Sunday 17 December 2017

G2G Animal Garden MAEPS Seronok Berswafoto Bersama Haiwan Jinak


Assalammualaikum, 

Cuti sekolah ke mana bersama dengan anak - anak . Kami sekeluarga berkesempatan ke G2G Animal Garden Maeps yang sedang tular ketika ini. Tempat yang begitu baru di buka berkonsepkan Eco dan Agro tourism sesuai untuk dilawati sekeluarga terutamanya kanak - kanak. G2G bermaksud Goat to Go. Animal garden ini berkonsepkan seperti petting zoo.


Tiket masuk ke G2G Animal Farm : 

Harga penngenalan sempena pembukaan G2G Animal Farm 


*Dewasa Rm 15
*Kanak - kanak Rm 7
*Kanak - kanak bawah 90 cm Percuma


Harga Biasa : 


*Dewasa Rm 20
*Kanak - Kanak Rm10 
*Kanak - kanak bawah 90 cm Percuma 



Waktu Pembukaan :


*10 pagi - 10 malam
*Ditutup setiap Selasa


Souvenir Shop





Sementara menunggu barisan membeli tiket dalam tempat yang sama terdapat kedai sourvenir. Barangan menarik seperti baju T shirt G2G , badge , fridge magnet , dan patung haiwan yang terdapat di situ boleh di bawa balik sebagai kenangan. Entrance & Exit pada pintu yang sama semasa kita masuk. 




Cenderahati


Badge G2G

G2G Animal Garden sangat tenang suasananya. Tempat meletak kenderaan di taman ini juga luas dan senang tanpa pening kepala lagi. Bayaran parkir juga tidak dikenakan kepada penggunjung. Haiwan yang terdapat di sini ada lebih 200 spesis antaranya kambing , arnab , ayam , burung , serangga dan haiwan reptilia.



Therapy Goat House 






Tempat pertama yang akan kita lawati adalah therapy goat house. Dekat sini kita boleh memberi makan kepada kambing , memegang dan berswafoto. Anak - anak memang seronok terutama anak yang menetap di bandar ada yang takut untuk mendekati haiwan seperti ini. Bagus sebenarnya beri pendedahan kepada mereka. kanak - kanak juga boleh memberikan susu kepada anak - anak kambing yang ada di sini.




Terdapat berbagai jenis kambing antaranya kambing Boer , Jamnapari , kambing biri - biri dan kambing biasa.  





Yang paling seronok anak - anak dapat memegang , bermain dan bermanja dengan binatang di sini. Tidak di nafikan haiwan ini sangat jinak ada yang mengekori untuk bermain dengan kita hahaaa.. Melihat keletah anak yang menangis dek di sakat oleh kambing - kambing di sini mungkin tidak biasa agaknya. 



Dah memanjat pun kambingnya

Pigeon House




Di sini terdapat berbagai jenis burung merpati cantik sangat warna  burung dove ni. 




Sangkar Merpati




Siap melompat dah kambing ni maklumlah rumah dorang kan 


Rabbit Garden




Arnab di sini di biarkan berkeliaran boleh lah berkejaran menangkap arnab ni. Sebenarnya arnab ni jinak dorang tak lari pun bila kita pegang siap tido lagi nampak tak manjanya tu hahaa.. 








Comel jee anak kambing nie siap pakai baju lagi




Kan dah cakap arnab nie tak lari baik jer macam kucing jinak 



Rumah Terapi





Rumah ni korang wajib masuk di sini kita boleh membelai haiwan yang ada di sini antaranya Guinea pig, arnab , ular , cicak , iguana dan serangga lain. 


Kekenyangan dah arnab nie



Reptilia
Antaranya katak , cicak , serangga , labah - labah tarantula yang bestnya korang boleh pegang. korang berani ngan tak jer hahaa.. 






Ular ni juga boleh di pegang



Iguana


Berani macam dorang tak hah boleh la berselfie 






Hanya di G2G korang bermain bersama haiwan ini seperti berada dalam rumah sendiri nampak tak 

Bird Aviary


Sepasang Merak Albino


Dalam sangkar burung ni korang boleh masuk  dan pegang untuk  berswafoto. Burung yang berada di sini jinak dan tidak terbang. Selain burung ada juga berbagai jenis ayam.






