Tuesday 16 July 2019

PERASMIAN MENANDATANGANI MOU PROGRAM USAHASAMA MMSOS & MAJLIS TINDAKAN KESELAMATAN DENGAN DEWAN EKONOMI USAHAWAN MALAYSIA




Assalammualaikum,


MMSOS merupakan aplikasi menyediakan bantuan pelindungan & penyelamatan . Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kerjasama bantuan ambulan , polis , bomba , hospital atau klinik , laporan jenayah , motor assit dan kaunseling yang mudah diakses . Sehubungan itu MMSOS selaras dengan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan dikalangan golongan belia & kaum wanita sebagai usahawan menerusi Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang telah dilancarkan .






Dengan program ini berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya serta memberikan sumbangan kepada golongan memerlukan & mengurangkan masalah penggangguran antara matlamat MMSOS & Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia dengan usahasama dewan ekonomi Usahawan Malaysia.


Dalam usaha mencapai status negara selamat & maju menjadi tanggungjawab bersama membantu PDRM menyelamatkan nyawa disamping perlindungan yang kondusif . Dengan kerjasama yang kukuh di antara pihak Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia serta badan – badan NGO yang lain dan MMSOS dalam merealisasikan hasrat bersama jaringan sosial yang menyeluruh bagi meningkatkan taraf keselamatan awam dan kesejahteraan kita bersama .  






Bidang keusahawanan sememangnya diiktiraf antara bidang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan oleh itu , MMSOS dan Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malysia kini berusaha menggiatkan satu ekosistem , untuk golongan usahawan muda agar melibatkan diri dalam bidang usahawan .



Dengan dana 8 juta daripada Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Pusat Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia iaitu Dato’ Seri Khairul Khuzaini Zamzani , dengan menyasarkan 1000 usahawan belia akan di laksanakan dalam tempoh 6 bulan menerusi Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia yang telah dilancarkan . 






Dalam usaha untuk mencapai status negara selamat dan maju , ianya tidak boleh diukur dari segi pertumbuhan sosio – ekonomi atau pembanggunan infrastruktur semata – mata . Jenayah hari ini bermacam – macam , jadi tugas dan tanggungjawab bersama dan kita perlu memainkan peranan membantu Polis Diraja Malaysia  PDRM  menyelamatkan nyawa . 






Dengan MMSOS yang inovatif dan alternative mampu membantu mencapai matlamat kerajaan dengan memupuk pemahaman terhadap kepentingan keselamatan , menjadikan perlindungan sebagai satu amalan dalam menjalankan tugas – tugas seharian serta meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat bertepatan dengan gagasan kerajaan iaitu “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan “ . 

1 comment: