Friday, 18 August 2017

Cheese Segar Dari Ladang Kerbau Langkawi Mesti Lawat



Assalammualaikum
Ceria selalu hendaknya ya.. ok sape pernah melawat ladang kerbau kat Langkawi nie.  Mesti timbul kesedaran tentang kepentingan haiwan nie kan. Sebelum nie tak pernah pun kita kisah atau peduli ye tak. Alhamdullilah diberi rezeki untuk datang sini. Makanya boleh kita ceritakan skit apa yang menarik dekat ladang nie.

Dimana terletaknya ladang kerbau nie ? 
Beralamat : Buffalo Park , Jalan Nyior Cabang 07000 Langkawi Kedah Malaysia

harga tiket masuk 2017
Untuk datang kesini kita akan melalui jalan kampung hurm..  jadi jangan risau sesat.
Harga untuk masuk ke ladang ini bagi warganegara dengan My Kad & My kid dewasa rm 5 , kanak - kanak pula rm 3 . Jangan lepaskan peluang untuk anak - anak kita mereka perlu didedahkan dengan salah satu aktiviti macam nie pemuliharaan dan pemeliharaan terutama dengan haiwan seperti ini.


dihidangkan susu kerbau segar



Hah yang nie paling 'excited rare' ! keterujaan disitu sebab diberikan susu kerbau yang sangat - sangat  segar sebelum masuk ke ladang. Rasanya lebih berlemak dan sedap seperti susu lain yang membezakan adalah susunya lebih tinggi zat daripada susu lembu tau sebab tu sangat ' valuable '. Korang memang kena rasa susu nie klu singgah disini.
Susu segar dihidangkan sebelum masuk ke ladang


Jom berkenalan skit pasal asal usul dan jenis-jenis kerbau yang ada di negara kita. Kebiasaannya terdapat dua jenis iaitu : 

 kerbau sungai ( kerbau Kampung ) 
- Berwarna hitam 
- Mempunyai tanduk kerinting atau melengkung seperti spiral
-  Baka kerbau nie berasal dari India dan barat daya asia.  

Kerbau Rawa ( kerbau balau ) 
- Berwarna putih & perang  
- Mempunyai tanduk panjang mengarah ke belakang. 

Seperti yang kita ketahui iklim di Malaysia panas dan lembap untuk habitat kerbau suhu yang sesuai 
15.5 ' C - 21 ' C zon nyaman. Kerbau akan mengalami stress pada suhu 24 ' C untuk kelangsungan hidup kerbau melakukan adoptasi fisiologi melalui tingkah laku seperti berkubang dan berbaring ditempat dingin.


bilik untuk menghasilkan produk tenusu
Cheese !!! yup tapi nie memang lain sebab dihasilkan dari susu kerbau terutama keju putih yang segar dari ladang dan yang pertama diladang - ladang seumpamanya di Malaysia. Buffalo Park Langkawi adalah projek kendalian jabatan veteriner Kedah dan mempunyai 100 ekor kerbau dan kini menghasilkan kira - kira 50 kilogram susu segar sehari yang mana turut mengeluarkan produk lain berasaskan susu kerbau seperti susu segar , yogurt dan ais krim. Manakala keju Mozarella yang dihasilkan secara tradisional & diisikan kedalam bekas kedap udara untuk dipasarkan.
Fakta khasiat susu kerbau
-  kaya kalsium , karbohidrat & rendah kolestrol
-  mampu memberikan tenaga
-  Mengubati darah tinggi & kencing manis
- kerbau betina menghasilkan susu secara maksimum dalam tempah beberapa minggu selepas melahirkan anak.
- Resepi tradisional Mozarella dihasilkan tanpa sebarang bahan pengawet.

menikmati produk segar dari ladang hasil tempatan
Kepentingan ternakan kerbau

-  Daging kerbau adalah sumber protein berpotensi meningkat pengeluaran daging & susu alternatif
- kurangkan kebergantungan kepada daging import
- kos ternakan kerbau adalah lebih rendah kerana ternakan tersebut lebih lasak & membantu menusia   melakukan tugas berat.
- Makanan kerbau seperti jerami padi senang dihadam selulosa lebih cekap serta tahan lasak kepada penyakit.
- Penyelidikan tentang kerbau perlu dibuat dari segi kajian baka, alternatif makanan ternakan , perubatan dan kesihatan kerbau.
- Boleh mendatang hasil lumayan jika cara betul mengkormesialakn produk susu kerbau.
 
