Assalammualaikum ,
Mesti korang pernah dan selalu memasak dengan menggunakan
REMPAH RATUS MAK SITI yang sememangnya terkenal dengan kesedapan dan cukup
rasanya dalam masakan terutamanya di Malaysia. Produk MAK SITI sangat terkenal
di Johor dan telah 40 tahun berada dalam pasaran . Resipi turun temurun Puan
SITI KHAWA JANNAH dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusuff yang menyambung legasi
perniagaan keluarganya . Produk ini ‘ wajib ‘ ada didalam dapur rumah yang
menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan
perasa , pewarna , dan juga pengawet.
SEJARAH AWAL REMPAH
MAK SITI
Pada awalnya MAK SITI ditubuhkan secara kecil – kecilan ketika
itu untuk menyara keluarga dan pengedaran ketika itu di kampung – kampung dan
bandar –bandar kecil dan akhirnya MAK SITI dikenali. Dalam perniagaan pelbagai
cabaran yang di tempuhi sebagai pengasas produk untuk memajukan perniagaannya . MAK SITI sering tertekan pada mulanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman
dan terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarga mereka ini
.
Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan pengurus besar
Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan dan penjenamaan
baru rempah ratus MAK SITI daripada
paket biasa sehingga di dalam botol . Puan Siti Khawa menimba pengalaman
daripada bawah sebagai pelayan restoran dan kerani di firma audit &
perakaunan setelah itu di beri mandat oleh keluarganya untuk meneruskan
perniagaan . Sewaktu mula berkerja dengan MAK SITI adalah detik mencabar kerana
ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan
sehinggalah pengedaran . Cabaran lain ketika itu untuk menjaga team rata –
ratanya lebih matang daripada Siti Khawa dan pengalaman yang tidak dapat
dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripadanya
dengan jumlah ribuan ringgit.
PENGENALAN REMPAH RATUS MAK SITI
Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak
mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah
MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant ,
Aeon Big , Jusco & Mydin .
Antara produk utama rempah MAK SITI adalah :
- Serbuk rempah kari daging
- Serbuk rempah kari
ikan
- Serbuk rempah kicap daging
- Serbuk rempah kicap ikan
- Serbuk rempah kari makanan laut
- Serbuk rempah sup kepala ikan
- Serbuk rempah beriani
- Serbuk cili
- Serbuk rempah sup
- Serbuk rempah sup soto
- Serbuk rempah rendang
- Sup tulang
- Sup punjut
- Sup Soto & Raja Sup
Rempah pembaharuan yang di pelbagaikan dalam botol dan
diperkenalkan di Expo MIHAS 2017 mendapat sambutan menggalakkan antaranya
seperti :
- Emping cili ( chili flake )
- Serbuk cili
- Daun limau purut
- Serbuk daun limau purut
- Serbuk kayu manis
- Serbuk halia
- Serbuk lada putih
- Serbuk lada hitam
- Serbuk kunyit
PERANCANGAN 2019
Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri
dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk
dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.
LADANG DAN KILANG MAK SITI
Tahun 2000 keluarga ini berpindah ke Muar Johor apabila
perniagaan mereka berkembang beroperasi di tanah berkeluasan 3200 ekar pelbagai
aktiviti dijalankan seperti perladangan , pemprosesan rempah ratus sehinggalah
penggedaran rempah ratus. Ladang ini pernah di nobatkan sebagai Malaysia Book
Of Record 2014 sebagai ladang terbesar di Malaysia & mempunyai 6000 species rempah ratus dan herba . Dan juga
mendapat pengiktirafan MBR ( The Malaysian book of records ) ‘ The largest Herbs & spices plantation ‘.
|
Rendang Daging |
RESTORAN MAK SITI
MAK SITI juga mengusahakan
sebuah restoran melayu yang terkenal dengan elemen tradisional . Masakan
melayu dilihat masakan unik dan enak dengan gabungan rasa manis , pedas , masin
dan masam rahsia keenakan masakan melayu disebabkan rempah asli dan bahan asas
yang segar. Bahan masakan yang sering di gunakan dalam masakan melayu seperti cili
, serai , ketumbar , santan kelapa , dan rempah ratus terus kekal hingga ke
hari ini dan membuatkan rasa keenakkannya tidak banyak berubah .
|
Rendang Ayam |
Hidangan masakan melayu yang disajikan adalah tradisional
yang harganya berpatutan . Restoran MAK SITI menawarkan 40 sajian hidangan
masakan melayu & pelbagai variasi
lauk pauk seperti gulai nangka , ikan bakar , pecal , sayur lodeh , daging masak
lada hitam , dan ulam pastinya membangkitkan selera bagi penggemar masakan
melayu. Keistimewaan restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan MSG dan
hanya mempelbagaikan rempah dan herba melayu asli selain rempah ratus MAK SITI
dan bahan mentah yang segar seperti sayur , ikan , ayam , daging untuk
memastikan masakannya terjamin.
Rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan yang segar
dan bebas bahan awet serta pewarna & dikisar mengikut standard kualiti
cukup tinggi. Di restoran ini pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka
selera , salad , sup , masakan laut , dengan harga berpatutan.Pelanggan boleh
memilih mengikut cita rasa mereka dan juga hidangan dalam kuantiti kecil untuk
kualiti dan rasa.