Sunday, 17 December 2017

G2G Animal Garden MAEPS Seronok Berswafoto Bersama Haiwan Jinak


Assalammualaikum, 

Cuti sekolah ke mana bersama dengan anak - anak . Kami sekeluarga berkesempatan ke G2G Animal Garden Maeps yang sedang tular ketika ini. Tempat yang begitu baru di buka berkonsepkan Eco dan Agro tourism sesuai untuk dilawati sekeluarga terutamanya kanak - kanak. G2G bermaksud Goat to Go. Animal garden ini berkonsepkan seperti petting zoo.


Tiket masuk ke G2G Animal Farm : 

Harga penngenalan sempena pembukaan G2G Animal Farm 


*Dewasa Rm 15
*Kanak - kanak Rm 7
*Kanak - kanak bawah 90 cm Percuma


Harga Biasa : 


*Dewasa Rm 20
*Kanak - Kanak Rm10 
*Kanak - kanak bawah 90 cm Percuma 



Waktu Pembukaan :


*10 pagi - 10 malam
*Ditutup setiap Selasa


Souvenir Shop





Sementara menunggu barisan membeli tiket dalam tempat yang sama terdapat kedai sourvenir. Barangan menarik seperti baju T shirt G2G , badge , fridge magnet , dan patung haiwan yang terdapat di situ boleh di bawa balik sebagai kenangan. Entrance & Exit pada pintu yang sama semasa kita masuk. 




Cenderahati


Badge G2G

G2G Animal Garden sangat tenang suasananya. Tempat meletak kenderaan di taman ini juga luas dan senang tanpa pening kepala lagi. Bayaran parkir juga tidak dikenakan kepada penggunjung. Haiwan yang terdapat di sini ada lebih 200 spesis antaranya kambing , arnab , ayam , burung , serangga dan haiwan reptilia.



Therapy Goat House 






Tempat pertama yang akan kita lawati adalah therapy goat house. Dekat sini kita boleh memberi makan kepada kambing , memegang dan berswafoto. Anak - anak memang seronok terutama anak yang menetap di bandar ada yang takut untuk mendekati haiwan seperti ini. Bagus sebenarnya beri pendedahan kepada mereka. kanak - kanak juga boleh memberikan susu kepada anak - anak kambing yang ada di sini.




Terdapat berbagai jenis kambing antaranya kambing Boer , Jamnapari , kambing biri - biri dan kambing biasa.  





Yang paling seronok anak - anak dapat memegang , bermain dan bermanja dengan binatang di sini. Tidak di nafikan haiwan ini sangat jinak ada yang mengekori untuk bermain dengan kita hahaaa.. Melihat keletah anak yang menangis dek di sakat oleh kambing - kambing di sini mungkin tidak biasa agaknya. 



Dah memanjat pun kambingnya

Pigeon House




Di sini terdapat berbagai jenis burung merpati cantik sangat warna  burung dove ni. 




Sangkar Merpati




Siap melompat dah kambing ni maklumlah rumah dorang kan 


Rabbit Garden




Arnab di sini di biarkan berkeliaran boleh lah berkejaran menangkap arnab ni. Sebenarnya arnab ni jinak dorang tak lari pun bila kita pegang siap tido lagi nampak tak manjanya tu hahaa.. 








Comel jee anak kambing nie siap pakai baju lagi




Kan dah cakap arnab nie tak lari baik jer macam kucing jinak 



Rumah Terapi





Rumah ni korang wajib masuk di sini kita boleh membelai haiwan yang ada di sini antaranya Guinea pig, arnab , ular , cicak , iguana dan serangga lain. 


Kekenyangan dah arnab nie



Reptilia
Antaranya katak , cicak , serangga , labah - labah tarantula yang bestnya korang boleh pegang. korang berani ngan tak jer hahaa.. 






Ular ni juga boleh di pegang



Iguana


Berani macam dorang tak hah boleh la berselfie 






Hanya di G2G korang bermain bersama haiwan ini seperti berada dalam rumah sendiri nampak tak 

Bird Aviary


Sepasang Merak Albino


Dalam sangkar burung ni korang boleh masuk  dan pegang untuk  berswafoto. Burung yang berada di sini jinak dan tidak terbang. Selain burung ada juga berbagai jenis ayam.






Di G2G ni ada juga Talk dan Demonstrasi produk tenusu seperti aktiviti buat ice cream , Cheess dan yougart. Jika murid - murid sekolah berminat boleh membuat tempahan terlebih dahulu.


Nama rakun nie Rocky jinak dia nie korang boleh dukung dia kalau berani ok



Ada hati dorang berdua nie nak tangkap ayam belanda tu


Ayam Brahma


Nampak tak ayam nie dah macam berkasut dah.. Ayam nie berasal daripada Shanghai dan India. Umur boleh mencecah 5 hingga 10 tahun. Bersaiz 2- 2.5 kaki beratnya 4.5 kg - 5.5 kg. Makanannya sayur sayuran , buah - buahan , rumput , daun dan serangga.