Buffalo Farm Cafe

Antara hidangan yang boleh didapati di Buffalo Farm Cafe

  1. Mozarella Cheese with tomato (RM15.00)
  2. Buffalo Steak (RM22.90)
  3. Yogurt Buffalo Milk (RM3.00)
  4. Aiskrim Buffalo (RM1.00)
  5. Summer Tart RM  ( RM 8.00 )
  6. French Toast with Mozarella Cheese ( RM 10.00 )


Produk Susu kerbau segar dari ladang
7. Susu Kerbau Segar ( RM 3.00 )
8. Dadih plain ( RM 2.00 )
9. Ricotta Cheese ( RM 5.00 )
10. Mozarella Cheese


Aktiviti di Buffalo Farm
 Aktiviti yang terdapat di Agrocultural Buffalo Farm Langkawi

- Buffalo Ridding ( RM 20.00 )
- Cart Ridding ( RM 35.00 )
- Anok Riding ( RM 25.00 )
- Photography ( RM 10.00 )

Proses memerah susu kerbau
Jom membantu menyemarakkan lagi industri baik baka kerbau. Dengan kesedaran yang kami dapat semasa melawat ladang ' Buffalo Farm ' walaupun usaha ini kecil dengan blog ini saya ingin menyeru kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan kerbau dalam negara kita. Memelihara sistem ekologi semula jadi dan habitat asal haiwan terutamanya kerbau. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memelihara dan mengekalkanya untuk generasi akan datang.
 
mana satu kerbau balau cer teka?
  - Menurut Dr Azmi populasi kerbau negara menurun sebanyak 21.3% dalam masa 14 tahun terutama kerbau sawah.

- Kerbau juga berguna dalam bidang pertanian dimana dapat memberi penambahbaikan kepada kaedah penanaman padi yang dilakukan 2 kali setahun.

 
enjoying food
  Kenapa kerbau makin berkurang ?

- Kekurangan masa untuk memelihara kerbau

- kurangnya padang ragut dan kesukaran kerbau itu sendiri untuk membiak.


pengalaman memberi makanan kepada kerbau

- Tempoh bunting dan jarak masa beranak kerbau yang panjang dan perlukan kawasan berteduh serta berkubang.
 
Jentera ladang ternakan untuk mengangkut makanan
  - Kekurangan data pengurusan ladang , peserta industri dan kurang maklumat seperti paras harga , 
kuantiti , kualiti & juga hasil produk.

 
pengalaman anak kecil
  - Pengeluaran daging dan susu kerbau tempatan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi.
 
owner ladang banyak berikan kami info tentang ladang kerbau ini

Jom kepada yang datang melawat Langkawi jangan lupa singgah ladang ni selain itu dapat juga kita menambah dana untuk ladang yang seumpama ini terutama dalam penyelidikan. Lawatan sambil belajar gituu..






 

Wednesday, 2 November 2016

Uncle Rons Cafe Setanding Hard Rock

Uncle Ron's Cafe
 
Assalammualaikum
Korang pening nak chill ex kat mana  !
Jom ikut kakak kali nie kita review Uncle Rons Cafe 
Beralamat : 


  • 12-G The Strand, Jalan PJU 5/20C, Kota Damansara, Petaling Jaya 47810 , Malaysia
  • Phone Number : 0162153102  
  

Waktu Operasi :
  • Isnin- Jumaat 12.00 pm - 10.30 pm
  • Sabtu 12.00 - 1.00 pm  

Egyptian Camomile Tea
 
Uncle Rons Cafe terkenal dengan masakan barat apa jer yang korang nak makan pasti ada.Resepi tersendiri menjadikan setiap hidangan lebih enak.Cafe nie pernah masuk jalan-jalan cari makan memang menarik konsep disini. Dengan hiasan cafe ala - ala english colonial yang menarik memberikan korang pengalaman yang menyeronakkan.  Antara menu yang best dekat sini atas recomended dari staff mereka yang mesra maka kami sekeluarga mencuba antaranya adalah :
 
