Wednesday 3 January 2018

Pusat Ternakan Belangkas Sedili Kota Tinggi Johor Pemuliharaan Secara Mampan




Assalammualaikum,

Belangkas ! korang pernah makan tak  ?
Teruja dapat lihat lebih dekat belangkas nie terima kasih Tourism Johor memberikan pengalaman menarik dengan melawat Pusat Ternakan Belangkas Sedili Kecil Kota Tinggi Johor . 





Usaha pemuliharaan belangkas di jalankan di Sedili untuk memastikan populasi organisma akuatik purba ini tidak pupus. Pemuliharaan & Pemeliharaan belangkas perlu secara mampan dan di pertingkatkan.




Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas telah di naik taraf oleh peruntukan individu , Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK ) Sedili menerusi kerjasama Strategik Lautan Biru ( NBOS ) & Jabatan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM ) & pusat Transformasi Luar Bandar                      ( RTC ). 




Perihal Belangkas

πŸ’š  Terdapat tiga jenis belangkas iaitu belangkas pantai , belangkas bakau &belangkas Sabah.
πŸ’š  Merupakan haiwan artropod laut . 
πŸ’š  Saiz Belangkas boleh mencapai sehingga 20 inci . 
πŸ’š  Mempunyai sistem imun yang tinggi . 
πŸ’š Anggota belangkas yang terputus boleh tumbuh semula . 
πŸ’š Belangkas hidup di laut masin dan paya air tawar . 
πŸ’š Haiwan akuatik purba 



Pembenihan Anak Belangkas





Selepas pembenihan anak belangkas yang berusia tujuh bulan akan di lepaskan ke laut semula. Projek ini dapat membantu nelayan sebagai sumber rezeki. 




Belangkas yang matang berusia 10 tahun ke atas . Projek ini juga menjadi tumpuan pelancongan dan ada juga yang menjadikan sebagai tempat tunjuk ajar cara - cara menternak belangkas .




Nilai Perubatan 



πŸ’š  Penyelidikan tentang belangkas banyak di jalankan oleh Universiti Malaysia Terengganu              ( UMT ) .


πŸ’š  Terkini UMT berjaya menghasilkan Kit Pengesan Endotoksin Pantas         ( TAL )

πŸ’š  TAL berupaya mengesan pencemaran bakteria dalam ubat - ubatan dan alat suntikan. Menganalisis ketulenan ubat - ubatan yang masuk dalam tubuh manusia.

πŸ’š  Dr NorAznawati Ismail Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin IMB berharap dapat membantu industri farmasi negara kerana kit yang dihasilkan setanding pengesan endotoksin dari luar negara.

πŸ’š  Penyelidikan ini mendapat dana dan geran sebanyak 1.9 juta daripada Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Malaysia ( MOSTI )






πŸ’š  Darah belangkas boleh di ambil tanpa mematikan belangkas tersebut.

πŸ’š  Darah belangkas sangat  bernilai sehingga  memcecah RM 17,500 seliter .

πŸ’š  Berwarna biru dan darah belangkas banyak menyumbangkan kepada bidang penyelidikan .

πŸ’š  Darahnya dapat digunakan untuk mengesan virus , bakteria & toksin .





πŸ’š  Kulit belangkas mengandungi kitin yang merupakan bahan mentah untuk menghasilkan chitosan. 

πŸ’š  Chitosan di jadikan makanan diet untuk mengurangkan berat badan . 

πŸ’š  Ekstrak cengkerang mempunyai aktiviti antibakteria dan antimikrob. Di gunakan juga sebagai pembalut luka dan penapis air. 


Hukum Makan Daging Belangkas




πŸ’š  Telur belangkas boleh di makan oleh orang islam

πŸ’š  Masyarakat melayu di Kota Tinggi Johor memasak asam pedas , sambal tumis serta memanggang.

πŸ’š  Hanya yang benar - benar mengetahui cara menyediakan sahaja boleh di makan kerana belangkas mempunyai toksin yang boleh memabukkan kepada mereka yang memakannya.




Tourism Johor

MITA

Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas Sedili Kecil

Alamat :
Kampung Sedili Kecil , 81900 Kota Tinggi Johor

9 comments:

  1. Nak beli darah belangkas ?
    Saya ada tapi tak tahu nak jual dengan siapa..
    Mohon respon

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya tentang belangkas dlm kuantiti yang besar. Camana nak berhubung ya?

    ReplyDelete
  3. Saya ada simpan darah belangkas..kalau berminat boleh email jegsjesson1996@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Saya ada simpan darah belangkas..kalau berminat boleh email jegsjesson1996@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...boleh tak saya nak minta nombor telefon owner pusat ternakan belangkas di sedili...ada sesiapa tahu boleh wassap saya 0199209947 (yenny) terima kasih.

    ReplyDelete
  6. saya mahu beli belangkas Nak saiz A belangkas ada nak 700ekor - untuk 2kg seekor

    ReplyDelete
  7. Saya Puan Norhayati, hendak membeli, kulit belangkas 2 ekor, bersaiz sedang.
    Boleh what apps saya tel: 012 7777709

    ReplyDelete