Sunday, 29 August 2021

KEINDAHAN MERDEKA HABIB, SI RAMA-RAMA METAFORA UNTUK KEMPEN KEMERDEKAAN

 

Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj


KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2021 - Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa

teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan

tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini,

HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk

kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan

untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang

ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai

metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan

rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.


Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama

menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor

rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan

di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang

begitu indah. HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak,

sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini,

kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang,

serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan

sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin

meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang -

ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia. 


Dato’ Sri Meer Habib [kiri] and Najib Bamadhaj [kanan] bersama karya National Aspiration,

kerjasama kreatif Najib bersama kempen Keindahan Merdeka HABIB




Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik

Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya

membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung

di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau

bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat

untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi

Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi

secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk

kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna

baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini,

HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk

menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”


Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang

mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan

kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan

kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’.

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, perniagaan emas

merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang terus berkembang maju. HABIB

mengimbau kenangan di mana pada suatu ketika dahulu, para wanita terpaksa

mengorbankan barangan kemas mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan. Begitu lah

besarnya erti dan harga sebuah kemerdekaan. Jadi, kita haruslah bersyukur dan

menghargai kemerdekaan yang telah dicapai walaupun kita tidak dapat menyambut Hari

Kebangsaan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.


Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan

idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib

Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan

makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya

yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian

dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia

ke arah masa depan yang lebih baik. 


Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah

air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-

dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan

kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita

tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami

yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan

Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan

rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”





Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:




Inspirasi di sebalik lukisan ‘National Aspiration’ ini hadir daripada kekuatan serta 

harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan 

pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.


Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad

bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis

rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti

Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper

Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah

dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi

Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan

kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan

kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan

daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan

emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.



Sempena kempen Keindahan Merdeka, HABIB mengeluarkan 

Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah



Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia

untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik

dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut,

sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi

Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA

Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian

menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas

ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada

ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan

menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.


Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan

selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar

iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan

makanan yang telah disimpan sebelumnya agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia

tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai.

Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.




Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya

si beluncas merdeka dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu

terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini

telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia.

Sunday, 11 July 2021

COSMODERM TEA TREE OIL & VITAMIN E DENGAN FORMULA DAN BERWAJAH BARU

 



Assalammualaikum ,

Hai gaiss Cosmoderm kembali lagi dengan formula dan berwajah baru dengan kandungan yang lebih baik untuk kulit wajah kita stay tuned gaiss.. Antaranya Cosmoderm Tea Tree Oil ( TTO ) ada dua jenis produk yang kita nak give info tou you all gaiss ! first is TTO oil Control Facial Cleanser and TTO Refining Oil Control Serum . Seperti yang kita ketahui Tea Tree Oil memang banyak kebaikkan kepada kulit terutama kulit yang berminyak dan berjerawat kerana mengandungi anti bakteria semulajadi .





So gaiss yang ade masalah kulit berjerawat atau berparut boleh cuba Cosmoderm yang dapat pulihkan kembali kesihatan kulit malah dapat kembalikan keyakinan diri kita okey girlss..




Produk kedua ni gaiss Cosmoderm Vitamin E yang sentiasa memberikan kelembapan dan mengembalikan keanjalan kulit kembali so gaiss its ‘turn you beauty’. First kita ada Vit E Facial Cleansing Foam yang kaya dengan anti - oxidants dan membersihkan kulit sehingga mendalam. Second which is Vit E  Bi – Phase Toning essence 2000 I.U yang dapat membaiki tona kulit sekata dan melindungi kulit dari pencemaran  UV dan persekitaran . Cosmoderm juga adalah halal untuk digunakan dan di uji secara klinikal .




Cosmoderm Tea Tree Oil ( TTO )

Tea Tree oil bersifat anti – bakteria semulajadi yang terbukti dengan sifat menenangkan untuk mengurangkan jeragat dan jerawat . Produk ini sangat sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat .Selamat digunakan kerana pewangi daripada  natural essence from tea tree oil ,bebas paraben dan alcohol yang memudaratkan.Bebas SLS dan SLES .TTO dapat merawat jerawat seawal tiga hari. Di syorkan untuk kegunaan lelaki dan wanita .




Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser 125 ml

Di formulasikan dengan minyak pohon teh  Australia yang terkenal dengan anti bakteria semulajadi dengan sifat menyerap untuk mengurangkan jerawat dan bintik jerawat dengan membantu mengawal lebihan sebum yang mengakibatkan  pori tersumbat.  

  • Pembersih berkrim dapat membersih dengan lembut dan secara mendalam 

  • Mengawal kegatalan dan memberikan keselesaan pada kulit 

  • Membantu mengawal lebihan sebum yang mengakibatkan liang pori tersumbat

  • Mengawal kegatalan pada kulit  


Cara penggunaan

  • Squeez sedikit pembersih muka ke telapak tangan yang dibasahi urut perlahan pada wajah dan bilaskan .




Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30 ml

Serum yang dapat membantu menyeimbangkan minyak sebum berlebihan yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat. 

  • Merawat jerawat dan memudarkan parut jerawat
  • Membuang sel kulit mati yang berlebihan pada kulit 
  • Menyeimbangkan tahap PH dan kelembapan kulit
  • Kurangkan blackhead dan whitehead
  • Kulit lebih sihat , gebu dan licin

Cara Penggunaan

Setelah toning , sapukan serum ke wajah dengan lembut sehingga di serap




 4 langkah untuk kulit cantik dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

1st step : Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser 125 ml

  • Mengurangkan bintik jerawat

2 Step Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Face Toner 100 ml

  • Mengawal sebum berlebihan 

3 Step : Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30 ml

  •  Kurangkan blackhead dan whitehead 

4 Step : : Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturizers SPF 15++ 50 ml

  •  Meratakan tona kulit sekata  



Cosmoderm Vitamin E

Vitamin E

Gaiss seperti yang kita ketahui Vit E mempunyai Antioksidan yang dapat melindungi kulit dari kerosakan oksidatif dengan melawan radikal bebas. Dapat memberi keselesaan dan melindungi kulit .Mencerahkan kulit serta tona kulit sekata. Sesuai untuk kulit normal , kering dan kombinasi serta bebas pewangi , paraben , DEA dan bebas SLS / SLES . 




Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam 125 ml

Pembersih berbuih yang berasaskan gel yang lembut di perkaya dengan anti oksidan yang membersih secara mendalam dan menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran serta  mengekalkan kelembapan kulit .

  • Memulih , membaiki dan menganjalkan semula kulit 

Cara Kegunaan

  • Squeze sedikit gel pembersih urut dengan lembut pada wajah  dan bilaskan dengan air bersih


 Cosmoderm Vitamin E Bi – Phased Toning Essence

Toning essence yang sangat luar biasa banyak maanfaat terutama  pada kulit wajah .Di formulasikan dengan 2000 I.U vitamin E dan vitamin B5 . Ia juga membantu menyeimbangkan microbiota kulit , menyamarkan tona  tidak sekata , mencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit.

  • Menenangkan dan melindungi kulit dengan memulih , membaiki serta mengembalikan semula kesihatan kulit
  •  Melindungi kulit daripada pencemaran UV dan persekitan yang berbahaya 
  • Menganjalkan dan meremajakan kembali kulit 

Cara Kegunaan

Selepas toning sapukan toning esen pada kulit dengan urutan perlahan sehingga diserap . 


3 langkah untuk kulit cantik dengan Cosmoderm Vitamin E

1 step : Cosmoderm Vitamin E Facial Cleansing Foam 125 ml

  • Membantu mengurangkan jerawat dan tanda stretch mark

2 step : Cosmoderm Vitamin E Refining Toning Lotion 100 ml

  • Kulit kelihatan lembap

3 step : Cosmoderm Vitamin E Bi – Phase Toning Essence

  • Menenangkan dan melindungi kulit daripada pencemaran uv dan persekitaran 



Korang boleh dapatkan  produk  penjagaan kulit wajah Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store

 

