Saturday 20 January 2018

10 Tanda Adakah Jodoh Itu Milik Kita Menurut Islam Dalam Usaha Mencari Jodoh Melalui BaitulJannah


Assalammualaikum , 

Perihal Jodoh adalah perkara yang sangat misteri telah tertulis di Luh Mahfuz jadi siapakah di takdirkan menjadi pasangan hidup kita di dunia ? Tentunya pengaruh akhlaq dan sikap kita di dunia akan menentukannya. 


Sesungguhnya Allah telah memperihalkan tentang persoalan jodoh kepada kita melalui ayatnya Al Quran surah An Nur ayat 26 yang berbunyi : 




Ertinya :

Wanita - wanita yang tidak baik untuk laki - laki yang tidak baik . Dan laki - laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula . Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. 


Dengan perihal tersebut kita dapat memahami , menyakini dan berikhtiar kerana jodoh merupakan takdir yang telah di gariskan . Rasullulah S.A.W sendiri juga memberikan kita pilihan untuk memilih jodoh yang kita inginkan.  Portal Laman Cari Jodoh Patuh Syariah dapat membantu kerisauan di hati. 


Tanda Adakah Jodoh Itu Milik Kita




Selesa Bersamanya

  • Tiada perasaan bosan dan jemu walaupun selalu bersama . Semakin hari semakin sayang rasa tenang selesa menjadi pengubat duka . Jika berjauhan seperti kehilangan dan perasaan ingin selalu berjumpa dengannya.

Bersahaja

  • Perhatikan cara percakapannya , pakaiaan , makan & minum semuanya spontan tanpa sandiwara . Apabila dia selesa dengan gaya kita tanpa di buat - buat mungkin dia sesuai untuk hidup bersamanya. 

Menerima Seadanya 
  • Tidak pernah kisah silam kita walaupun tahu kita pernah berpisah dengan kekasih lama. Yang penting siapa anda sekarang padanya . Tiada rahsia apabila bersedia menjadi pasangan hidup . 

Jujur
  • Sikap jujur yang di pamerkan sidia memikat hati anda kerana kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.Kejujuran merupakan faktor penting dalam sebuah perhubungan kerana jujur yang di sulami kesetiaan akan membuahkan percintaan yang sejati . 

Saling Mempercayai 
  • Bagi mereka yang berjodoh sifat saling percaya dan mempercayai antara sama lain timbul dari hati nurani. Merasa tenang apabila memberitahu rahsia - rahsia kepada kekasihnya malah kita rasa selamat rahsia kita berbanding di ceritakan pada rakan lain. 

Bekerjasama 
  • Setiap pasangan perlu berkerjasama menjalani kehidupan ini . Segala perkara perlu di lakukan dengan ikhlas dengan meringankan tugas pasangan . Ini penting kerana mempengaruhi kehidupan pada masa hadapan . 

Saling Memahami
  • Pasangan yang mempunyai jodoh dapat memahami pasangannya dalam apa jua situasi . Jika pasangan sakit di bawa untuk rawatan , jika berduka kita menjadi penglipur lara , jika dalam kesusahan kita membantunya , jika berbicara kita menjadi pendengarnya. Jika pasangan dapat susah senang bersama maka itu jodoh kita . 

Menerima Kelemahan 
  • Sebagai manusia biasa kita tidak sempurna jika anda dan pasangan dapat menerima keburukkan pasangan masing - masing memang anda di takdirkan untuk hidup bersama . 

Naluri Hati 
  • Anda dan pasangan dapat memahami antara satu sama lain dan membaca fikiran masing -masing dalam situasi tertentu dan bertindakbalas tanpa di duga . Bila anda yakin tanyalah kata hati apakah dia ditakdirkan untuk bersama . Serahkan segalanya pada yang Maha Esa. 

Solat Istikarah Dan Tawakkal 
  • Istikarah dan memohon supaya Allah memberikan petujuk , Insya Allah dengan izin Nya kita mendapat petujukNya . Setelah semuanya di usahakan berserahlah kepada Allah dan berdoa selalu . 
Salah satu usaha mencari pasangan bolehlah mendaftar di sini BaitulJannah Laman Cari Jodoh Patuh Syariah semoga di permudahkan .


3 comments:

  1. Dah daftar tapi mcm reject je sbb tak lengkap..nak pasang yg kedua je pun hahaha!

    ReplyDelete
  2. BaitulJannah akan selidiki dulu calon sebelum pengesahan. Sebarang data benar - benar selamat.

    ReplyDelete
  3. pernah dengar sebelum ni tapi tk pernah try bka lagi

    ReplyDelete