Tuesday, 26 March 2019

BERBUKA PUASA DI KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE BERKONSEP BAZAR KONTEMPORARI




Assalammualaikum,



Alhamdullilah syukur kehadrat Allah S.W.T diberikan kesihatan yang baik untuk menghadapi bulan puasa yang akan datang tak lama lagi . Sempena dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini Kuala Lumpur Convention Centre menyediakan pakej buffet Ramadhan khas untuk bulan puasa ini dengan harga yang berbaloi untuk semua rakyat Malaysia . 




Udang Laut Bersama Raja Durian


Hisham Bin Jaafar merupakan Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur teruja memperkenalkan konsep ‘ Bazar Kontemporari ‘ interaktif kepada pelanggan dengan pelbagai hidangan lazat yang di sediakan khusus oleh 52 chef yang memenangi anugerah . Suasana santai yang telah di ubah suai ke gerai – gerai makanan klasik tepi jalan iaitu ‘ Chef Action Station ‘ digemari ramai yang menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan oleh pelanggan untuk Ramadhan tahun ini . 



Ayam Kampung Masak Cencaluk



Antara masakan makanan jalanan kegemaran ramai seperti: 

  • Barbeku Thai
  • stimbot
  • kuetiau goreng Pulau Pinang
  • sate ayam serta daging 



Gulai Kawah Tulang Rusuk Kambing 



Menu tahun ini merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi kemestian pada bulan Ramadhan termasuk Nasi Bukhara di hidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong , gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang dan gulai kawah ayam kampong bersama pisang muda lemak manis , ayam kampong masak cencaluk , lemak asam telur itik bersama sayur munggai , udang laut dengan raja durian dan makanan laut panggang daun pisang ‘ala portugis ‘ . 




Steambot


Kesemua lima dapur masakan cina , barat , sejuk , pastry dan melayu di Konvensyen Centre Kuala Lumpur disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) . Pelanggan beragama islam boleh menikmati makanan tanpa was – was . 70 % bekalan bahan masakan dan keperluan adalah dari sumber tempatan . 



Seafood Grill



Pelanggan dijamin mendapat layanan dan perkhidmatan yang cemerlang serta sajian makanan bertaraf 5 bintang apabila menikmati juadah berbuka puasa .



 Untuk orang ramai :

8 May – 31 May 2019

RM 150 ++ per person

10% diskaun for early bird booking before 30 April 2019 






Corporate buka puasa minimum 100 guest :

Ramadhan Al Mubarak RM 128++ per person

Ramadhan Al Karem RM 170++ per person

50% untuk kanak – kanak 4 – 12 tahun dan senior citizen 55 tahun dan ke bawah. 



Kambing Golek Harissa


Berbuka puasa Ramadhan pada tahun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur akan di dermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka kepada badan – badan amal yang di sokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadhan Dengan Semangat Bersedekah ‘ . 


Keropok & Papadom


Pusat konvensyen Kuala Lumpur juga menyediakan bilik solat khas , sejadah , selipar , tempat wuduk imam untuk mengimamkan umat islam yang ingin menunaikan solat maghrib , isyak dan terawih dengan selesa selepas berbuka puasa. 



Nasi Bukhara



Gulai Kawah


Kuih Goreng



Sebagai tambahan kepada pelbagai masakan klasik Ramadhan , menu berbuka puasa untuk korporat dan orang ramai menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk mereka yang mencari sesuatu yang berlainan . Sajian termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki jepun dan aneka pilihan sushi , ikan panggang Tikka , nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa yang tersohor di Konvensyen Centre Kuala Lumpur di hiding bersama sos pudina dan sos berempah . 




Rendang Ayam



Hidangan hari raya seperti ketupat palas , nasi impit , lemang bersama serunding , rendang ayam dan rendang daging antara makanan wajib ada di kala berbuka puasa .



Rendang Daging


Nasi Impit

Lemang

Sushi 




Bubur Nasi

Pemanis Mulut


Pemanis mulut terdiri daripada makanan yang manis seperti kuih , buah – buahan , pastry , ice cream , tart atau pun biskut antara yang sedap di sini seperti Banana Brulee , ondeh – ondeh dan banyak lagi  




Agar - Agar Cendol



Jelly Buah







Ondeh - ondeh 


Minuman




Teh Tarik Cendol


Wajib rasa air paling best di sini adalah Teh Tarik cendol yang tidak menggunakan susu tetapi cendol dan juga Teh Caremal yang wangi lagi sedap . 



