Thursday, 7 December 2017

Desaru Fruit Farm Johor Rasai Kesegaran Ladang Agrotek


Jus Kedondong Organik


Hai.. kat sini siapa suka makan buah mesti ramai kan ? 
Berminat tak dalam bidang pertanian ???
Desaru Fruit Farm adalah pilihan tepat untuk dikunjungi kerana banyak yang dapat kita pelajari tentang cara penanaman buah - buahan , pokok herba dan sayur - sayuran. Kami blogger media sangat bertuah kerana dibawa melawat ke Desaru Fruit Farm oleh Johor Tourism. 


En Henry Goh memberi penerangan mengenai tanaman di sini 

Pokok Koko


Desaru Fruit Farm dibuka pada tahun 2001 dan telah menerima 180,000 pengunjung sehingga sekarang terutama pengunjung daripada Singapura. Ladang Agro ini juga telah banyak menerima penganugerahan antaranya The Winner of Malaysia Tourism Malaysia 2008/2009 , Innovative Tourism Attraction, Agro Tourism Conversation , Johor Tourism award 2009 winner of the best Agro Tourism , MAHA 2006 Best Agro - Tourism Site dan terbaru 2017 Gold Award Agro Tourism Product.



Pokok Buah Naga


Bunga Pokok Buah Naga



Kami dibawa tour oleh En Henry Goh general manager Desaru Fruit Farm sendiri untuk melihat keistimewaan ladang buah , herba dan sayuran yang ada disini. Keluasan  ladang ini 45.5 hektar dan memiliki lebih daripada 100 spesis tumbuhan dan juga buah - buahan tempatan iaitu

Buah  bermusim seperti Durian , Rambutan , Pulasan & Manggis manakala buah yang tidak bermusim seperti kedondong , nangka , jambu batu , ciku dan banyak lagi.




Limau Jari Buddha
Pengurusan Ladang

Desaru Fruit Farm mempraktikkan sistem baja organik GAP ( Good Agriculture Practice ) untuk menghasilkan pengeluaran yang lebih sihat dan berkualiti . Dengan kawalan biological semulajadi dapat mengelakan serangga dan penyakit daripada merebak.






IPM ( Integrated Pest Management ) adalah satu cara untuk menghalau lalat buah dengan membalut buah menggunakan plastik dan kertas. Cara ini dapat menjaga kualiti buah daripada dirosakkan.


OBF ( Organik Bio Fertilizer ) adalah bahan organik semulajadi yang dicampur dengan

 EM ( Effective Microorganisms ) yang dapat membaiki ekosistem , biodiversity dari struktur kompos bernutrien.





Misai Kucing



IAB ( Integrated Agro Bio Farming ) kambing juga dibiakkan dalam ladang untuk dapatkan daging dan tarikan semulajadi. Selain itu bahan buangan kambing di proses untuk dijadikan baja organik yang dapat mengurangkan kos untuk pembelian baja.




Belimbing Besi

Proses Tuaian


Buah dituai apabila 90 hingga 95 % telah matang dan dipetik pada waktu pagi dimana cuaca masih sejuk. Membolehkan buah dikelaskan mengikut gred dan dibungkus sebelum dihantar ke pasaran.

Buah akan dipilih mengikut warna , bau , telah masak , saiz dan isinya.




Daun Kesom
Pengunaan racun serangga dan baja kimia tidak dibenarkan sama sekali. Ladang ini juga bebas daripada nyamuk kerana mempunyai sistem pengairan yang sistematik.




 Racun Organik
Mahkota Dewa

Mengkudu

Jambu Air

Tahukah bagaimana cara untuk memilih jambu tanpa bijinya senang sahaja hanya lihat pada warnanya. Jika merah keseluruhan pasti tiada biji didalamnya berbanding merah hijau.


Buah Mulbari
Terdapat 2 jenis pakej untuk pengunjung yang datang kesini :

Pakej A - Going Green 
RM 27 Perperson

  • Berjalan keseluruh ladang buah - buahan dan Taman Herba. 
  • Mengumpul maklumat  di Galeri Agriculture dan bermain permainan congkak atau 
  • ting -ting.
  • Mendengar pendidikan mengenai pengurusan lebah dan madu.
  • Melawat Mini Petting Zoo
  • Lunch box dan buah - buahan segar.



