Thursday 24 March 2016

Kelainan Satey Minang

 

Assalamualaikum

Satey Minang !
Siapa pernah rasa atau makan satay nie..
Rasanya memang lain sangat dari kebanyakan satey - satey  yang biasa kita makan tu..
Kuahnya rasa seperti rempah dan sedikit pedas ditambah bawang goreng 
menjadikan lagi kerangupan satey Minang nie. Kiranya Sai kasi 4 bintang untuk satey nie.

Asal Usul Satey Minang

Satey Minang berasal daripada seberang tanah jawa atau Padang dan mempunyai keistimewaan tersendiri. 
Biasanya dihidangkan dengan cara berbeza dengan satey tempatan.
Satey akan dihidangkan dengan daun pisang , nasi impit dan kuah pekat kekuningan ditambah bawang juga rempah yang ditumis.


Apa yang menjadikan satey ini lebih istimewa dagingnya direbus terlebih dahulu sebelum diperap dan dibakar.
Dagingnya juga berbeza kerana dipotong nipis sebelum diperap dan dicucuk lidi selain tiada lemak. Bentuknya seolah-olah cube.Selain satey daging ada juga variasi satey ayam , perut dan satey lidah.
Kuah satey Minang sedap rasa berempah dan sedikit pedas.

Kepada yang ingin mencuba sendiri satey Minang boleh berkunjung di alamat 
Restoran Seri Garuda Emas Masakan Minang Istimewa 
No 36 , jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Resepi Satey Minang

Kuah satey Minang
Bahan A
  •  cili api
  • cili masak
  • kunyit
  • bawang putih + bawang merah
  • lengkuas
  • ketumbar
  • jintan manis + jintan putih
  • kisar bahan A & tumis 
Bahan B
  • serai
  • daun limau
  • daun salam
  • daun kunyit
  • halia ketuk
  • masukkan bahan dalam tumisan bahan A tadi    
Bahan C
  •  kiub pati ayam meggi
  • tepung beras (Pemekat)
  • ayam
Cara membuat
  • rebus ayam sehingga masak toskan & leraikan daging dari tulang- tulang.
  • air rebusan ayam tadi dicampur kedalam tumisan bahan A & B masukkan 3 kiub pati ayam dan kacau sebati
  • bancuh tepung beras dengan air masukkan kedalam bahan-bahan yang dicampur tadi.
  • Kacau hingga menggelegak dan pekat sesuai dengan cita rasa masakan ayam yang dah dileraikan tadi.
  • masukkan garam secukup rasa siap...
selamat mencuba



2 comments: