Els Club Desaru Coast kini menjadi tumpuan kepada peminat , pakar & pemain golf terutama serata Asia mengunjungi Desaru Johor . Els Club Desaru Coast adalah cawangan kedua dibuka di Johor manakala yang pertama ini di Teluk Datai Langkawi. Els Club ini terdiri daripada Ocean Course dan Valley Course.
Ocean Course
Terdiri daripada 27 holes dan keluasan 45,000 kaki persegi menyediakan kemudahan lain seperti sukan ekslusive dan kemudahan F&B kepada pengunjung. Terdiri daripada 9 holes course yang berbeza iaitu Lakes ( Par 36 ) , Coast ( Par 36 ) & Ridge ( Par 37 ). Ocean Course sering menjadi pilihan kerana keistimewaanya dapat bermain golf ditepian laut.
En Harris memberikan penerangan serba sedikit tentang keistimewaan di Els Club Ocean Coast ini. Ernie Els menghasilkan club golf dengan mengabungkan suasana semulajadi yang begitu istimewa sekali.
Kami di hidangkan apple jus tak kala mendengar taklimat En Harris sambil membasahkan tekak kami yang telah dahaga. Tip top service gituu.. Okey sambung balik Els Club juga mengurus dan menyediakan kemudahan untuk Troon Golf games berskala besar. Kiranya ramai pemain golf antarabangsa akan datang berkunjung ke Desaru Johor.
Premium Golf Shop
Terletak sama aras dengan lobi , kedai golf ini serba lengkap untuk kemudahan bermain golf. Jom lihat barangan yang di jual. Barangan di sini di jamin original dengan harga premium.
pelbagai pilihan beg
Terdapat jenama Els Club Sendiri pada baju dan barangan lain.
Els Club Golf Shirt
261 Bar & Restaurant Els Club Desaru ( Ocean Course )
261 bar & restaurant ini mendapat nama selepas Ernie's PGA Tour yang telah memecahkan rekod agregat 72 lubang pada kejohanan Mercedes 2003.
Waktu Pembukaan Restourant : 6.30 am - 10 pm
Jom lihat kemudahan yang terdapat di sini sangat menarik
Antara menu utama di sini :
- Char kuey Tiow 21
- Nasi Goreng 22
- Char Siew Chicken Rice 24
- Wonton Noodle Soup 18
- Laksa Johor 20
- Mee Rebus 20
- Singapore Fried Mee Hoon 20
- Fish & Chip 28
- Bratwurst & Mash 20
- Lamb Rogan Josh 28
- Thai Green Curry 28
- Charbroiled Mignon 59
Pasta
Spaggeti & Fettucini
- Bollognese Souce 28
- Carbonara Souce 30
- Aglio E Olio 28
Menu breakfast
- Egg & Bacon Roll 12
- golfers Breakfast 19
- Nasi Lemak 12
- Roti Canai 10
- Pilihan sayur - sayuran & buah - buahan 12 - 15
Bar Sanck & Tapas :
- Satay 22 - 40
- Panco custed Calamari 15
- Buffalo Chicken Wing 32
- Busket of Chips 12
- Fried Onion Ring 10
Soup , Appertiser & Salad
- Soup of the day 8
- Bruschetta 10
- Ceaser Salad 20 - 28
Sandwiches , Burgers & Rolls
- Chicken Quesadilla 25
- Chicken Tikka Wrap 18
- The Els Club Sandwich 26
- Ernie's Burgers 08oz 29
Restourant ini sesuaai sebagai tempat berehat selepas bermain golf dan juga melihat matahari terbenam dari sini.
Laluan Untuk ke padang Golf
Waktu operasi The Els Club Ocean Course :
- Golf Course weekdays 8 am - 7.30 pm
- Golf Course weekend 7.30 am - 8 pm
Alat pembersih kasut
Bilik VIP
Kadar harga untuk bermain golf di Els Club Desaru Coast :
Isnin - Khamis RM 650.00
Jumaat - Ahad RM 750.00
Toilet Signage
Sangat bersih , ekslusive dan harum
Toiletries & face towel
Terdapat 2 private room untuk Vip:
- Congressional VIP Room
- Oakmont VIP Room
Congressional VIP Room
Oakmont VIP Room
Els Club Desaru Ocean Course Tour
Kami di bawa mengelilingi seluruh Els golf Desaru Ocean Course dengan menaiki buggy. Memasing dah begitu teruja seperti awok yang pertama kali menaikinya. Sangat selesa dan laju buggy nie.
Kereta Buggy ni terdapat dua jenis yang boleh di naiki untuk 2 orang dan 6 orang .
Beg golf boleh di letakkan pada bahagian belakang buggy
Kereta Buggy terkini dan pertama di Els Club Desaru Coast yang mempunyai sistem GPS golf club pertama di Malaysia.
Buggy di belakang awok boleh di naiki 6 orang
Persekitaran begitu tenang dan cantik dengan kehijauan Els Club ini terpana seketika.
Perjalanan adakala berbukit
Ocean Course menawarkan tetamu sudut yang selesa untuk berehat sambil menikmati suasana. Manakala setiap ocean course terdapat strategi Els watermark.
Els Desaru Ocean Course merangkumi 3,900 ekar di sepanjang pantai.
Keahlian Els Club Desaru Ocean Course
Terdapat 4 jenis pakej :
- EPGA Associate - 1 month / RM 1225
- EPGA Associate - 3 month / RM 3060
- EPGA Associate - 6 month / RM 4895
- EPGA Family Membership - 1 years / RM 14,270
Ocean Course Clubhouse
Mendaki dengan buggy
Academic Golf
Academic golf ini menawarkan pembelajaran yang menyeronokkan dan direka untuk memenuhi semua kebolehan.
Kemudahan seperti klinik korporat , little easy & siri junior atlet muda untuk menggalakkan lebih ramai bermain golf dan menunjukkan bakat mereka.
Jika kita tiada kemahiran di sinalah tempat kita belajar basic daripada mereka yang telah mahir dengan permainan golf ini.
Kemudahan lain yang terdapat di sini :
- 9 hole par 3 academy course
- clubhouse
- golf shop
- luxury locker rooms
Bagaimana untuk kesini :
Melalui Jalan Raya
- 1 hour dari Johor Bharu ( Senai - Desaru Expressway
Melalui Udara
- 45 minit penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang senai
- 45 minit memandu ke Desaru Coast
Feri
- 30 minit daripada Changi terminal feri ke tanjung belukar dan 30 minit ke Desaru Coast
Alamat :
No 2 , Jalan Pantai 2 Desaru Coast
81930 Desaru Coast Johor
Malaysia.
07 - 878 0000
Ekslusifnya tempat ni. Memang hijau sungguh kawasan dia. Warna kesukaan akak. Boleh masukkan dalam list travel akak. Terima kasih atas info ye.
ReplyDelete