Maklumat Lanjut Layari  :

https://www.cosmoderm.com.my/ 



Sunday, 31 January 2021

COSMODERM PERFECT BALANCED UNTUK KULIT YANG LEBIH SIHAT DAN CANTIK

 

Cosmoderm Perfect Balanced


Assalammualaikum ,

 

Hai gaiss nak share dengan korang Cosmoderm dah keluarkan produk terbaru iaitu Cosmoderm Perfect Balanced yang sangattt pinky – pinky siapa yang tak jatuh cinta pandang pertama kan dengan warna yang sangat sinonim dengan sifat wanita tahniah Cosmoderm . Cosmoderm  Perfect Balanced tampak mewah untuk dimiliki dengan kandungan yang sangat sesuai untuk semua jenis kulit . 




COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED

Set penjagaan kulit Cosmoderm Perfect Balanced di datangkan dengan warna pink dan merupakan rangkaian  penjagaan kulit muka secara sihat dan selamat. Keluaran skin care terbaru sangat sesuai untuk semua jenis kulit  termasuk kulit sensitive . Cosmoderm merupakan satu jenama yang terkenal di Malaysia serta di iktiraf Halal oleh JAKIM jadi gaiss selamat di gunakan tanpa ragu – ragu . 


COSMODERM PERFECT BALANCED DI PERKAYA DENGAN PREBIOTIK & CALAMINE

 

Mengandungi dua bahan utama untuk penjagaan kesihatan kulit iaitu :

 

Probiotik

Probiotik merupakan kandungan alami yang sangat bermanfaat bagi pencernaan . Namun siapa sangka bahwa hal ini ternyata bermanfaat bagi kulit . Seperti yang kita tahu prebiotic adalah bakteria baik bukan sahaja memperbaiki sistem pencernaan malah prebiotic dalam Cosmoderm Perfect Balanced membantu ekosistem kulit mikro dengan merangsang pertahanan semulajadi kulit , mencerahkan kulit serta menyeimbangkan mikrobioma kulit . Jadi kulit tidak lagi mengalami kegatalan dan kerengsaan serta dapat mengatasi masalah jerawat dan kulit sensitiv .

 

Calamine

Calamine biasanya digunakan di dalam losyen untuk merawat kegatalan ringan kerana memiliki sifat  anti – inflamasi . Penelitian telah menunjukkan bahwa kandungan ini dapat membantu mengubati masalah kulit berjerawat serta sensitive .Cosmoderm Perfect Balanced mengandungi calamine yang berfungsi untuk menenangkan kulit wajah , meredakan kegatalan dan iritasi pada kulit wajah , mengurangkan minyak dan kemerahan pada kulit serta melegakan kesan selaran matahari .


4 langkah Perfect Balanced


4 LANGKAH MUDAH DENGAN COSMODERM PERFECT BALANCED

 

* Perfect Balanced Foaming Cleanser

* Perfect Balanced Toning Lotion

* Perfect Balanced Soothing Wow Cream

* Perfect Balanced Sun Milk SPF 25 PA ++


1. PERFECT BALANCED FOAMING CLEANSER 120 ML


Foaming Cleanser

* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive

* Bebas paraben , fragrance , artificial colour dan SLS / SLES

* Membersihkan kekotoran dan cela secara mendalam

* Mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah

* Mengurangkan iritasi dan kemerahan pada kulit

* Meningkatkan menyerapan nutrien pada kulit

 

Cara Penggunaan : Picit sedikit pembersih ke tapak tangan dan gosok ke seluruh kulit muka kemudian bilas dengan air bersih .


2. PERFECT BALANCED TONING LOTION 120 ML


Toning Lotion 


* Penggunaan toner merupakan langkah penting

* Di formulasikan dengan calamine 20,000 prebiotik

* Melegakan kemerahan dan meningkatkan kelembapan kulit

* Meningkatkan pertahanan semulajadi kulit

* Mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit

* Bebas paraben , fragrance , artificial colour


Cara Penggunaan : Selepas mencuci wajah , tuangkan toner lotion ke telapak tangan dan dapkan keseluruhan kulit serta goncangkan dahulu sebelum digunakan 


3. PERFECT BALANCED SOOTHING WOW CREAM 50 ML

 

Soothing WOW Cream

* Water- in oil- in water ( WOW )

* Di formulasikan dengan calamine pekat 30, 000 ppm

* 3X peningkatan kelembapan kulit

* Menenangkan kulit dan merawat daya ketahanan kulit

* Menghilangkan cela pada permukaan kulit

 

Cara Penggunaan : Sapukan krim dengan rata ke seluruh wajah dan leher sesuai untuk kegunaan siang dan malam .