 Markisa


Pakej B - Earth Day Project : 
RM 37 Perperson

  • Belajar mengenai GAP & IMP
  • Belajar tentang kecekapan mikroorganisma - membuat Aerobic Bokashi , menyediakan EM5 dan bebola lumpur.
  • Mengumpul maklumat  di Galeri Agriculture serta melihat lebah dan merasa madu sendiri.
  • Belajar teknik " Propagation & Hand on Marcotting " .
  • Berjalan disepanjang ladang jambu sehingga ke Petting Zoo & kandang kambing.
  • Menikmati outdoor lunch & tropical fruit

 



Ladang Herba

Ladang Herba
Terletak berdekatan dengan kolam ikan di sini pengunjung boleh merasai sendiri bagaimana menjadi seorang petani . Kami di ajar bagaimana menyediakan tanah untuk ditanam didalam botol plastik dan cara untuk menjimatkan ruang tanaman. Begitu efektif dengan menggantung tanaman ini dan kelihatan sangat menarik. 



Sawi

Diajar cara penanaman

Stevia

Kami juga turut merasa  daun Stevia ini ternyata memang manis sekali walaupun belum melalui proses.




Kolam ikan Koi

Bunga Telang
Bunga Telang inilah yang digunakan untuk membuat nasi kerabu yang berwarna biru tuu..


Bunga Telang


Agricultural Gallery



Di sini terdapat artifak lama dan pengunjung boleh menggumpul sebanyak maklumat tentang cara - cara menjaga tanaman terutamanya tanaman buah buahan tempatan.



Dirasmikan oleh menteri besar Johor



Rama - rama ini adalah pendebungaan biologi semulajadi diladang ini.

Pendidikan Tentang Pengurusan Lebah 

Bee Produk


Di sini kita diberitahu tentang pengurusan lebah dan mengenal ketulenan madu lebah. 
Terdapat beberapa produk berasaskan madu lebah yang boleh dibeli oleh pengunjung juga.



kami diberi rasa madu asli

Petting Zoo



Arnab

Ayam Serama Yang Jinak

Kura - Kura 
 Korang tahu tak yang mana satu jantan dan betina ? cer teka.. 
Yang berlekuk tu jantan manakala yang rata tu adalah betina haa..

kan elok je tak jatuh kauu

Kandang Kambing

Disini juga kita boleh selfie ayam pun ayam lahh kan

Hidangan Utama Desaru Fruit Farm


Terdapat buah - buahan yang digoreng , buah segar terpilih dan lauk pauk berasaskan buah seperti kerabu mangga , ayam masak lemon bersama air buah. Kami dihidangkan bersama jus Rosell terus hilang dahaga kami. 


Pisang Goreng dan cempedak goreng

Buah - buahan Tropika

lauk pauk berasaskan buah 




Beralamat : 
Desaru Fruit Farm Trading
No 1 , Hentian Penawar , 
Sungai Cemaran Desaru,
81930 Kota Tinggi , Johor

Email : www.desaruff.com.my

Tel : 017 8223886/ 07 8308076

Website : Desaru Fruit Farm






Sunday, 12 November 2017

Villa Castalia Kampung Tualang Tiga Johor Kembali Ke Dimensi Zaman Dahulu

Villa Castalia

Villa Castalia !!
Kat mana tu ?? 
Okey kita tak sabar nak bagi tahu Villa Castalia nie berada di Tanjung Gemuk , Sedili, Kota Tinggi Kampung Tualang 3 Johor Baharu.
Mesti pernah dengar kan Tualang 3 alaa.. dalam cerita P Ramlee tuu..
Kembara Johor 2017 bersama Johor Tourism membawa kami melihat keistimewaan Villa Castalia dangan menghayati dan menikmati rumah yang kekal klasik pada zaman dahulu. Wow Klasik serta antik yang susah lagi untuk kita temui masa kini.


