 85.00 
Thomas Town       RM 85.00
Two Park              RM 125.00

Untuk Pembelian ticket       : Tiket Hello Kitty & Thomas Town


Ruang Masuk
 Hello Kitty Town ini berada di aras 1 dan merupakan ikonik rumah lengkap terdapat beberapa bahagian seperti : 
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Tandas
  • Bilik Kitty
  • Bilik Pakaian
  • bilik Mimmy

Friendship Land
 Dalam Hello Kitty house ini banyak aktiviti menarik untuk kanak - kanak  dan ibubapa untuk mengambil bahagian bersama seperti ingin meraikan majlis hari lahir atau majlis khas , fotografi dan melihat persembahan langsung Hello Kitty dan kawan - kawannya. Selain itu terdapat kemeriahan yang lebih berwarna warni di tempat makan dan membeli belah semuanya bertemakan Hello Kitty.
Antara tarikan lain :
  •  Wishful studio
  • cinnamonroll cafe
  • purfect stage
  • tea cup ride
  • kawaii photo centre
  • Dream photo garden
  • kitty House
  • Friendship Land
  • Hello Kitty In OZ

Wishfull Studio / Purrfect Stage 

Disini kita boleh meet & greet dengan Hello kitty serta melihat persembahan juga.

Candy Parade 

Mini show with meet & greet
Purrfect stage performance level 1 , 1.00 pm
Parade Route level 1, 4.30 pm

Purrfect Stage  
Candy Parade
Persembahan langsung

Meet & Greet Hello Kitty

Dream Photo Garden Hello Kitty

Dream Photo Garden Hello Kitty level   1 = 11.30 am / 2.00 pm
Dream Photo Garden My Melody level 1 =  12.00 pm / 3. 00 pm
Dream Photo Garden Bad Badtz - Maru  =  12.00 pm / 3. 00 pm
Disini kita bole bergambar bersama Hello Kitty dan kawan - kawannya untuk kenangan.


Kawaii Photo centre

Dream Photo Garden

Summer Festival
 Tea Cup Ride 

Berpusing dalam cawan dan teko yang sangat ikonik.

Red Bow  Cafe 

Hello Kitty Cafe
 Di buka setiap hari pada jam 10 am hingga 6 petang. Penuhi citarasa anda dengan melawat Red Bow Cafe ini dengan makanan yang segar dihidangkan setiap hari . Paling best makanan kat sini semua bertemakan Hello kitty yang comel nie.. Nak makan pun sayang kan..

makanan bertemakan Hello Kitty
 Hello Kitty Merchandise Store

Comel sangat di setiap sudut dalam kedai ini . Banyak pilihan yang boleh dipilih untuk kenangan selamanya.


Pelbagai Cenderahati Hello Kitty

Bertemakan Pink

Bertemakan Hitam

Berjumpa Karaktor lain di Aras 2

Selain Hello Kitty terdapat juga karaktor lain seperti Angelina's Dance Studio , Bob the Builder , Pingu ' s Igloo , Barney & Yard dan fun zon yang lain. Manakala Thomas Town di level 3. 
BobThe Builder
 
Menjadi salah seorang ' Bob can do crew ' dan membantu Bob membina bangunan puzzle 
 
Bob The Builder






 
Angelina's Dance Studio
 
Di sini kanak - kanak boleh belajar tarian belerina bersama watak Angelina yang sememangnya pandai menari. Anak comel anda pasti teruja menari balet gituu..
 
 
 
Pingu's Igloo
 
Jom melawat rumah Pingu serta bermain bersama keluarga dan rakan anda .
 
 
Pingu's House

 
Barney & Friends

Barney tidak sabar untuk berjumpa dan mempersembahkan secara langsung persembahan mereka. Pasti seronok sepanjang hari disini.





Meet & Greet ( weekday ) Aras 2

Bob the Builder  =   3.00 pm
Angelina Bellerina Dance Class =  1.30 pm / 3.00 pm
Barney = 12.30 pm / 4.00 pm
Pinggu = 11.30 am / 2.30 pm


Persembahan Pentas

Bob the Builder hide & seek in sunflower valley = 12.00 pm
Barney Show = 3.30 pm


Meet & Greet ( weekend & school holiday ) Aras 2

 
Bob the Builder  =   12.00 pm / 2.00
Angelina Bellerina = 12.00 pm / 3.30 pm
Barney = 11.00 pm / 5.30 pm
Pinggu = 11.30 am


Thomas Town  


 
Peminat Thomas mesti lawat station ini di aras 3 banyak mainan menarik di sini .


 
Bertie the Bus
Thomas Bumping Buffers

Mc Bunn Café

Nikmati makanan yang hebat di Mc Bunn Café di the Island Of Sodor.


 

hiasan café yang menarik



Jangan lupa singgah di Sanrio Hello Kitty dan berjumpa watak kegemaran anda ya.