Monday, 8 April 2019

TENERA HOTEL SINAR RAMADHAN BUFET 2019 DENGAN MENU UNIK MASAKKAN TRADISI BERZAMAN



Assalammualaikum ,

Alhamdullilah tak lama lagi Ramadhan akan menjelang semoga kita dipermudahkan untuk menjalani rukun islam yang ketiga. Selain itu banyak promosi  yang telah kita ketahui tentang  bufet untuk ramadhan kali ini. Bagi mereka yang ingin mencari kelainan berbuka puasa di luar atau mereka yang tidak sempat memasak untuk berbuka tawaran menarik di HOTEL TENERA Bangi yang menampilkan lebih daripada 40 buah gerai dan 200 jenis hidangan tradisional dan autentik yang bakal menarik perhatian pengunjung .



Rendang Ayam DaunPegaga



Pada tahun ini HOTEL TENERA Bangi menyajikan bufet ramadhan bertemakan “ Sinar Ramadhan Buffet 2019 “ . HOTEL TENERA telah beroperasi pada akhir tahun 2017 telah dianugerahkan hotel  4 bintang terbaik bagi tahun 2018 oleh HAPA Award . HOTEL TENERA juga tampil dengan promosi menarik iaitu potongan sebanyak 30% atau RM 68 dari harga asal iaitu RM 98 , promosi tempahan awal ini berlangsung dari 1 Feb berlanjutan sehingga  30 Apr 2019 .



Daging Dendeng



Promosi  Sinar Ramadhan Buffet HOTEL TENERA

  • Harga promosi baucher RM 68
  • 1 Feb – 30 Apr 2019
  • Harga Asal RM 98
  • Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi  019 3854798 atau 03 89299600



Siput Sedut Masak Lemak Keladi


Program Preview Sinar Ramadhan Buffet 2019  telah di rasmikan oleh Dato’ Ab Ghani Mohd Ali iaitu pengerusi koperasi permodalan FELDA Malaysia Berhad ( KPF ) menampilkan 10 menu yang menjadi tumpuan pengunjung dan terdapat 24 bazaar gerai dengan pelbagai menu juadah seperti :

  •  Kambing Golek “ Pesto Caracas “
  •  Lidah Bakar Mulut Senget
  • Seafood Goreng “ Mae Pranom “
  • Mee Rebus Tulang Rawan / Gear Box
  • Roti Periuk Leper
  • Pulut kuning sambal Ibu Saodah
  • “ Live Dim Sum Aliff Lalulah
  • Cendol Sawit
  • Apam Balik Terangkat
  •  Warung Kopi Tok Wan




Ulam & Kerabu


HOTEL TENERA berkonsep mesra muslim sepanjang bulan ramadhan pelbagai aktiviti yang di anjurkan oleh pihak pengurusan hotel seperti solat terawih , bersahur bagi menyinarkan lagi suasana sepanjang buffet Ramadhan di  HOTEL TENERA . Terletak 5 minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota Kuala Lumpur hotel ini juga berdekatan dengan kawasan membeli belah . 



Lidah Bakar Mulut Senget



Senarai Bazaar Sinar Ramadhan Bufet 2019

Periuk Belanga ( pertukaran setiap 5 menu )

  • Nasi Putih
  • Rendang Ayam Daun Pegaga
  • Daging Dendeng
  • Siput sedut masak lomak keladi
  • Pucuk kayu goreng 



Mee Rebus Tulang Rawan


Bazaar 1

  • Nasi Paella Seafood



Bazaar 2

  • Kambing Golek “ Pesto Caracas “
  • Kambing panggang selasih , sos benggala merah ,sos lada hitam , sos benggala hijau , pudina 


Oden

Bazaar 3

  • Lidah Bakar Mulut Senget
  • Lidah bakar , air asam , sambal kicap


Bazaar 4

  • Satay 3 cucuk
  • Satay ayam , sataydaging , nasi impit , kuah kacang & timun 



Seafood Goreng Mae Pranom


Bazaar 5

  • Ikan bakar kelapa parut
  • Air asam , sambal kicap


Bazaar 6

  • Ayam golek bumbu
  • Sos bumbu , sos percik


Bazaar 7

  • Seafood Goreng Mae Pranom
  • Udang  , lala , ketam , sotong , sambal tomyum , daun ketumbar , kacang tumbuk  


Ayam Golek Bumbu

Bazaar 8

  • Mee Rebus tulang rawan / gear box
  • Telur rebus , bawang goreng , limau kasturi , taugeh


Bazaar 9

  • Pasta Pasti “ World “
  • Spaghetti , Linguine , Fettuccine , Penne , Mussel , Tomato Sauce , Alio Olio , Carbonara ,


