Assalammualaikum,
Bagi wanita Malaysia yang mengidamkan kulit cantik berseri bak porselin, pasti sukar untuk kekal cantik berseri 360 kerana sering terdedah kepada sinaran ultraviolet (UV) yang memudaratkan setiap hari tanpa disedari . Dengan keadaan iklim tropika yang tidak menentu seringkali akan merangsang masalah kulit. Iaitu adalah amat penting bagi wanita Malaysia memakai pelindung matahari setiap hari dan menjadikan ia sebahagian daripada rejim kecantikan mereka.
Di Malaysia, sinaran UV semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika waktu puncak, ianya boleh mencapai paras antara 8 hingga 10 dan boleh meningkat sehingga 15 di waktu tengahari pada hari yang cerah. Lebih menakutkan lagi, pancaran sinaran UV bukan sekadar berlaku di luar rumah, malah sehingga 70% sinaran UV boleh menembusi ke dalam rumah melalui tingkap. Di samping itu, berdasarkan Kao Skincare Benchmark Study 2018, hanya 17% wanita Malaysia berumur di antara 15-49 tahun mendapat perlindungan secukupnya dari sinaran UV.
FORMULA ‘MICRO UV DEFENSE’ SPF 50+
PA++++ PERTAMA※ DI DUNIA
Sejak
kebelakangan ini banyak kawasan di Asia kini mengalami peningkatan suhu yang
mendadak dan terdedah kepada sinaran UV yang melampau. Bersamaan ini, keperluan
untuk perlindungan UV turut berubah dan permintaan untuknya juga semakin meningkat.
Menyedari keperluan pengguna, Kao Biore menyahut cabaran untuk mengubah
mekanisme perlindungan UV. Selepas penyelidikan intensif selama 7 tahun sejak
dipasarkan pada tahun 2010, Kao Biore sekali lagi mencetus revolusi menerusi
"Micro Defense Technology" inovasi yang memaksimakan potensi SPF50+
sepenuhnya, dimana ia memberi tahap perlindungan tertinggi dalam lingkungan
ini. Rumusan Aqua Rich dengan tekstur ringan seakan air yang diperbaharui,
sesuai untuk dipakai setiap hari di mana ia mampu memberikan perlindungan UV
optimum.
"Menangani
ancaman perubahan alam sekitar terhadap kulit kita menjadi semakin sukar. Oleh
itu, Kao Biore sentiasa memperkenalkan inovasi kecantikan yang bertumpukan
pengguna seiring dengan misi global Kao iaitu menerajui perubahan demi
memperkasakan kehidupan. Sejak penampilan sulungnya, Bioré UV adalah pelindung
matahari paling laris dari segi jumlah jualan di Jepun sejak 12 tahun*
kebelakangan ini, dan kini merupakan pelindung matahari No.1 di Malaysia.
Menerusi inovasi canggih ini, Kao Biore tekad untuk terus membangkitkan minat
terhadap ciri estetika Jepun serta berkongsi rahsia kulit berseri wanita
Jepun, iaitu inovasi seri kecantikan 360
yang boleh anda alami sendiri," kata Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki
Fujiwara.
BIORE UV AQUA
RICH WATERY ESSENCE YANG BAHARU & DIPERBAIKI
Biore
UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ yang diperbaharui merupakan gabungan
pelindung UV yang tahan lama dan tampak semulajadi apabila dipakai, serta
bertekstur seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit. Ia juga
berfungsi sebagai pelindung matahari
dan diformulasi khas untuk menjadikan kulit lebih mulus dan gebu serta-merta.
Ia juga boleh digunakan sebagai pelembab wajah atau asas mekap yang ideal untuk
digunakan setiap hari.
Micro Defense
Technology untuk tahap perlindungan UV tertinggi dan menyeluruh
Formula
unik yang melindungi secara menyeluruh sehingga ke liang-liang kulit untuk perlindungan UV harian yang tiada bandingan,
melindungi kulit dari sinar UVA1, UVA2
& UVB yang menyebabkan selaran matahari, tona kulit tidak sekata dan
tanda-tanda penuaan pramatang seperti bintik-bintik pigmentasi dan kulit kusam.
Kapsul anti-UV 0.2 mikro milimeter, mampu meresapi ketidaksekataan kulit yang
tidak kelihatan dengan mata kasar, membentuk tabir pelindung sekata di
permukaan kulit sehingga ke tahap mikroskopik bagi menghalang masalah kulit akibat pancaran UV.
Tekstur seakan air dan tidak melekit
dengan esen penghidrat yang menakjubkan!
Walaupun mampu memberi perlindungan optimum
daripada sinaran UV, Biore UV Aqua Rich masih mengekalkan teksturnya yang
seakan air, tidak melekit dan cepat menyerap yang disukai ramai pengguna. Ianya
menyegarkan dan terasa sangat ringan pada kulit apabila dipakai, manakala
formulasi tidak melekitnya pula memudahkan penyerapan yang cepat tanpa
meninggalkan sebarang tompok putih. Ia juga berfungsi sebagai primer pelembab
kerana diperkaya dengan agen pelembap seperti Asid Hyaluronik & Ekstrak Royal Jelly. Selepas penggunaan, kulit
tampak lebih segar dan lembap, sangat sesuai
dipadankan dengan bedak asas untuk kemasan yang sekata.
Sesuai
untuk semua jenis kulit, boleh digunakan untuk muka & bahagian badan. Bioré
UV Aqua Rich Essence SPF50 + PA ++++ 50g dijual pada harga RM35.00. Terdapat di
semua farmasi, pasar raya besar dan peruncit utama. Untuk maklumat lanjut
mengenai produk Bioré di Malaysia.
More info :
Facebook Biore Malaysia di : https://www.facebook.com/KaoBioreMalaysia/.
No comments:
Post a Comment