Friday, 6 December 2019

SAFI YOUTH RADIANCE FORMULASI TERBARU DARI SAFI UNTUK TAMPIL LEBIH MUDA





Assalammualaikum ,

Siapa pengguna setia SAFI kita geng !!!
Semenjak usia dah menginjak 30 an mesti mencari – cari  produk mengandungi anti penuaan setuju tak korang ? Kali ni teruja sangat mencuba  formulasi terbaru SAFI YOUTH RADIANCE telah menjengah dalam pasaran korang boleh dapatkan jenama rangkaian terbaru produk anti- penuaan. Merupakan gabungan teknologi Safron Gold dengan kombinasi ekstrak herba mewah SAFFRON , NANO GOLD , BEETOX & LIPO VIT – C memang mengujakan. Di uji secara dermatologi , bebas minyak mineral , bebas alcohol , bebas paraben & halal lagi . 



SAFI YOUTH RADIANCE menawarkan dua jenis produk iaitu :

  1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI – AGING & WHITENING ESSENCE dengan Nano Gold 24K & saffron
  2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K & saffron






Melihat botol rangkaian produk SAFI YOUTH RADIANCE sangat menarik dan cantik dengan berwarna merah keemasan tampak mewah gituu belum lagi kandunganya yang sememangnya herba mewah iaitu SAFFRON memang mengujakan tahniah SAFI menawarkan produk yang hebat seperti ini dengan harga mampu milik buatku. Bukan hanya mengatasi masalah penuaan kulit dapat mengurangkan garis – garis halus dan liang pori terbuka .


Setelah beberapa hari mencuba SAFI YOUTH RADIANCE ANTI – AGING & WHITENING ESSENCE bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER kulit kekal lembap dan lembut. Sesuai sangat korang jadikan based primer sebelum memakai makeup kulit tetap terpelihara. Boleh dipakai siang dan malam sebagai rutin ‘ skin care ‘ . suka sangat tersturnya mengandungi butiran emas dan cepat di serap tidak terasa melekit pada wajah .




SAFI YOUTH RADIANCE ANTI – AGING & WHITENING ESSENCE





Formulasi berasaskan air di perhebat dengan asid Hyaluronic yang menjadikan lembapan lebih mendalam mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit.


Diperkaya dengan nutrisi ramuan mewah seperti :

  • Beetox
  • Ekstrak Saffron – membaiki struktur kulit mencegah masalah penuaan dari dalam lapisan kulit dan mencerahkan kuit  
  • Lipo Vit C – Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
  • Hyaluronik Asid – Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam 






Cara Penggunaan SAFI YOUTH RADIANCE ANTI – AGING & WHITENING ESSENCE :



  • Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan
  • Sapu dan ratakan produk di wajah
  • Dapkan dengan hujung jari secara lembut sehingga meresap dengan sempurna
  • Gunakan bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER 



Harga RM 55.90 ( 100ml ) 



SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER







Merupakan serum yang menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan. Gel krim akan bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi menjadikan kulit lebih lembut , licin dan lembap

  1.  67%  peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
  2. 75% peningkatan kadar pencerahan kulit



Kandungan  SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER :



  • Ekstrak Saffron – menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah menghilangkan garis halus pada kulit
  • Lipo Vit  C – Anti oksidan melindungi dari sinaran UV
  • Vit B3 – Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam 







Cara penggunaan SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER :


  • Sapukan serum pada wajah & leher
  • Urut lembut dengan cara bulatan sehingga menjadi titisan air sehingga meresap sempurna


Harga RM 55.90 ( 40g )

Produk SAFI boleh di dapati di WATSON , GUARDIAN & AEON WELLNESS di seluruh negara 





Maklumat lanjut :









1 comment:

  1. Terbaik safi kali nie, skin produk dengan kebaikan saffron..

    ReplyDelete