Tuesday, 20 November 2018

Rasai Pengalaman Facial Di Beaute Library My Town



Assalammualaikum , 

Baru - baru ini kami merasai pengalaman buat facial di Beaute Library My Town shopping centre  dan ingin berkongsi dengan korang yang ingin ke sini. Suasana yang tenang menaikkan  lagi mood damai tu wahh . Treatment yang kami buat di sini adalah Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Facial yang bernilai RM 880 selama 150 minit lebih kurang 2 jam setengah macam tu. kena ada masa lah untuk buat facial nie. Facial ini juga adalah pertama kali kami buat nourvous jugak yalah takut ada effect red skin lepas treatment kan buttt you gaiss don't worry step facial yang di buat rasa dingin je pada kulit soo smooth je kulit uolss lepas nie. 



Consultation Room


Staff Beaute Library akan bawa korang ke bilik consultation untuk beri keterangan mengenai treatment yang akan di buat seperti produk yang akan di gunakan , langkah yang akan di buat dan juga kos harga rawatan tuu.. kalau korang setuju ok on.. korang kena isi borang dulu mengenai detail terutama masalah kulit korang dan profil korang untuk mengetahui jika ada alahan apa - apa. Pakar kulit Beaute Library memberitahu yang kulit kami sangat kering hah baru la kita tahuu. Sebelum ni bedal je skin care kita beli kan . 



Mengisi detail mengenai kulit korang

Setelah di beri penerangan mengenai rawatan yang akan di buat nasihat mengenai penjagaan kulit wajah juga di titikberatkan. kemudian kami di bawa ke bilik untuk treatment dan perlu menukar baju yang di berikan oleh mereka terlebih dahulu.



Beaute Library Skin Care Produk

Bilik sangat selesa dengan bunyian muzik yang menenangkan serta bersih dan rasa tenang sangat . Produk Beaute Library berasal daripada France.


Treatment Bed

Langkah Rawatan Beaute Floral Essential Hydrating Enriching Facial 
  • Langkah 1 - Double Cleanse
  • Langkah 2 - Scrub
  • Langkah 3 - Steam
  • Langkah 4 -  Light Extraction
  • Langkah 5 - Ginseng Gel & Machine
  • Langkah 6 - Face & Shoulder massage 
  • Langkah 7 - Rose Mask 





Mula rawatan pakar kulit tersebut akan membersih terlebih dahulu wajah kita dari kotoran atau pun makeup yang kita pakai sangat wangi dan lembut je bauan produknya. Setelah bersih kulit wajah akan di scrub setelah itu wajah akan di steam selama 15 minit steam sejuk ye haha.. jangan risau sangat tenang sekali sampai tertidur. Kemudian kulit kita akan di buang segala blackheads dan juga jerawat jika tak biasa sakit skit je tau haha.. Dah selesai kulit wajah akan di manjakan pula dengan alatan beauty gadget bercahaya ultra dengan urutan terasa sejuk best sekali bila di sentuh pada kulit wajah kita. Machine nie untuk mengganjalkan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru pada wajah. 




Langkah seterusnya adalah urutan pada muka dan bahu memang terasa relax sekali lagi - lagi penat setelah buat kerjakan . Langkah terakhir sekali adalah masker wajah dengan Rose Mask . Seluruh wajah akan di liputi masker selama 20 minit begitu sejuk dan nyaman sekali gaiss . 




Setelah selesai treatment minyak moisturise di sapukan untuk kelembapan kulit kelembutan begitu terasa sekali di wajah paling best tidak meninggalkan kesan merah langsung pada wajah kiranya sangat berpuas hati atas rawatan yang di berikan dan ingin datang lagi. 





Alamat : 
L2 - 09 , Level 2 , My Town Shopping 

Phone : + 603 58911314

Website : Beaute Library

No comments:

Post a comment