Bazaar 10

  • Daging Kambing gulai kawah / Kari kepala ikan Salmon
  • Roti Benggali 


Kari Kepala Ikan Salmon 


Bazaar  11

  • Ulam – ulam Pasar Tani
  • Aneka pilihan sambal dan ulam ulam kampung sambal belacan , sambal mangga , sambal gesek
  • Pelbagai ikan kering dan aneka kerabu


Bazaar  12
  • Aneka Roti
  • Roti Canai , Roti Boom , Dhall , Sambal



Bazaar  13
  • Murtabak Roti Arab
  • Murtabak bersama roti arab ayam dan daging dengan jeruk bawang 



Kambing Golek Caracas 

Bazaar  14

  • Roti periuk leper
  • Roti tempayan bersama kariayam dan kentang


Bazaar  15

  • Roti John
  • Hirisan lada benggala , bawang holand , buah zaitun, telur goyang sos lada hitam


Bazaar  16

  • Goreng – goreng Mak Tom
  • Keledek , keladi , cucur udang , ikan bilis , cucur jagung , tempe goreng , jemput pisang 


Cendol Sawit

Bazaar  17

  • Oden
  • Bebola sotong , ikan , kangkung kacang bendi , lada merah , tauhu sumbat pes ikan , tauhu kering , sotong rendam , kuahkacang , sambal merah , dim sum


Bazaar  18

  • Aneka Mee Goreng
  • Koay Teow goreng , Mee Goreng


Bazaar  19

  • Kek lobak goreng
  • Istimewa dari dapur chinese 


Pemanis Mulut

Bazaar 20

  • Rojak buahan Wak Mengaum
  • Sengkuang , timun , jambu batu , jambu air , mangga muda , nenas , betik muda , jeruk mangga , jeruk betik , jeruk cermai , jeruk jambu , jeruk kelubi



Bazaar 21

  • Mee Sup Utaro
  • Mee halus , soo hoon
  • Tulang , paru , daging , perut , ayam , sambal chili


Bazaar 22

  • Som Tam Floating Market
  • Pilihan salad Pattani 



Aneka Kerabu

Bazaar 23

Pulut kuning sambal Ibu Saodah
Di kukuspanas

Bazaar 24

“ Live Dim Sum Aliff lalulah
Di sajikan bersama sos Hoisin dan pedas

Bazaar 25

Rojak Sotong
Sotong kembang , kangkung , kacang tumbuk , kuah petis , biji bijian

Bazaar 26

Tahu Bakor

Timun , sengkuang , tauge , kacang tumbuk , kuah petis 


Kuih Goreng Mak Tom 

Bazaar 27

  • Kuih Apam Telur Kukus
  • Kelapa parut 


Bazaar 28

  • Waffle
  • Sos kacang , sos coklate , madu



Bazaar 29

  • Live Pan Mee
  • Mee di buat secara langsung di hidangkan bersama sambal “ Szechuan “


Bazaar 30

  • Keropok
  • Keropok lekor , keropok udang , keropok ikan , keropok bawang , keropok sayur , empeng 




Ice cream potong Bangi 

Bazaar 31

  • Aneka Pilihan Biskut Nostalgia
  • Pelbagai pilihanbiskut ping pong


Bazaar 32

  • Kuih muih Mek Sonah
  • Aneka Kuih muih , kek , pisang , Agar – agar cermin


Bazaar 33

  • Kuih Talam
  • Kuih lapis , seri muka , talam keladi , talamjagung , bingka ubi bakar bijan


Rojak


Bazaar 34

  • Cendol Sawit
  • Pulut ,tapai ,jagung , kacang merah  


Bazaar 35

  • Bo Boo Tea
  • Istimewa dari dapur chinese


Bazaar 36


  • Ais Cream Potong Bangi 



Somtam

Bazaar 37

  • Bubur Manis Rambang Mata


Bazaar 38

  • Apam Balik Terangkat


Bazaar 39

  • Buah – Buahan
  • Buah buahan potong  



Spaghetti & Pasta


Bazaar 40

  • Kacang putih
  • Kacang parang , kacang dhall , kacang hijau , maruku , kerepek


Bazaar 41

  • Minuman Sejuk & Panas
  • Air Sirap ,Air Soya , Sirap Bandung , Ais Jeruk , Jus Markisa , Air Barli Teh hijau , Air jagung , Air Mangga , Air Kelapa Laut  


Bazaar 42

  • Warung Kopi Tok Wan
  • Kopi kampung , teh tarik , teh halia , Teh O , Coklat Panas , Biskut Balak , Biskut Lemak






Kuih Talam

Warung Tok Wan

Buah - Buahan  & Deserrt Island

MinumanSejuk


Buffet Dessert

Sambal Gesek

Minuman Panas

Apam Balik

Satay tiga cucuk

Ikan Kering

Banyak menu yang sangat tradisi sejak berzaman yang di idam - idam ramai lagi - lagi pada bulan puasa . Tak rugi berbuka puasa di Tenera Hotel bukan sahaja masakan melayu malah hampir semua makanan asia & barat juga di hidangkan . Anda kena rasai sendiri pasti akan mahu kembali lagi mengigati kesedapan setiap makan yang di hidangkan itu . 