Berswafoto bersama Macau Bird

Blue @ gold Macaw nie berasal dari Panama , Brazil , Bolivia dan Paraguay. Hidup sekitar  80 hingga 100 tahun. Makanan burung nie seperti kacang , buah dan benih. Cewahhh dah macam discovery yela dah tahu serba sikit kan. Macau ni suka bersosial dan hidup dalam kumpulan. Antara burung yang bijak jika di latih secara betul. Mereka boleh meniru gaya dan bunyi menjadikan burung ni nampak lucu gituu..


Last kita melawat kandang kambing. Akan datang mungkin akan bertambah lagi haiwan dekat sini seperti Cat House dan Exotic Garden.





Dalam kandang kambing nie macam - macam spesis kambing yang ada


Akhirnya keberaniaan telah ada cayalahh



Biri biri keras bulunya macam karpet bila disentuh hahaa..


Dah habis main dengan haiwan pegang dorang boleh lah basuh tangan di singki yang banyak di sediakan di situ hygine tu kan penting.




Antara rumah rumah haiwan yang dalam proses lagi. Cute sangat binaanya untungla haiwan ni. Pendek kata semua haiwan kat sini pandai berswafoto selfie . Tak percaya kena datang sendiri.


Tekno Cafe Goat 2 Go Farm




Dah penat bermain tekak pun dahaga jom singgah cafe nie. Hiasan dalamannya sangat cantik semuanya daripada kayu pallet. Menunya pun sedap - sedap. Menu paling best kat sini Kambing Bakar memang Ummph.. 



Entrance masuk cafe


  


Fresh bau kambing satu cafe memang tak kuat maka order lah satu nak merasa. Nampak tak bau pun boleh pengaruhi perut kau jadi lapaa.. 



Antara menu yang terdapat di cafe ni  set Nasi Minyak , Nasi Putih Ayam Ungkep seperti tertera dalam menu nie.


Pakej Kambing 



Antara menu yang kami makan Nasi minyak & Lamb Chop . Harga tertera seperti dalam resip tu. Kasi 4 bintang kat lamb tu sebab lembut lemaknya pun sedap . Naufal first time jatuh cinta makan daging kambing kat sini sebelum nie dia tak makan Lamb. 




Beralamat :

Jalan MAEPS 4/3 43400 Seri Kembangan Selangor Malaysia

Phone : 011 - 1283 2370

Fb : G2GAnimalGardenOfficial

Goat2Go

Kefir susu segar dari ladang


Saturday, 16 December 2017

Perkara & Nasihat Sebelum Melakukan Perjalanan Udara Daripada Air Asia



Assalammualaikum , 

Hai salam sejahtera kepada yang sudi singgah SaidatulShyD blog.
Di atas keperihatinan Air Asia & Air Asia X untuk pelanggan tersayang bagi meringankan dan melancarkan perjalanan dengan mudah telah memberikan beberapa tips atau nasihat yang boleh kita praktikkan supaya perjalanan kita lebih lancar tanpa sebarang masalah. 

Antara Tips Yang Di kongsikan : 


1. Tetamu di nasihatkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan untuk penerbangan AirAsia dan sekurang-kurangnya 4 jam lebih awal untuk penerbangan AirAsia X 


  •  Bagi mengelakkan kesesakan yang dijangka disebabkan oleh peningkatan jumlah penumpang perjalanan dalam tempoh ini.      


2. Melakukan pemeriksaan diri melalui perkhidmatan web, mudah alih atau kios untuk perjalanan yang lebih lancar. 

  • perkhidmatan daftar masuk, mudah alih dan kios disediakan 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia  
  • dan sehingga 4 jam sebelum berlepas untuk semua penerbangan AirAsia X
  • pilihan layan diri termasuk Self Check-In dan Self Bag Tag beroperasi sepenuhnya di : 



* KLIA 2
*Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 
*Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 
*Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, 
*Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 
*Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 
*Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, 
*Lapangan Terbang Bintulu, 
*Sultan Lapangan Terbang Ismail Petra, 
*Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 
*Lapangan Terbang Labuan, 
*Lapangan Terbang Miri, 
*Lapangan Terbang Sandakan, 
*Lapangan Terbang Sibu 
* Lapangan Terbang Tawau. 



3.Tetamu yang mempunyai bagasi mendaftar masuk, kaunter Drop Baggage ditutup 60 minit sebelum keberangkatan penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.


  • Dinasihatkan untuk terus ke pintu masuk seawal mungkin  untuk melengkapkan pengangkut dan bagasi 


4. . Bagi mereka yang melancong ke Singapura , AirAsia kini beroperasi di Terminal 4 yang baru dan canggih.


  • Di Lapangan Terbang Changi Singapura anda boleh memilih kenderaan terus seperti teksi, kereta sewa swasta, bas dan pengangkutan peribadi.
  • Para tetamu yang berlepas dari Terminal 4 juga dinasihatkan untuk tiba 3 jam sebelum berlepas untuk memastikan masa yang mencukupi untuk bergerak melalui terminal baru.



