Tuesday, 7 July 2015

Jom Shopping Raya Dekat Kompleks kraftangan Malaysia KL


Salam..
Jom shopping raya last minute!!!
ha..ha..ha.. org ckp last minute baru feel nak raya kan..
Tapi... kena hadap kesesakan lautan manusia skit..
Korang tau tak ada lagi tempat lain yang berbaloi untuk kita shopping raya selain
Masjid Jamek dan Jln TAR.
Yang penting tak terlalu sesak dengan orang ramai dan faktor kepanasan dalam bulan puasa nie.
Produk yang di tawarkan adalah adalah hasil kraftangan dalam Malaysia sendiri.Dah tentu kualiti terjamin kan.Ada juga Produk yang exclusive dan mampu beli pendek kata pilihan di tangan anda.

Produk Batik

Malaysia sebenarnya kaya dengan hasil kraf jadi siapa lagi yang perlu menyokong produk buatan negara melainkan kita sendiri.Batik Malaysia telah melalui inovasi untuk menambah nilai dan menjadikannya lebih menarik.Bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi ke peringkat antarabangsa. Ada dua jenis Batik satu batik cop dan satu lagi batik lukis.. Apakata sesekali raya tahun nie berpakaian batik pulak mesti havoc kan.. Saya sendiri meminati batik terutama kain kapas memang sangat selesa mcm batik sarong tu..
Batik nie boleh di lukis atau di cetak atas material seperti sutera , crepe , siffon dan kapas. Bergantung kepada keselesaan masing2. Batik lukis paling cantik sehinggakan menjadikan dia exclusive.Kenapa sebab satu design untuk satu pasang sahaja dah x de yang lain.selain tu penggunaan warna yang banyak untuk menghasilkan 2 & 3 layer warna menjadikan batik sangat menarik lagi2 ditambah manik2 crumble kan.. Rekaan batik telah di modenkan bukan lagi hanya kaftan.korang bole juga dapat dress , jubah dan pario.

 selain batik ade juga fabrik tenunan

 Songket

 pelbagai dress

 deretan kedai yang ada di tempat pameran selain showroom sendiri.

 Seni kraf anyaman

 Untuk match dengan baju kebaya ada pelbagai pilihan dokoh dan pending yg penting unsur tradisional tu..

Brooch pun menarik

Tembikar untuk dekorasi kediaman

 Makanan tradisional terutama juadah hari raya juga ada
nie dia lemang..

 Rendang Tok

Demo buat ketupat nak beli pon bole

 Kerepek , Tempeyek pisang salai ala2 bandung gitu..

kitee pun beli jgk..
sape suke putu kacang..

 Kompleks kraf nie besar korang juga bolehla santai2 sambil shoping.


 Hasil kraf org asli Mah Meri

Hasil kraf daripada kayu


okey happy shopping yee..






Monday, 22 June 2015

Ramadhan Kekal Sihat Dengan Pengambilan Buahan Kering



Salam Ramadhan

Bulan puasa yang barakah nie dah tentu kita mahu sihat untuk menjalani rukun yang wajib nie kan.
Salah satu cara untuk kita kekalkan stamina atau tenaga adalah dengan pengambilan buah-buahan kering.Terdiri daripada buahan seperti Kurma , Prun , Kismis , Anggur Kering , Ceri Kering , Buah Tin dan juga Aprikot kering.Bagaimana buah kering ini memberi tenaga ? Buah kering ini membekalkan gula semulajadi di samping itu mengelakkan kita daripada dehidrasi dan mempunyai khasiat yang tertentu untuk merawat penyakit.Antaranya seperti jantung ,asma ,strok , anemia , Kencing manis , sembelit dan mengurangkan kolesterol jahat.Buahan kering memang banyak serat sangat baik untuk sistem penghadaman kita.Buahan kering juga kaya dengan zat galian macam potasium , kalsium , dan zat besi yang baik untuk sel darah merah.Mengamalkan buahan kering ini dapat elakan gula tambahan.Beta keroten adalah antioksidan yang dapat melindungi badan terutama masalah alzheimer (nyanyuk ).

Kurma



 Mengandungi karbohidrat , zat besi , potasium , kalsium dan magnesium yang mana baik untuk tulang dan kecerdasan otak.Juga membantu dalam masalah usus dengan menghalang bakteria  penyebab penyakit gastrik serta menguatkan gigi.

Prun


Buah prun kering nie kaya dengan serat,potasium dan antioksida jom amalkan.

Kismis

Kismis kaya dengan zat besi sangat membantu kepada sistem penghadaman , kurangkan kolesterol yang terlalu tinggi , bagus terutama untuk daya ingatan sebab tu jika nak exam perlu amalkan makan kismis nie.Awek muda sebab melambatkan penuaan.

 Ceri 
Buah ceri pula kaya dengan potasium dan vitamin A.Biasanya buah - buahan memang banyak khasiatnya kandungat zat sahaja yang  berbeza.Untuk kekal sihat kita sebenarnya di sarankan makan buahan yang terdiri daripada 7 warna berlainan agak mustahil kan.Jadi cukup dalam menu ada hidangan buah - buahan.

Aprikot


Beta kerotin terdapat dalam buah Aprikot nie selain itu serat yang tingi.Kandungan potasium dan magnesium menguatkan tulang.

Kiwi
Buah kiwi nie kaya dengan vit c sangat bagus untuk kecantikan kulit.Fungsi vitamin C melawan jangkitan dan bersifat antioksidan.