Di G2G ni ada juga Talk dan Demonstrasi produk tenusu seperti aktiviti buat ice cream , Cheess dan yougart. Jika murid - murid sekolah berminat boleh membuat tempahan terlebih dahulu.


Nama rakun nie Rocky jinak dia nie korang boleh dukung dia kalau berani ok



Ada hati dorang berdua nie nak tangkap ayam belanda tu


Ayam Brahma


Nampak tak ayam nie dah macam berkasut dah.. Ayam nie berasal daripada Shanghai dan India. Umur boleh mencecah 5 hingga 10 tahun. Bersaiz 2- 2.5 kaki beratnya 4.5 kg - 5.5 kg. Makanannya sayur sayuran , buah - buahan , rumput , daun dan serangga.



Berswafoto bersama Macau Bird

Blue @ gold Macaw nie berasal dari Panama , Brazil , Bolivia dan Paraguay. Hidup sekitar  80 hingga 100 tahun. Makanan burung nie seperti kacang , buah dan benih. Cewahhh dah macam discovery yela dah tahu serba sikit kan. Macau ni suka bersosial dan hidup dalam kumpulan. Antara burung yang bijak jika di latih secara betul. Mereka boleh meniru gaya dan bunyi menjadikan burung ni nampak lucu gituu..


Last kita melawat kandang kambing. Akan datang mungkin akan bertambah lagi haiwan dekat sini seperti Cat House dan Exotic Garden.





Dalam kandang kambing nie macam - macam spesis kambing yang ada


Akhirnya keberaniaan telah ada cayalahh



Biri biri keras bulunya macam karpet bila disentuh hahaa..


Dah habis main dengan haiwan pegang dorang boleh lah basuh tangan di singki yang banyak di sediakan di situ hygine tu kan penting.




Antara rumah rumah haiwan yang dalam proses lagi. Cute sangat binaanya untungla haiwan ni. Pendek kata semua haiwan kat sini pandai berswafoto selfie . Tak percaya kena datang sendiri.


Tekno Cafe Goat 2 Go Farm




Dah penat bermain tekak pun dahaga jom singgah cafe nie. Hiasan dalamannya sangat cantik semuanya daripada kayu pallet. Menunya pun sedap - sedap. Menu paling best kat sini Kambing Bakar memang Ummph.. 



Entrance masuk cafe


  


Fresh bau kambing satu cafe memang tak kuat maka order lah satu nak merasa. Nampak tak bau pun boleh pengaruhi perut kau jadi lapaa.. 



Antara menu yang terdapat di cafe ni  set Nasi Minyak , Nasi Putih Ayam Ungkep seperti tertera dalam menu nie.


Pakej Kambing 



Antara menu yang kami makan Nasi minyak & Lamb Chop . Harga tertera seperti dalam resip tu. Kasi 4 bintang kat lamb tu sebab lembut lemaknya pun sedap . Naufal first time jatuh cinta makan daging kambing kat sini sebelum nie dia tak makan Lamb. 




Beralamat :

Jalan MAEPS 4/3 43400 Seri Kembangan Selangor Malaysia

Phone : 011 - 1283 2370

Fb : G2GAnimalGardenOfficial

Goat2Go

Kefir susu segar dari ladang


9 comments:

  1. Menarik sangat review farm ni. Gambarpun jelas dan cantik. Nak pegi la farm ni nanti. Tq admin.

    ReplyDelete
  2. Menariknya.. bagus bawa anak2 datang sini

    ReplyDelete
  3. good review. though there's some typo errors that needs fixing such as 'cheess' to cheese and 'yougart' to yoghurt. will visit this farm someday ^^

    ReplyDelete
  4. baru pergi cuti sekolah lepas..seronok anak2 sampai tak nak balik

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terbaik especially yg psl cafe tu. terima kasih puan :)

    ReplyDelete