Acara Perasmian Sinar Ramadhan Bufet




Website : TENERA HOTEL

Facebook : Tenera Hotel

IG : tenera hotel

Friday, 29 March 2019

MASTER PASTO SPAGHETTI SEMUDAH 3 MINIT TERUS DIHIDANGKAN PILIHAN KAKI TRAVEL



Assalammualaikum ,


Master Pasto spaghetti kini menjadi pilihan kaki travel kerana sangat mudah di bawa dan di hidangkan. Penyediaan hanya tiga minit sahaja dah boleh di makan . Peminat spagheti wajib merasai sendiri kesedapan spaghetti Master Pasto ni . 



Produk Master Pasto adalah buatan Malaysia yang di keluarkan oleh syarikat LIOCO FOOD INDUSTRIES  SDN BHD . Mendapat pengiktirafan halal dan ISO MS 1500: 2009 1084-11/2018 . Lonjakan yang baik dalam industri makanan segera di mana kita boleh nikmati secara sihat . 






Kenapa kaki travel perlukan Master Pasto Spaghetti


  • Pembungkusan yang  flet mudah disimpan dalam beg.


  • Flexy packy ialah pek mudah dan selamat di mana ia telah melalui pengendalian ‘ suhu tinggi ‘ untuk proses penstrilan dan di buat khas untuk pembungkusan produk Lioco .


  • Penyediaan yang mudah hanya dalam 3 minit siap dimasak sepenuhnya panaskan sahaja dan sedia untuk dihidangkan .  







Master Pasto ada tiga jenis spaghetti :

  • Spaghetti  Bolognese Chicken


  • Spaghetti Mushroom Cream Sauce



  • Spaghetti Aglio Olio Chicken     











Kelebihan Master Pasto Spaghetti  :

  • Spaghetti segera


  • Panaskan hanya dalam 3 minit siap untuk dimakan


  • Bungkusan yang mudah di bawa dan di simpan


  • Tanpa bahan perisa MSG


  • Tanpa bahan pengawet


  • Tidak perlu di simpan dalam peti sejuk


  • Mendapat pengiktirafan halal  


  • Berat bersih 280 g


  • Flexy pek yang selamat untuk terus di masak kerana telah melalui penstrilan suhu tinggi

  • Buatan Malaysia



  • Makanan segera yang sihat untuk di nikmati dengan rendah lemak 





Cara Penyedian Atau Memasak  :  

1 . Air panas mendidih

  • Didihkan air di dalam periuk atau pun menggunakan cerek elektrik


  • Rendamkan spaghetti dan sos Flexy packyy di dalam air panas yang susah didih dan biarkan air terus didih selama 3 minit .


  • Keluarkan spaghetti dan sos flexy packy dari periuk. Buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan .






2. Ketuhar gelombang Mikro

  • Tuangkan spaghetti dan sos flexy ke dalam pinggan ataupun bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro .


  • Masukkan ke dalam gelombang mikro dan panaskan selama 1 minit sedia untuk dihidangkan 






Perhatian

  • Simpan di tempat yang dingin dan kering . Elakkan pancaran matahari secara terus dan disimpan dalam peti sejuk setelah dibuka .   



  • Tidak boleh dimakan sekiranya Flexy Packy sudah kembung ataupun bocor .





Harga Master Pasto

  • Flavour Mix RM 47.00 2 flavour each

 ( 6 pack in 1 bundle )

  • 1 flavour RM 31.60 ( 4 pack / bundle  )


  • 1 Carton RM 169.00 ( 24 packs )


  • Varity Pack RM 169.00 ( 24 packs ) 







Website : MasterPasto

Facebook : masterpastolioco  

Thursday, 28 March 2019

NEEM BALM ZM BEAUTY PENAWAR MASALAH TUMIT KAKI PECAH YANG BEBAS BAHAN KIMIA




Assalammualaikum ,



Musim cuaca panas kini memberikan sedikit impak kepada kulit lagi – lagi yang sensitif seperti ruam,  kulit kering , gatal dan alahan .  Apabila kulit mengalami masalah mulalah rasa gatal dan menggaru kengkadang tu boleh memburukkan lagi keadaan bila telah menjadi radang . Kini anak saya yang berusia 5 tahun juga menggalami ruam di sekitar kulit dahi kasihan juga melihat dia menggaru hingga ke atas kepala tambahan bila berpeluh pada waktu panas . Kini setelah menjumpai Neem Balm ZM Beauty dapat menggurangkan dan menghilangkan ruam di sekitar dahinya . Kesan seawal tiga hari ruam pada kulit semakin hilang dan licin dengan penggunaan setiap malam di sapu sebelum anak saya tidur . 





