Sunday 24 December 2017

Nest Rooftop Cafe Langkawi Menjanjikan Pemandangan Laut Andaman Yang Berikan Ketenangan


Assalammualaikum , 

Tak lama lagi cuti tahun baru korang ada tak yang merancang bercuti ke Langkawi.  Just nak sharing cafe betul - betul atas rooftop di Pantai Chenang Langkawi. Mesti ramai yang dah pernah pergi kan ? 
Kenapa korang kena datang Nest Rooftop ni opcoss la view dia yang awsome. 



Nest Rooftop betul - betul terletas di atas hotel Royal Agate Beach Resort Chenang. Cafe ini menyajikan ruang santai yang sangat menarik kepada pengunjung menikmati hiburan malam dan pemandangan Pantai Chenang , Laut Andaman dan kawasan gunung yang indah. Cafe ini dilengkapi kerusi pallet dan bantal yang berwarna warni serta tempat kanak - kanak bermain. 




Kemudahan seperti tempat bermain kanak - kanak membolehkan ibu bapa lebih santai sambil makan dan menikmati pemandangan yang cantik gituu.. 



Antara view yang boleh kita lihat. Di sini paling best kita lihat matahari terbenam saat senjakala memang Subhanallah indah sangat pulau nie



Pemandangan Hadapan Pemandangan Laut Andaman




Pemandangan tepi boleh nampak resort sekitar Chenang 




Nampak pulau pulau di sekitar





Pemandangan Nest Rooftop Cafe. Maaf selfie di mana - mana muka den kiranya semua menarik la cafe nie sampai tak sedaq 


 


Pemandangan matahari terbenam 




Pemandangan laut ketika malam 


Persembahan band juga di persembahkan setiap malam jumaat. Manakala hari biasa akan di putarkan lagu oleh DJ tempatan seperti bunyian pantai wow..





Pemandangan cafe menjelang malam


Menu Nest Rooftop Langkawi

Cafe nie tidak menyediakan alcohol dan bebas pork makanya boleh kita mencuba makanan yang di sediakan di sini. Terdapat pelbagai pilihan minuman mocktail, jus detoks, kopi, susu kental dan minuman ringan yang boleh didapati antara RM6 dan RM12.




Cafe nie menyediakan menu utama adalah hidangan barat. Makan malam anda boleh pilih sama ada ala carte dari 7 pm hingga 11 pm antaranya stew sirloin New Zealand Rm 38 & steak di hidangkan bersama kentang dan Garden Salad. Menu pilihan kitaorg Spageti Bolognese dan nasi goreng bersama satay.




Selain itu hidangan lain seperti samosa , satay ayam , nachos cheese . Bufet sarapan pagi juga di sediakan dari jam 7am - 11 am. Terdapat buah buahan segar , english breakfast , roti bakar , youghrt , nasi goreng dan mi hokkien. 





Staff Nest Rooftop friendly sangat serve kitaorg 




sebelum naik rooftop sempat jap nengok pool Royal Agate Resort nie


Beralamat :

5th Floor, Royal Agate Beach Resort, Jalan Pantai Cenang


Phone : 

+6017 229 1063

No comments:

Post a Comment