Watak Utama Drama Boss.. Mama kirim salam taruhan terbaru TV ALHijrah |
Buat julung kalinya TV AlHijrah memecah
tradisi penyiaran dunia Islam apabila stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini
berjaya menerbitkan sendiri sebuah drama yang memberi penekanan kepada susun
atur plot, tatacara serta adab pembikinan drama yang bersesuaian dengan imej TV
Islam.
Drama berjudul BOSS… MAMA KIRIM SALAM
telah memulakan siarannya 6 Februari 2020 yang lalu. Drama istimewa ini akan meneruskan
tayangan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang selama 36 episod
siaran. Marahon episod lepas drama ini boleh disaksikan pada setiap Ahad jam 5
petang.
Salah satu babak bersama Nina Fazurina dan Carolina Binur dalam drama Boss..Mama kirim salam |
Drama BOSS... MAMA KIRIM SALAM adalah hasil arahan sutradara berpengalaman
yang juga merupakan kakitangan TV AlHijrah iaitu Wan Hussin Wan Ismail (FDAM)
serta mendapat suntikan Raja Azidah Raja Jaafar selaku penulis skrip.
Berlatarbelakangkan penceritaan serta
karektar di balik tabir stesen TV Islam, TV AlHijrah bereksperimentasi dengan drama
terbitan dalaman yang mendidik, memberi tauladan serta patuh syariah tanpa
mengetepikan faktor budaya popular drama masa kini.
Drama ini mengandingkan pelakon-pelakon
hebat tanah air iaitu Qazem Nor dan Siti Fazurina Mohd Famir sambil dibantu oleh pelakon baru yang
sedang menempa nama di dalam industri iaitu Carolina Binur dan Zee Khan Hussein.
Tambah istimewa, hampir 90 peratus kakitangan TV AlHijrah turut diberi peluang
untuk sama-sama menjayakan naskah ini selaku pelakon pembantu.
Ketua Pegawai Eksekutif TV ALHijrah Encik Namanzee |
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV
AlHijrah, Encik Namanzee Harris “drama BOSS…MAMA KIRIM SALAM ini sangat
unik kerana selain merupakan drama pertama di Malaysia yang berkisar tentang
dunia penyiaran Islam, drama ini juga menggunakan seratus peratus tenaga
kepakaran warga kerja TV AlHijrah iaitu bermula dari pengarah sehinggalah
kepada pengurus produksi, jurukamera, tenaga pasca penerbitan jurusolek, penata
cahaya, penata bunyi dan lain-lain,” kata beliau.
Qazem Nur dan Carolina Binur |
Drama
BOSS.. MAMA KIRIM SALAM mengisahkan tentang Azra, seorang gadis lepasan ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang menyumbang
bakti dalam bidang penyiaran di TV AlHijrah. Banyak halangan dan rintangan yang
dihadapi oleh Azra di dalam dunia pekerjaan namun begitu, sedikit pun tidak
mematahkan semangat beliau untuk mencapai cita – cita yang diimpikan iaitu
bergelar penerbit rancangan yang terkenal.
Qazeem Nur sebagai watak utama Baihaqi |
Nina Fazurina sebagai Puan Kayla |
Encik Baihaqi yang bertindak
selaku penyelia Azra merupakan
antara insan penting yang sering membantu Azra mencapai cita-citanya. Dalam diam,
perwatakkan Encik Baihaqi telah menarik perhatian Azra. Walaupun bergelar duda
anak satu namun, paras rupa yang dikurniakan tidak menampakkan usia sebenar.
Pada masa yang
sama, ibu Azra iaitu Puan Kayla, seorang ibu tunggal merupakan seorang klien tetap di TV AlHijrah
yang sering menggunakan platform promosi stesen itu bagi memasarkan dan
mempromosikan produk kecantikannya.
Barisan pelakon utama bersama ketua pegawai Eksekutif TV ALHijrah |
Kerana acapkali bertemu dengan Encik
Baihaqi di TV AlHijrah, bibit- bibit kasih sayang timbul namun Puan Kayla tidak
mempunyai kekuatan untuk menyatakan rasa cintanya kepada Encik Baihaqi kerana
bagi dirinya, apa yang penting adalah melihat kebahagiaan Azra.
Konflik timbul
apabila Laila, rakan sekerja Azra juga memendam
perasaan terhadap Encik Baihaqi namun cintanya tidak berbalas. Sakit hati
dengan penolakan Encik Baihaqi, Laila bertindak nekad dengan menyebarkan cerita
yang tidak sahih kepada kakitangan syarikat.
Salah satu babak Nina Fazuri bersama Qazeem Nur dalam Boss.. Mama kirim salam |
Siapakah wanita yang akhirnya menjadi
suri hati Encik Baihaqi? Mampukah Puan Kayla berkorban hati dan perasaannya
demi kebahagian anak kesayangannya Azra? Jadi jangan lupa sakskikan kesudahan
drama BOSS..MAMA KIRIM SALAM, setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang hanya
di TV AlHijrah.
No comments:
Post a Comment