Apakah Neem Balm ZM Beauty
Apa itu NEEM BALM ZM BEAUTY?

Dihasilkan menggunakan 3 bahan sahaja iaitu :

  • Daun Neem
  • Minyak Zaitun
  • Lilin Lebah



TAMBAHAN "ESSENTIAL OILS

  • Lavender
  • Tea Tree 

Berfungsi sebagai sapuan luaran untuk melegakan :


  •   Kulit Keringm Demam Campak
  •   Gatal Kulit
  •   Masalah Kulit Yang Ringan
  •   Impetigo
  •   Kudis
  •   Kulat
  •  ruam lampin
  •  Kulit merekah 

-  Tea Tree





Biasa tak dengar orang dulu – dulu jika anak kena campak mandikan dengan daun Neem nie yang menjadi masalah ketika itu mana nak cari pokoknya kan ? kalau aa yang menanam mudahlah sedikit . Sekarang alhamdulillah dah ada produk Neem Balm dari ZM Beauty nie semuanya mudah. Banyak lagi kelebihan daun Neem nie dalam perubatan . 


Apakah Daun Neem atau Semambu

  •      Dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae.


  •      Berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Tumbuh juga di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.


  •       Pokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keugamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.


  •     Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada tumbuhan semambu.


  •        Serbuk daunnya dikatakan sangat berkesan dan boleh melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.


  •      Minyak pokok semambu sangat menakjubkan boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur.


  •      Digunakan juga sebagai  minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.


  •      Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit.


  •      Semambu menjadi perhatian dalam perubatan moden


  •    Dalam masyarakat Melayu, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau alas tilam bagi mengurangkan rasa gatal akibat dari demam campak. Selain dari itu daun yang diramas dan dihancurkan dicampur dalam air boleh dijadikan air mandian bagi kanak-kanak yang kena penyakit chicken pox.





Kenapa saya pilih Neem Balm?

  •  Lulus KKM
  •  Free chemical berbahaya
  •  Natural
  •  Mudah serap & tak berminyak yang melampau
  • WANGI!!!
  •  Dan yang paling penting guna Neem asli
  • Tarikh luput adalah 1 Tahun dari tarikh penutup dibuka



HANYA YANG TERBAIK DARI ZM BEAUTY

Jom jadi yang TERAWAL memilikinya!


  • Harga 1 set RM 45 / 60 g, anda akan dapat FREE GIFT
  • Casing Khas beserta KeyChain ZMBeauty 


Siapa Boleh Guna ?

SEMUA BOLEH GUNA! Semua peringkat umur dari bayi sehingga dewasa boleh guna dan tak beri kesan sampingan buruk in shaa Allah!

Cara Penggunaan ?

Buat sapuan nipis nipis je kat tempat yang memerlukan dan cara nak guna NEEM BALM telah dicetak dibelakang bekas NEEM BALM untuk rujukan pengguna.







Neem Balm juga penawar masalah tumit kaki pecah

Banyak je krim untuk tumit pecah kat luar sana tapi kalau guna Neem Balm lebih confident sebab zero bahan kimia. Bila pakai rasa selesa dan wangi.Ramai yang merungut tentang masalah tumit kaki pecah. Nampak tak cantik kan…kalau terkena kat kaki lagi sebelah rasa kesat je. Eeeeee geli kan,lagi lagi kalau hubby dah mula tegur.


Sebenarnya mudah je nak hilangkan tumit pecah ni. Gesek tumit kaki tu kat batu untuk kikis tumit kaki yang kering & kasar tu pastu sapukan NeemBalm. Amalkan selama 3 hari secara konsisten for sure settle masalah. Kulit tumit kaki tak kasar lagi. Tumit kaki pecah dah takde dah .


Uoollssss ada masalah TUMIT PECAH yang susah nak settle tak?

PM Pn Lieza sekarang mereka akan bantu anda dengan produk yang alami & jimat

Kepada yang berminat untuk tahu lebih detail boleh terus klik link dibawah untuk fast respond




AGENT WANTED!!!

“Lepas sapu hari-hari Neem Balm ni Alhamdulillah dah settle dah masalah tumit pecah saya. Yelaa kan,saya ni berkerja hari-hari…balik rumah nak buat kerja rumah lagi kaki memang sentiasa ada tekanan selagi saya tak baring…sebelum tidur wajib saya sapu Neem dan sebelum pakai kasut ke tempat kerja saya sapu juga”- Testimoni Pn Lieza