Pokok Koko |
Desaru Fruit Farm dibuka pada tahun 2001 dan telah menerima 180,000 pengunjung sehingga sekarang terutama pengunjung daripada Singapura. Ladang Agro ini juga telah banyak menerima penganugerahan antaranya The Winner of Malaysia Tourism Malaysia 2008/2009 , Innovative Tourism Attraction, Agro Tourism Conversation , Johor Tourism award 2009 winner of the best Agro Tourism , MAHA 2006 Best Agro - Tourism Site dan terbaru 2017 Gold Award Agro Tourism Product.
Pokok Buah Naga |
Bunga Pokok Buah Naga |
Kami dibawa tour oleh En Henry Goh general manager Desaru Fruit Farm sendiri untuk melihat keistimewaan ladang buah , herba dan sayuran yang ada disini. Keluasan ladang ini 45.5 hektar dan memiliki lebih daripada 100 spesis tumbuhan dan juga buah - buahan tempatan iaitu
Buah bermusim seperti Durian , Rambutan , Pulasan & Manggis manakala buah yang tidak bermusim seperti kedondong , nangka , jambu batu , ciku dan banyak lagi.
Limau Jari Buddha |
Desaru Fruit Farm mempraktikkan sistem baja organik GAP ( Good Agriculture Practice ) untuk menghasilkan pengeluaran yang lebih sihat dan berkualiti . Dengan kawalan biological semulajadi dapat mengelakan serangga dan penyakit daripada merebak.
IPM ( Integrated Pest Management ) adalah satu cara untuk menghalau lalat buah dengan membalut buah menggunakan plastik dan kertas. Cara ini dapat menjaga kualiti buah daripada dirosakkan.
OBF ( Organik Bio Fertilizer ) adalah bahan organik semulajadi yang dicampur dengan
EM ( Effective Microorganisms ) yang dapat membaiki ekosistem , biodiversity dari struktur kompos bernutrien.
Misai Kucing |
IAB ( Integrated Agro Bio Farming ) kambing juga dibiakkan dalam ladang untuk dapatkan daging dan tarikan semulajadi. Selain itu bahan buangan kambing di proses untuk dijadikan baja organik yang dapat mengurangkan kos untuk pembelian baja.
Belimbing Besi |
Proses Tuaian
Buah dituai apabila 90 hingga 95 % telah matang dan dipetik pada waktu pagi dimana cuaca masih sejuk. Membolehkan buah dikelaskan mengikut gred dan dibungkus sebelum dihantar ke pasaran.
Buah akan dipilih mengikut warna , bau , telah masak , saiz dan isinya.
Daun Kesom |
Racun Organik |
Mahkota Dewa |
Mengkudu |
Jambu Air |
Tahukah bagaimana cara untuk memilih jambu tanpa bijinya senang sahaja hanya lihat pada warnanya. Jika merah keseluruhan pasti tiada biji didalamnya berbanding merah hijau.
Buah Mulbari |
Pakej A - Going Green
RM 27 Perperson
- Berjalan keseluruh ladang buah - buahan dan Taman Herba.
- Mengumpul maklumat di Galeri Agriculture dan bermain permainan congkak atau
- ting -ting.
- Mendengar pendidikan mengenai pengurusan lebah dan madu.
- Melawat Mini Petting Zoo
- Lunch box dan buah - buahan segar.
Markisa |
Pakej B - Earth Day Project :
RM 37 Perperson
- Belajar mengenai GAP & IMP
- Belajar tentang kecekapan mikroorganisma - membuat Aerobic Bokashi , menyediakan EM5 dan bebola lumpur.
- Mengumpul maklumat di Galeri Agriculture serta melihat lebah dan merasa madu sendiri.
- Belajar teknik " Propagation & Hand on Marcotting " .
- Berjalan disepanjang ladang jambu sehingga ke Petting Zoo & kandang kambing.
- Menikmati outdoor lunch & tropical fruit
Ladang Herba
Ladang Herba |
Terletak berdekatan dengan kolam ikan di sini pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana menjadi seorang petani . Kami di ajar bagaimana menyediakan tanah untuk ditanam didalam botol plastik dan cara untuk menjimatkan ruang tanaman. Begitu efektif dengan menggantung tanaman ini dan kelihatan sangat menarik.
Sawi |
Diajar cara penanaman |
Stevia |
Kami juga turut merasa daun Stevia ini ternyata memang manis sekali walaupun belum melalui proses.
Kolam ikan Koi |
Bunga Telang |
Bunga Telang inilah yang digunakan untuk membuat nasi kerabu yang berwarna biru tuu..
Bunga Telang |
Agricultural Gallery
Di sini terdapat artifak lama dan pengunjung boleh menggumpul sebanyak maklumat tentang cara - cara menjaga tanaman terutamanya tanaman buah buahan tempatan.
Dirasmikan oleh menteri besar Johor |
Rama - rama ini adalah pendebungaan biologi semulajadi diladang ini. |
Pendidikan Tentang Pengurusan Lebah
Bee Produk |
Di sini kita diberitahu tentang pengurusan lebah dan mengenal ketulenan madu lebah.
Terdapat beberapa produk berasaskan madu lebah yang boleh dibeli oleh pengunjung juga.
kami diberi rasa madu asli |
Petting Zoo
Arnab |
Ayam Serama Yang Jinak |
Kura - Kura |
Yang berlekuk tu jantan manakala yang rata tu adalah betina haa..
kan elok je tak jatuh kauu |
Kandang Kambing |
Disini juga kita boleh selfie ayam pun ayam lahh kan |
Hidangan Utama Desaru Fruit Farm
Pisang Goreng dan cempedak goreng |
Buah - buahan Tropika |
lauk pauk berasaskan buah |
Beralamat :
Desaru Fruit Farm Trading
No 1 , Hentian Penawar ,
Sungai Cemaran Desaru,
81930 Kota Tinggi , Johor
Email : www.desaruff.com.my
Tel : 017 8223886/ 07 8308076
Website : Desaru Fruit Farm
No comments:
Post a Comment