Sunday 12 November 2017

Villa Castalia Kampung Tualang Tiga Johor Kembali Ke Dimensi Zaman Dahulu

Villa Castalia

Villa Castalia !!
Kat mana tu ?? 
Okey kita tak sabar nak bagi tahu Villa Castalia nie berada di Tanjung Gemuk , Sedili, Kota Tinggi Kampung Tualang 3 Johor Baharu.
Mesti pernah dengar kan Tualang 3 alaa.. dalam cerita P Ramlee tuu..
Kembara Johor 2017 bersama Johor Tourism membawa kami melihat keistimewaan Villa Castalia dangan menghayati dan menikmati rumah yang kekal klasik pada zaman dahulu. Wow Klasik serta antik yang susah lagi untuk kita temui masa kini.


Air Basuhan Kaki Dalam Tempayan

Inilah keistimewaan rumah ini yang mesti korang lawati kerana masih mengekalkan tradisional  klasik terutama generasi sekarang. Kalau kita lihat banyak tempat - tempat tarikan baru seperti rumah terbalik atau rumah 3D. Tetapi konsep Villa Castalia ini memang saya puji dan terharu kerana kita sendiri dapat mengimbas semula zaman ketika kecil apabila melihat barang yang pernah kita gunakan suatu ketika dahulu.


Lauk Pauk Tradisional Melayu

Kami disambut dengan paluan gendang sangat meriah sekali. Langkah kanan rezeki di jemput untuk makan tengahari di sini Alhamdullilah. Sedap sungguh lauk pauk yang dihidangkan oleh orang kampung Tualang Tiga terima kasih sudi melayan kami.


Di hidangkan oleh wanita melayu berpakaian klasik


tak sabar nak menjamu selera 
Lelangit
Apa fungsi kain seperti di atas tu.. okey kain ini di panggil lelangit biasanya kita boleh lihat 
dirumah - rumah kampung. Kain ini berfungsi untuk mengelakan habuk sangat menarik kan.

Beranda Villa Castalia

Selepas makan kita tinjau dalaman rumah pula lagi sekali kami dijamu kuih tradisional iaitu pulut bakar bersama kopi tualang Johor memang terbaik sedap sangat. 


Pulut Bakar Bersama Kopi Tualang

Peralatan muzik lama

Berada di dalam Villa ini seolah - olah kita berada di dimensi zaman melayu dahulu. Lihatlah barangan di setiap sudut rumah ini dari atas siling hingga setiap sudut segalanya barangan antik. Lampu gas dahulu hiasan tikar daripada rotan dan anyaman semuanya masih kekal cantik dan terjaga.


barangan dan hiasan yang klasik

Pemain Piring Hitam

Alat hiburan zaman dahulu pemain piring hitam. Ada lagi tak yang masih menyimpan koleksi piring hitam. Mesti masih ada lagi kan mungkin dah tidak ramai


Bermain permainan tradisional batu seremban


Hiasan Bilik Pengantin Melayu Dahulu

Kami memang teruja apabila melangkah ke bilik pengantin ini yelah tak sangka dapat melihat hiasan bilik pengantin zaman dahulu kerana susah lagi melihat pengantin sekarang membuat tema begini. Kepada generasi kini bolehlah datang untuk melihat sendiri . Barang yang lama tetap dikenang gitu kan.

Dapur Arang

Dapur arang ini juga kita dah tidak jumpai lagi dimana - mana rumahkan. Saya masih sempat ingat semasa kecil nenek saya masih menggunakan dapur begini. Kayu api perlu sentiasa ada untuk memasak agak renyah juga. Tetapi jika tiada dahulu tentu tiada yang sekarang bukan.


Talam dan Cawan yang Klasik

Rumah Tradisional ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin merasai suasana kampung untuk bermalam , penggambaran , dokumentari dan filem. Boleh hubungi Johor Tourism untuk keterangan lanjut.


Basikal Tua


 Datang sini berjumpa basikal ni sebab terlalu teruja nak naik dan mengayuh tak semena - mena jatuh juga ketanah sepandai - pandai kau bawa basikal. Sakit jugak itulah pesan orang dahulu jangan terlalu berseronok nanti ada benda tak elok boleh terjadi. Pesanan orang zaman dahulu yela kitakan berada dimensi dahulu kala.


Menanam pokok kelapa


Sebelum kembali semula ke dimensi sekarang sebagai tanda kami kembara Johor menaman pokok kelapa. Manalah tahu jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi jika umur panjang boleh kita datang lagi. Mungkin pokok kelapa nie dah pun besar tinggi. Kenangan di negeri orang.


Cenderahati


Terima kasih dapat lagi cenderahati bunga telur warna Johor biru merah dapat dua lagi rezeki. yelah boleh pula tetiba telur rebus tu tercabut jatuh tergolek memang nasiblah awak jatuh basikal dapat telur pun jatuh. Dah memberi memori kepada semua orang disitu. Apa pun memang seronok dapat kenal budaya melayu di negeri Johor.



Website : Johor Tourism

5 comments:

  1. gambo last tu apa la yang akak tgh mengepoh hehehe.. eh teringat akma tergolek hehehe.. kenangan manis tu..

    ReplyDelete
  2. Yup ape yg akak tfh buat tu @HerneeNazir

    ReplyDelete
  3. Wah, seronok dapat mengalami suasana kampung seperti zaman dulu-dulu. Dapur kayu api sangat rare kalau suruh orang zaman sekarang tanak nasi pakai kayu pasti nasi jadi hangit kerana tak pandai kawal api. :)

    ReplyDelete
  4. Seronok tgk. Mmg betul2 suasana melayu kampung dulu2

    ReplyDelete
  5. SALAM BOLEH DAPATKAN CONTACT NUMBER IN CHARGE PERSON UNTUK TEMPAT NI ?

    ReplyDelete