Air Basuhan Kaki Dalam Tempayan

Inilah keistimewaan rumah ini yang mesti korang lawati kerana masih mengekalkan tradisional  klasik terutama generasi sekarang. Kalau kita lihat banyak tempat - tempat tarikan baru seperti rumah terbalik atau rumah 3D. Tetapi konsep Villa Castalia ini memang saya puji dan terharu kerana kita sendiri dapat mengimbas semula zaman ketika kecil apabila melihat barang yang pernah kita gunakan suatu ketika dahulu.


Lauk Pauk Tradisional Melayu

Kami disambut dengan paluan gendang sangat meriah sekali. Langkah kanan rezeki di jemput untuk makan tengahari di sini Alhamdullilah. Sedap sungguh lauk pauk yang dihidangkan oleh orang kampung Tualang Tiga terima kasih sudi melayan kami.


Di hidangkan oleh wanita melayu berpakaian klasik


tak sabar nak menjamu selera 
Lelangit
Apa fungsi kain seperti di atas tu.. okey kain ini di panggil lelangit biasanya kita boleh lihat 
dirumah - rumah kampung. Kain ini berfungsi untuk mengelakan habuk sangat menarik kan.

Beranda Villa Castalia

Selepas makan kita tinjau dalaman rumah pula lagi sekali kami dijamu kuih tradisional iaitu pulut bakar bersama kopi tualang Johor memang terbaik sedap sangat. 


Pulut Bakar Bersama Kopi Tualang

Peralatan muzik lama

Berada di dalam Villa ini seolah - olah kita berada di dimensi zaman melayu dahulu. Lihatlah barangan di setiap sudut rumah ini dari atas siling hingga setiap sudut segalanya barangan antik. Lampu gas dahulu hiasan tikar daripada rotan dan anyaman semuanya masih kekal cantik dan terjaga.


barangan dan hiasan yang klasik

Pemain Piring Hitam

Alat hiburan zaman dahulu pemain piring hitam. Ada lagi tak yang masih menyimpan koleksi piring hitam. Mesti masih ada lagi kan mungkin dah tidak ramai


Bermain permainan tradisional batu seremban


Hiasan Bilik Pengantin Melayu Dahulu

Kami memang teruja apabila melangkah ke bilik pengantin ini yelah tak sangka dapat melihat hiasan bilik pengantin zaman dahulu kerana susah lagi melihat pengantin sekarang membuat tema begini. Kepada generasi kini bolehlah datang untuk melihat sendiri . Barang yang lama tetap dikenang gitu kan.

Dapur Arang

Dapur arang ini juga kita dah tidak jumpai lagi dimana - mana rumahkan. Saya masih sempat ingat semasa kecil nenek saya masih menggunakan dapur begini. Kayu api perlu sentiasa ada untuk memasak agak renyah juga. Tetapi jika tiada dahulu tentu tiada yang sekarang bukan.


Talam dan Cawan yang Klasik

Rumah Tradisional ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin merasai suasana kampung untuk bermalam , penggambaran , dokumentari dan filem. Boleh hubungi Johor Tourism untuk keterangan lanjut.


Basikal Tua


 Datang sini berjumpa basikal ni sebab terlalu teruja nak naik dan mengayuh tak semena - mena jatuh juga ketanah sepandai - pandai kau bawa basikal. Sakit jugak itulah pesan orang dahulu jangan terlalu berseronok nanti ada benda tak elok boleh terjadi. Pesanan orang zaman dahulu yela kitakan berada dimensi dahulu kala.


Menanam pokok kelapa


Sebelum kembali semula ke dimensi sekarang sebagai tanda kami kembara Johor menaman pokok kelapa. Manalah tahu jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi jika umur panjang boleh kita datang lagi. Mungkin pokok kelapa nie dah pun besar tinggi. Kenangan di negeri orang.


Cenderahati


Terima kasih dapat lagi cenderahati bunga telur warna Johor biru merah dapat dua lagi rezeki. yelah boleh pula tetiba telur rebus tu tercabut jatuh tergolek memang nasiblah awak jatuh basikal dapat telur pun jatuh. Dah memberi memori kepada semua orang disitu. Apa pun memang seronok dapat kenal budaya melayu di negeri Johor.



Website : Johor Tourism