Mouth watering Cheesesteak
 
  • kepingan 100% daging dari Australia dipanggang dengan sempurna bersama sos di tambah bawang bersama capsicum & dilimpahi dengan mozarella cheese
 
Cheesy Nachos
 
Seafood Platter
 
Chicken Chop Salted Egg
 
Ini antara menu yang banyak permintaan tau.  

 
awek yang nyayi kat belakang tu cantik mcm uqasha
 
 Ha yang nie paling best dekat Uncle Rons Cafe nie sambil makan korang boleh jamming sekali nak nanyi ker main gitar pon boleh klu suara sedap bonus lah. Setanding Hard Rock kan. Sambil makan dengar lagu2 best cer bayangkan hik..hik.. teruja tak nak datang sini.

 
 

selain tu ada juga wifi boleh lah korang nak melayari internet. Budak junior nie sambil makan tengok cerita kartun terkawal lah sikit. Ayahnyer  kenalah layankan sekejap. Apapun memang happening tempat nie lagi best staff nya yang sangat mesra dan friendly.


Monday, 19 September 2016

Kebenarannn Pes Tomyum Sedap Kung Thai Brand TerbaiKKK

Pes Tomyum Kung Thai Brand

Assalammualaikum
kepada puan - puan , akak - akak dan adik - adik cewah macam nak berbahas plop. Terutama peminat tomyum la kann. Kisah benar pengalaman saya sendiri yang tak berapa suka sangat makan tomyam pada mulanya yela kebanyakan tomyum saya makan biasanya dekat kedai lah ada yang terlalu pedas atau kita sendiri masak kuahnya cair sooo tak kick la rasa tomyum tu betoi dakk . Kalau tetiba rasa teringin tomyum mesti saya akan cari orang pattani dari thai yang masak sebab kuah tomyum dorang masak memang cukup rasa dan sedap kenalah dengan tekak kita kan. Al kisah berjodoh dengan pes tomyum Kung Thai Brand mokcik dari pantai timur nie duk cakap sedak sengoti jadi kita pun belilah.Balik rumah cubalah masak perghh rasanya sedap macam orang pattani masak . Tengok tomyum kat bawah tu warna tomyum jer pun dah menarik.
 
 Tomyum in the house

Biarr kebenarann terus sukeee makan tomyum beb.. alang - alang selalu beli baik kita jual dan kongsi bersama rasa pes tomyum sedap nie. Sebab ape kami teruja nak berkongsi pes tomyum Kung Thai Brand nie sebab mudah sangat nak masak tomyum terutamanya yang bekerja mesti nak cepat bagai kan. Just masukkan lauk , sayur , cendawan terpulang citarasa masing masing kan. Tak perlu tumis segala lagi guna tiga sudu teh dah sedap meletoppp hanya tunggu sehingga didih jer mudah kan. 

RESEPI TOMYAM SEDAP, CEPAT DAN MUDAH

1.   Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk.
2.   Masukkan daging/ayam. Jika udang/sotong, masukkan selepas carrot kerana udang dan   
      sotong mudah masak.
3.   Agak-agak hampir empuk, masukkan carrot.
4.   Masukkan pula daun limau nipis jika ada.
5.   Kemudian masukkan 3  sudu besar perencah tomyam.
6. Masak atas api sehingga naik bau harum
7.   Tunggu sehingga mendidih.
8.   Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan bawang besar holland yang telah dipotong 
      memanjang.
9. Jangan biar terlalu lama kerana tomato akan mudah hancur.
10. Sedia untuk dihidang..

Kuah tomyam ini juga sedap dimakan bersama bihun, mee atau kueateau.

DIJAMIN SEDAP...SELAMAT MENCUBA!!

 

 Botol kecil  (114gm)  = RM 8.00
Botol sedang (227gm)  = RM 12.00
                              Botol besar (900gm)  = RM 25.00

Bagaimana cara nak dapatkan pes tomyum nie boleh hubungi @ pm saya 0166471910