Gerai Minuman


Teh Tarik Cendol Kaw



Untuk majlis korporat disarankan untuk membuat tempahan lebih awal kerana tempat duduk
adalah terhad :

untuk temahan korporat

Hubungi : +603 2333 2866

Pertanyaaan umum :

Hubungi : +603 2333 2877 





Teh Karemal 








Twitter : KLCCConvention


Email : E info @klccconventioncentre.com


Alamat : 

Kuala Lumpur Convention Centre

Kuala Lumpur City Centre 50088 Kuala Lumpur 








Thursday, 21 March 2019

MAGGI & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Ke-23

 Launching the 23rd MAGGI® Secondary Schools Cooking Competition (MSSCC)! 


Pertandingan memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) kembali  tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI’ membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan. 


from left to rightChef Abdul Muluk, Corporate Executive Chef of MAGGI®; Tuan Haji Othman bin Hashim, Principal of SMKA Putrajaya Presint 11; Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah, Deputy Director, Sports and Arts Education Division, Ministry of Education Malaysia; Mr Lester Khan, Head, Shopper & Consumer Engagement of MAGGI®; Ms Kimberly Oh, Marketing Manager of MAGGI® and Encik Amat Roslan, Deputy Director Putrajaya Federal Territory Education Department, flanked by students taking part in the competition.



Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.



 Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah participating in various activities during the MSSCC 2019 launch.  





“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.







Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.  



From left] Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah and Ms Kimberly Oh joining Chef Abdul Muluk in a MAGGI® cooking demonstration. 






MAGGI telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.









Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.


Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019

















Wednesday, 13 March 2019

ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE TERUJA PERTAMA KALI MENCUCI WAJAH DENGAN BUIH


Assalammualaikum ,


Wahh.. bestnya mencuci muka sekarang terus jatuh cinta dengan cleanser nie. Pertama kali merasai pencuci berbusa foam dari ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER. Cleanser ni memang sangat berbeza dari yang lain tau bermain buih di wajah dengan urutan lembut. Bukan itu  sahaja kulit muka juga tidak rasa kering dan tegang selepas memcuci wajah kerana kandungan lembapan yang tinggi.



Kiranya tidak mengeringkan kulit ,tak melekit dan serapan yang pantas. Paling teruja bila pump botol terus keluar buihnya ringan sangat terasa lembut jee pada kulit dan bau seperti ‘ tea tree oil ‘ selepas mencuci wajah dengan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER kulit rasa bersih dan licin selesa sangat terasa lembut , lembap jek kat muka.. 




Kebaikkan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

  • Mengawal sebum dan minyak pada kulit
  • Membersih secara mendalam liang pori kulit
  • Memberikan kelembapan terutama kepada kulit yang sensitive
  • Bubble menjadikan kulit lebih lembut
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Menyegarkan kulit
  • Meregenerasi pembaharuan kulit
  • Kulit akan lebih bersih


ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE sesuai untuk kulit :


  • Kulit kering
  • Kulit kombinasi
  • Kulit berminyak
  • Kulit yang mempunyai‘ whiteheaddan blackhead ‘
  • Kulit sensitive
  • Kulit berjerawat







Kelebihan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

Kuasa Kulit Bersih

  • Efektif menghilangkan kotoran, sel kulit mati, dan solek dari kulit anda, memastikan kulit kelihatan jelas & cerah


Kelembapan

  •  Suprized bahawa kulit  tidak terasa kering! Kulit sentiasa melembapkan sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak kering, busa yang kaya dengan kelembapan menghalang kulit  daripada mengeringkan


Mengeluarkan Impurities & Pore Strangthen

  • Membersih jauh ke dalam liang berkesan menanggalkan makeup , mengecilkan liang pori, kulit kelihatan lebih sihat ,  menjadikan kulit berkilat dan bersih, mengeluarkan kekotoran di dalam liang kulit


  • Membersih jauh ke dalam liang memberi  kesan yang sangat baik untuk menanggalakan solekan , menguatkan liang, memberikan pandangan yang lebih sihat, menjadikan kulit berkilat dan  mengeluarkan kekotoran di dalam liang kulit






Kandungan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

Jus Daun Aloe Barbadensis; Melaleuca Alternifolia (Minyak Daun Pokok Teh); Ekstrak Daun Salvia Officinalis (Sage); Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary); Ekstrak Jasminum Officinale (Jasmine); Ekstrak Lavandula Angustifolia (Lavender) 


Kandungan Utama ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

1         Jus Alor Vera

  • Kulit lembap
  • Kulit bersih
  • Merawat jerawat
  • Anti – radang
  • Memudarkan parut
  • Sunburn 


2         Minyak Daun Tea Tree

  • Melembutkan kulit
  • Anti kulat
  • Merawat Infeksi
  • Merawat jerawat
  • Membersihkan kulit   






Cara Penggunaan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE


1. Pump sedikit  buih ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER  pada tangan yang basah.

2. Urut muka dengan perlahan dengan buih ‘ foam ‘ apabila anda membuat gerakan sekeliling.

3. Cuci muka dengan air suam


Cara penyimpanan ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

  • Elakan dari terkena cahaya matahari secara langsung
  • Jauhkan dari kanak – kanak
  • Elakkan dari terkena mata
  • Tutup jika tidak di gunakan 


Harga ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER HANSAEGEE NATURE

Berharga RM 65.00 untuk 150 ml / 5.29 oz produk ini dari korea yang sememangnya sangat sinonim dengan produk kecantikan .






