![]() |
Launching the 23rd MAGGI® Secondary Schools Cooking Competition (MSSCC)! |
Pertandingan
memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC)
kembali tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai
satu inisiatif bersama MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun
ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin
Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Dengan tema ‘Anda dan MAGGI’ membawa kesan positif
kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan
untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian
masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan
pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan
memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.
Menurut Cik Kimberly
Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali
lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka
menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana
pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun
ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk
memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari
permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang
memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan
idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu
persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu
mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”
“Kami sentiasa
berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi
pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta
detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah
beliau.
Encik Suhaimi Sun
bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian
Pendidikan Malaysia berkata, “Kami
mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta
untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian
lama terjalin dengan MAGGI untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan
pelajar kita.”
Pertandingan tahun
ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian
markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan
kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah
masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan
konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan
penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan.
![]() |
From left] Encik Suhaimi Sun Bin Abdullah and Ms Kimberly Oh joining Chef Abdul Muluk in a MAGGI® cooking demonstration.
MAGGI telah
melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak
dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat
dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000
pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan
kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.
Semasa upacara
pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan
interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi
permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran
mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.
Wakil-wakil media juga diberi
peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan
masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.
Untuk maklumat
lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.
|
No comments:
Post a Comment