4. PERFECT BALANCED SUN MILK SPF 25PA++ / 50 ML


Sun Milk SPF 25PA

* Berfungsi melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB

* Membantu menghilangkan selaran matahari dan kulit kering

* Menghalang radikal bebas

* Menenangkan kemerahan pada kulit

* Melembap dan membaiku struktur kulit

 

Cara Penggunaan : Sapu rata sun milk keseluruh wajah

 

Mesti korang terujakan untuk mencuba produk  set penjagaan kulit wajah Cosmoderm Perfect Balanced mudah saje korang boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Official Store .Korang juga boleh beli di farmasi berdekatan termasuk Watson & Guardian .

 

Maklumat Lanjut Layari  :

https://www.cosmoderm.com.my/

 


Saturday, 7 November 2020

PGMALL Kempen Beli Barangan Malaysia 11.11 PRE Sales

 


Assalmmualaikum

Gaiss #stayathome jom ‘ online shopping ‘ dengan PGMALL sempena  sale 11.11 banyak promosi barangan berjenama . PGMALL merupakan platform pertama E- Coomerce tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 2017. Korang tahu tak PGMALL kini berada rangking top 3 dalam Iprice Insights Report  https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ jadi tanpa ragu – ragu pilihan bijak korang untuk shopping online di platform PGMALL . 

Proses pembayaran juga sangat mudah kerana PGMALL menerima semua pembayaran melalui e-wallets dan payment gateways. 



PGMALL  Big Brand Pre Sales 11.11 




Sempena kempen 11.11 PGMALL Kempen Beli Barangan Malaysia ( KBBM ) menawarkan pelbagai kejutan kepada pembeli diplatform dorang.Beberapa jenama yang tidak asing lagi pada korang di Malaysia seperti TEFAL , OldTown , Revlon , serta jenama tempatan yang terpilih antaranya Tanamera , Coop Retail , Biscuit Bean serta perasmian PINENG Store dan WOW Store .PGMALL Countdown sales akan bermula dari 1 Nov 2020 – 11 Nov 2020 


TEFAL Pre Sales 11.11 

Friday, 11 September 2020

“TINGGALAN SEJARAH JADI KENANGAN“

 

Jugra insitu museum banting
MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT


Terdapat banyak muzium bersejarah yang dapat dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan negara Eropah. Lawatan bersejarah ke Malaysia tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta signifikan. Dengan adanya muzium sejarah, ianya dapat memupuk semangat cintakan negara dan mengukuhkan perpaduan sesama rakyat.

Oleh itu, di bawah merupakan senarai muzium yang boleh dilawati di Negeri Selangor:


1) MUZIUM INSITU JUGRA, KUALA LANGAT

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878 dibina oleh Pegawai British, Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor. Kini IA berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran yang berisi paparan sejarah. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke muzium ini tetapi fotografi tidak dibenarkan. Pengunjung boleh melawati muzium ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu hingga Khamis) dan 9.30 pagi – 12 tengah hari dan bersambung pada pukul 2.45 petang hingga 5.30 (Jumaat).


Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@heritage.gov.my





muzium kuala selangor



2) GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG

Terletak di Klang, Selangor, Galeri Diraja ini dibina sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bangunan muzium ini mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman di mana kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai Pejabat Tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Selain itu, bangunan ini juga pernah dijadikan markas Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 selepas kemerdekaan Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan Pejabat Daerah Klang dan mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan mula dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin sehingga kini. Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00 petang, Isnin dan cuti umum ditutup. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ke: 03-3373 6500



MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR


3) MUZIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR

Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang boleh diketahui seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain yang mana ia digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766. Selangor juga mempunyai pertempuran tempatan (Perang Saudara) dan juga pertempuran yang diperjuangkan dengan Belanda dan Inggeris. Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi. Ia kemudiannya adalah pertempuran untuk mendapatkan kuasa dan permainan politik di antara mereka yang berkuasa. Muzium ini terletak berhampiran dengan Altingsburd Lighthouse yang mana pengunjung boleh lawati selepas ke Muzium Kuala Selangor ini. Sekarang, muzium ini dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: www.padat.gov.my




4) PUSAT WARISAN KAJANG, KAJANG

Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada  perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Pada tahun 1850-an, Daerah Hulu Langat merupakan tempat pertama untuk perlombongan bijih timah yang berada di Rekoh. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868. Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor dalam membuka kawasan hutan di sekitar Kajang. Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.

Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: leekimsin@gmail.com




5) MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, PETALING


Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor dan reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan seni bina Minangkabau. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7. Muzium ini memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM. Malah, museum ini juga menceritakan sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka dan Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan. Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: info@padat.gov.my


kita perlulah hargai peninggalan sejarah agar memori terdahulu sentiasa diingati dan diambil pengajaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar sejarah tidak pupus dari ingatan. Sebagai peringatan, pastikan kita sentiasa untuk menjaga penjarakan sosial dan fizikal yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah sebarang penularan wabak virus COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini.

 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


Wednesday, 2 September 2020

Gong Cha Introduces Its First-ever e-Drink Series with Shopee

 





Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha and Malaysia’s no.1 e-commerce platform Shopee are joining forces to bring all Shopee users an exciting range called the Shopee 9.9 Super Drinks that will sure tingle the taste buds, put a smile on everyone’s faces and have them wanting more.


Introducing three special brews - the Mango Matcha Latte, Mango Latte & Mango Marble, these exclusive and special beverages are introduced in celebration of Shopee’s flagship annual shopping event - the Shopee 9.9 Super Shopping Day.






Mango Matcha Latte


The triple-layered and eye-catching Mango Matcha Latte consists of tangy mango puree, rich-flavoured matcha and creamy fresh milk. While some may wonder at the odd coupling and contrasting bitterness of the matcha and sweetness from the mango, they actually complement each other well when mixed together. Be bold and adventurous with this Mango Matcha Latte that will sure to stir your gastronomic senses.





Mango Latte


The Mango Latte’s flavours are subtle and on point. The Gong Cha's freshly brewed green tea blends perfectly with the fresh milk while the bits and pieces of mango offers a unique and addictive texture to the drink. This refreshing and fruity version of a green tea latte is something you can’t afford to miss!




Mango Marble

The blend of mango, paired with milk green tea and Gong Cha's signature milk foam, creates a beautiful marble texture which gives the drink its name. The combination of rich, creamy milk foam and the floral taste of mango may just be that refreshing drink for you to sip on during a fun, road trip with friends.


Gong Cha is introducing their e-drink series for the very first time where the drinks can only be purchased digitally via the Shopee app and collected at their outlets. Get the Shopee x Gong Cha e-drink series now exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal. The Shopee 9.9 Super Drink vouchers can be redeemed at all Gong Cha outlets nationwide from now to 27 September. 


Fans can enjoy the drinks at an introductory price of RM7 (Normal price: RM10) from now to 13 September. Save more when you purchase the drinks at RM5 only on these special dates: 1 Sept, 6 Sept and 9 Sept.


Apply the code GC99 upon checkout to enjoy 30% coins cashback (capped at RM5) when you purchase the e-drink series on Shopee from 1 - 9 September.


The Shopee 9.9 Super Drink is introduced in conjunction with the Shopee 9.9 Super Shopping Day, happening from now to 9 September 2020. Users who visit Shopee are in for an exciting shopping event - free shipping with minimum spend of RM9, daily Shocking Sale with RM9 deals, 50% off vouchers as well as prizes worth up to RM 99,000 to be won through Shopee Games.


What are you waiting for? Visit https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series now!