Tin


Buah tin juga adalah makanan sunnah ada di sebutkan dalam Al Quran jadi tentu banyak khasiatnya. Dapat mengurangkan kolesterol jahat , serat tinggi ,kalsium , mengandungi juga vitamin B6 , Vit E , potasium , antioksidan ( menghalang radikal bebas mencegah barah ) dan fosforus baik untuk mencegah tulang reput osteoporosis. Selain makan air rebusan buah ini menurunkan tekanan darah tinggi dan diebetes.


Cara membuah buah kering sendiri
- Menjemur di bawah matahari atau masukkan dalam ketuhar.Kandungan zat buahan kering ini sama dengan ketika segar. Jom amalkan Insya Allah.



Sunday, 14 June 2015

Jenjalan Cari Makan Di Negeri Cik Siti Wan Kembang

Assalammualaikum

Sebenarnya  negeri Cik Siti Wan Kembang banyak tarikan tersendiri terutama dari segi seni budaya.
Dan salah satunya terdiri daripada makanan yang memang dah sohor mcm nasi Kerabu dan kuih muih yg pelbagai. Kelantan nie memang syurga makanan lah pendek kata.. Jadi bila datang sini dah tentu nak mencari tempat makan yang best.. Bukan selalu datang kan..
Okey saya kongsikan tempat makan yang menarik nie.


 Kopitiam Kita

Untuk mencari kelainan bersarapan pagi di Kota Bharu selain nasi berlauk bolehla ke Kopitiam Kita. Untuk mencuba sendiri roti Titab nie.Roti bakar nie sangat lembut yang paling best campuran sekaya bersama telur separuh masak menjadikan roti nie lebih sedap.Menu ringkas seperti ini yang menjadikan sesuatu makanan tu lebih sedap.Selain itu pelbagai pilihan nasi berlauk seperti nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin dan juga nasi Tumpang.



 Roti Titab


Beralamat:Taman Desa Jaya,4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu,  Kelantan,   Malaysia. 
Waktu Operasi : 7.00 am - 1.00 pm
No Phone :019-9810888




Kedai Kopi Din Tokyo

Beralamat : Kedai Kopi Din Tokyo, Jalan Tok Hakim, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 Untuk bersarapan pagi jangan lupa untuk 
singgah kedai Pok Din Tokyo nie.
Antara menu yang ada di sini seperti nasi berlauk , nasi tumpang , 
Teh Tarik Dangdut dan Teh tarik Halia telur Puyuh.


Telur Ping Pong

 Menu yang sohor dekat sini adalah telur separuh masak. Memang best rasanya dimakan bersama serbuk lada hitam yang di buat sendiri oleh Pok Din berserta kicap yang disediakan.

Telur Taliban Paling banyak permintaan.

 Makan dekat sini boleh mendengar Pok Dik berceloteh beliau memang sangat peramah.Kadang2 Pelbagai bahasa yang boleh kita dengar.

Pasar Besar Siti Khadijah

Beralamat : Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

 Dah sampai Kota Bharu jangan lupa singgah Pasar Besar Siti Khadijah.Kat sini pelbagai pilihan kuih muih terkenal negeri kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Makan tengah hari tepi pantai tentu bestkan perghh.. lagi2 pekena cholek.Ape cholek tu?
Sebenarnya adalah seafood yg telah digoreng atau di celup tepung kemudian di cicah sambal dia yg sgt sedap.Cholek nie seperti rojak cuma beza skit sbb seafood tu di goreng bersama tepung ramuan atau resepi sendiri.Pelbagai pilihan ada seperti ikan, ketam, sotong dan terdapat jgk dalam bentuk bebola lebih senang untuk dimakan.Tak perlu risau mmg byk pilihan ikut kegemaran masing2.kalau suka sotong bole ambil bebola sotong.Cholek yg best boleh cari di PCB.

Tengok tu pilihan banyak fikir dulu nak makan yang mana.

PCB memang terkenal dengan jagung nya yang manis sama ada rebus mahupun yang bakar.Jadi jangan lupa untuk rasa.Boleh juga beli di sepanjang jalan menghala ke PCB nie.

Tadaaa.. ha nie la Cholek tgu nak ngap msk mulut jak



Air dah tentu berasaskan kelapa tepi laut kan.
Coconut Shake

Ice Cream Kelapa


Mee Udang
Selain Cholek ade juga makanan lain seperti maggi ketam, sup belut dan pelbagai nasi goreng.

ABC kelapa


D'Syaz Cafe (Maggi Ketam) 
 Kem Kijang, 

Jika bermalam di resort berdekatan PCB anda bolehlah mencuba menu di restoran D'Syaz Cafe yang berasaskan ketam.Makanan kat sini memang sedap.


Di restoran nie akan di sediakan bahan di atas opcos la untuk permudahkan mengambil isi ketam.
Ketam Nipah agak besar isi nya manis mmg sedap.

Nasi Goreng Ketam

agak banyak jgk nasi dia mmg puas hati kan.

Maggi Ketam

Mee Goreng Ketam

D'Syaz Cafe (Maggi Ketam)
Opposite Kem Kijang,
Jalan Pantai Cahaya Bulan,
Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 013-9435050 | 019-9625390
Business hour: 4:00pm to 3:00am


Selamat menjamu selera di Negeri Cik Siti Wan Kembang