5. kakitangan di AirAsia boleh didapati di lapangan terbang untuk membantu semua tetamu dengan keperluan perjalanan mereka untuk memastikan pengalaman perjalanan yang menyenangkan semasa tempoh percutian tersebut.



6. Setiap tetamu (kecuali bayi) hanya dibenarkan SATU  bagasi 


  • kabin (tidak lebih besar daripada 56 x 36 x 23cm dalam dimensi) 
  • satu beg komputer riba, beg tangan atau beg kecil di dalam kabin kapal 
  • jumlah berat yang dibenarkan untuk 2 buah bagasi yang tidak dicukupi mesti tidak melebihi berat 7kg


7. Tetamu digalakkan untuk menempah terlebih dahulu berat bagasi yang mencukupi untuk lebih banyak simpanan.  Untuk menambah lebih banyak peruntukan berat bagasi di airasia.com 


  • Log masuk  ke 'Manage Booking'
  • Log masuk melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada peranti iPhone dan Android
  • sehingga 4 jam sebelum waktu berlepas 



8. Tetamu boleh membuat tempahan dalam talian Santan Combo Meals mereka dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (D7) 


  • Ibu bapa yang melancong dengan anak-anak mereka boleh menempah hidangan anak-anak istimewa, Lil 'Star Combo, yang terdiri daripada pizza mini, minuman dan kotak makanan ringan. 
  • Makanan Combo boleh di tempah melalui 'Manage My Booking'  sehingga 24 jam sebelum jadual  berlepas. 



9. Panduan perjalanan apabila anda menyambung ke ROKKI Wi-Fi pada peranti mudah alih anda. 


  • Boleh terus berhubung denga aplikasi Internet kegemaran dengan pelan ROKKI dari serendah RM9.
  • AirAsia juga menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian di mana tetamu juga boleh menikmati tawaran dalam penerbangan eksklusif dari ROKKI Shop.
  • Membeli-belah juga menjadi lebih mudah dengan perkhidmatan Pre-book + Collect by Big Duty Free 


10. Tetamu boleh menikmati penjimatan dan kemudahan yang lebih baik apabila mereka menempah di bigdutyfree.com sehingga 48 jam untuk penerbangan AirAsia (AK) dan 72 jam untuk penerbangan AirAsia X (D7) 


  •  Barang tersebut dihantar terus ke kerusi mereka secara percuma, sama ada pada penerbangan berlepas atau ketibaan mereka. 




Monday, 11 December 2017

Sambal Tradisi Aluya Kitchen Terlajakkk Sedap



Alkisah berjodoh dengan Aluya Kitchen sambal. Perasaan untuk merasa sambal hitam sendiri akhirnya terjebak untuk merasa semua sambal yang ada di situu  hahaa.. Mudahnya kau terpengaruh dan di pengaruhi. Opkoslaa..
Dah terlajakk sedapp tak tipuu ✋

Jenis - jenis Sambal 

πŸ… Sambal Hijau
πŸ… Sambal Hitam
  πŸ…Sambal Tomato
πŸ… Sambal Biasa

Jenis - jenis Acar

🍎 Acar Ikan Masin
πŸ… Acar Buah

Acar  Ikan Masin

Faridah binti Mohamed Zain adalah pengusaha sambal dan acar yang sedap nie. Perusahaan ini bermula pada tahun 2011 selepas beliau kembali ke tanah air selepas lama menetap di Dubai bersama suaminya yang bekerja disana. 

Aluyah Kitchen ini diambil sempena nama Ibunya Aluyah Abdul Hamid . Dengan menggunakan resepi daripada arwah ibunya maka dari situlah terpikirkan namanya. Kini penggeluaran sambal telah mencecah 6000 botol seminggu. Faridah sangat mementingkan kualiti sambal - sambalnya yang akan di pasarkan.  


Sambal Hitam 


Berat setiap botol sambal 200g . Untuk mengekalkan ketahanan sambal daripada rosak gunakan sudu yang kering setiap kali ini mengambil sambal @ acar. Simpankan di dalam peti sejuk selepas dibuka. 


Ramuan  Acar

Acar Ikan Masin 

  • Ikan talang 
  • buah pala 
  • cuka
  • halia
  • bawang merah
  • bawang putih
  • gula
  • cili kering
  • biji sawi


Acar buah 
  • kurma
  • prune
  • apricot
  • kismis
  • limau
  • cuka
  • halia
  • bawang merah
  • bawang putih 
  • cili kering

Sambal Hijau  


Sambal hijau yang paling popular sekali kerana kesedapanya dan mereka boleh meletakaan  sendiri lauk atau sayuran seperti petai , udang , sotong dan ikan . Kiranya sambal hijau ni pembuka selera walaupun hanya makan bersama nasi sahaja.


Ramuan Sambal Hijau

  • Cili padi
  • ikan bilis
  • bawang putih
  • belacan


ALUYA KITCHEN

71, JALAN SU 2A,

SERING UKAY,
68000 AMPANG
SELANGOR 

Email : aluyakitchen@gmail.com

Phone : 0177744871
FB :Aluya Kitchen