Website : Hansaegee.com
Facebook : HansaegeeNature
Instagram : hansaegeenature
Online Shop :hansaegee.com/shop





Tuesday, 12 March 2019

SANNY & JOLEEN ANTIOKSIDAN SERUM DARI VITAMIN E TOCOTRIENOL



 Assalammualaikum gaiss



Asyik bercerita tentang kecantikan kulit jek !! mestilah penjagaan kulit itu penting terutama kulit wajah wanita dan gadis semua mahukan kulit selembut bayi  ahaks .. Selain pencuci wajah , pelembab & toner .  Serum juga sangat penting terutamanya dalam merawat kedutan , jeragat, pigmentasi ,anti penuaan dan mencerahkan kulit.  Serum terbahagi kepada 3 jenis iaitu serum vitamin E , Serum kolagen dan serum vitamin C .






Korang  SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum mengandungi TOCOTRIENOL . Meh kita terangkan Tocotrienol dan Tokoferol adalah ahli keluarga vitamin E tetapi Tocotrienol terbukti 40 – 60 kali lebih kuat sebagai antioksidan berbanding dengan vitamin E biasa ( Alpha Tocoferol  ) . Tocotrienol adalah sumber daripada kelapa sawit . Selain itu Tocotrienol adalah antioksidan yang dapat melindungi daripada cahaya , radiasi dan ozon ultraviolet. Serum ini dapat membantu mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen dan dapat meregenerasi kulit supaya  tampak halus dan lembut.  Tocotrienol menggalakkan pemutihan dengan mengurangkan aktiviti tyroksinase dan mengurangkan kandungan melanin . Penggunaan jangka panjang serum antioksidan menggalakkan kulit yang sihat. 




Kelebihan SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum


  • Memudarkan bintik – bintik gelap dan pigmentasi
  • Membaiki kesan sunburn sinaran matahari
  • Melembabkan dan dehidrasi pada kulit
  • Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal
  • Melambatkan proses penuaan
  • Melicin serta mencerahkan kulit
  • Menutrisi kulit


Pemakaian serum wajah secara rutin juga lambat laun akan membuatkan wajah jadi lebih lembab, menghaluskan tekstur kulit dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Bahkan tanda-tanda penuaan pada wajah pun secara perlahan-lahan akan pudar. SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum dengan formula tidak berminyak dan sejuk.  






Kandungan yang terdapat dalam SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum


Selain mengandungi Tocotrienol (Vitamin E)bahan lain seperti Panthenol (Pro-vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula & Minyak Zaitun Aqua, Niacinamide, Glycerin, Aminomethyl Propanediol, Citrus Reticulata (Tangerine) Ekstrak Peel, Beta glucan ragi, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, 3-0 Ethyl Ascorbic Acid, Olea Europaea (Oilve) Minyak Buah, Lecithin, Tocotrienols, Propanediol , Asid Benzoik, Tetrasodium Glutamate Diacetate 


SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum tidak mengandungi :



  •  Natrium Lauryl Sulfate
  •  Natrium Laureth Sulfate
  • Paraben
  •  Tiada Derivatif Haiwan
  •  Tiada Minyak MIneral
  •  Tiada Alkohol
  • Tiada Detergen Harsh
  •  Tiada Warna Buatan
  • Tiada EDTA
  • Tiada Propylene Glycol
  • Tiada wangian sintetik




Cara Penggunaan yang betul
Menggunakan serum untuk wajah bagi perawatan kulit sehari-hari, ada perlu tahu cara penggunanya yang tepat.
Mencuci atau membersihkan wajah dengan sabun pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian dap dapkan dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.
Sapukan dua kali sehari selepas mencuci wajah. 


                                                                                

SANNY & JOLEEN Antioksidan Serum mudah untuk di dapati di mana – mana farmasi terpilih di kawasan korang di sini korang boleh cari farmasi berdekatan hanya klik link di bawah .


Sila klik di sini : Farmasi Terpilih 

Website : sannyjoleen.com

Twitter : sannyjoleen 

 Instagram : SannyJoleen


Facebook : Sannyjoleen