Thursday 30 April 2015

Langkawi Kami Datang 2015

Langkawi Island Hopping 2015 


  kali nie dalam agenda nak pergi island hopping pulau2 kat Langkawi nu.. excited WOKEY!!! 
yela pulau kat sana boleh dikatakan menarik.
 pakej yang kami ambil dengan Mandaq Tour rm 30 seorang camtu.
Masa sampai Jetty Langkawi pun ada opis Mandaq siap bole sewa kereta sekali.Kami tak buang masa
terus beli pakej pusing pulau untuk 3 orang.
Just beritahu nama hotel tempat kita menginap
Hari Kedua aktiviti bermula sebuah van datang ambil kat bawah hotel lagi senang dan cepat.
Kami menginap Landconds hotel area Chenang mmg sangat dekat dengan pantai.Taknak cita byk kita belanja gambar

da naik bot opcos ler kena pakai safety jacket.


bersedia okey bot nie agak laju jugak melantun2 atas bot tu lagi2 bila ombak kuat tp bila dah tgk laut membiru dengan pulau menghijau x kisah semua tu..
pakej island hopping nie tempat pertama yang kita pergi Pulau Dayang Bunting , Pulau Singa tempat helang tu dan last skali Pulau Beras Basah semuanya mengambil masa 3 jam setengah.Ada dua sesi pagi dan ptg sahaja untuk pusing pulau.


Pulau Dayang Bunting nie korang kena la mendaki sedikit lepas tu korang akan jumpa pengutip tol yang setia sepanjang jalan iaitu en monyet.Hati2 yer terutama yang bawa makanan tu ha..tgk da dapat hasil tol
masa kat sini sejam sahaja pastu kena ke jetty semula.Aktiviti kat sini korang boleh mandi tasik @ kayuh bot keliling tasik dengan harga rm 30 untuk 30 minit. Ke pulau seterusnya 
Pulau Singa mmg banyak Helang kat sini mungkin sarang nyer teruja sebab dapat lihat burung2 nie menangkap ikan dalam laut tu..last sekali menuju ke Pulau Beras Basah
kat pulau nie korang di beri masa sejam untuk bermandi manda apa lagi air laut da memanggil manggil terjun.. air mmg sangat jernih boleh jgk snorkerling sbb banyak ikan berenang-renang di tepian pulau.
bila da pusing pulau baru lengkap datang Langkawi nie


1 comment: