Friday 31 August 2018

MYCYBERSALES 2018 Sektor E - Dagang Yang Pesat Berkembang Bersama Penyertaan SMEs


Assalammualaikum , 

Sempena pelancaran pada 28 Ogos di Kuala Lumpur #MYCYBERSALE ke - 5 dijangka menjadi acara jualan dalam talian nasional terbesar Malaysia sejak 2014 , dengan lebih daripada 1 ,200 peniaga yang menawarkan produk dan perkhidmatan dilebih daripada 20 kategori runcit . 

Acara ini terbukti menjadi model yang berjaya bagi Perusahaan Kecil Sederhana                                 ( PKS ) dengan hampir 70 peratus daripada para pedagang yang mengambil bahagian di sektor ini . 

#MYCYBERSALE 2018 , yang berlangsung dari 3 hingga 7 September diajurkan oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia ( PIKOM ) dan di sokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
 ( MDEC ) 

Jenama serantau dan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam acara jualan dalam talian ini termasuk Lazada , Shopee , Shopback , 28Mall , Malaysia Airlines Berhad , Qoo10 , Hermo , Shopback , Coca Cola , Mead Johnson dan Unilever . 



Apakah MYCYBERSALES ? 


  • Acara jualan dalam talian nasional #MYCYBERSALE 2018 , yang ke - 5 menarik lebih daripada 1 200 peniaga hampir 70 peratus adalah PKS 
  • Sekurang - kurangnya hampir 600 peniaga yang bersedia menghantar pesanan di luar negara 
  • #MYCYBERSALE 2018 menarik lebih daripada 100 rakan kongsi menyumbang lebih daripada 62 peratus pembiayaan sektor swasta  
  • #MYCYBERSALE 2018 berpotensi untuk mencapai lebih dari 13.9 juta pembeli dalam talian di Malaysia 
  • Pembeli Malaysia dan luar negara boleh memulakan membeli - belah di #MYCYBERSALE 2018 dari 3 - 7 September di www.mycybersale.my 





Para peniaga #MYCYBERSALE telah berbaris dengan tawaran barang - barang yang menarik dangan harga yang sangat murah bagi pengguna untuk mengambil kesempatan. Ini adalah masa untuk merebut tawaran perjalanan yang hebat , alat teknologi kegemaran , kedai hadiah percutian perayaan dan pesta akhir tahun.

Hampir dua pertiga daripada pengguna internet di Malaysia adalah pembeli dalam talian dan #MYCYBERSALE 2018 berpotensi mencapai lebih daripada 13.9 juta pembeli dalam talian di Malaysia menurut Ganesh Kumar Bangah , Pengerusi PIKOM .

PIKOM yakin sasaran RM370 juta GMV yang ditakrifkan sebagai jumlah hasil yang di jana dalam tempoh jualan .





' MENCEGAHKAN PERTUMBUHAN MELALUI PERKHIDMATAN OMNI CHANNEL ' temanya #MYCYBERSALE 2018 bertujuan menggalakkan PKS dan perusahaan mikro untuk menguna pakai pendekatan omni channel untuk perniagaan mereka bagi mengurangkan pergantungan pada jualan mesej media sosial.


Lebih daripada 600 peniaga dijangka menghantar pesanan ke China , Emiriah Arab Bersatu , Amerika Syarikat dan negara lain di Eropah juga Asia Tenggara .


Dengan kadar mata wang Ringgit yang menggalakkan dijangka menarik lebih ramai pelanggan di luar negara ke #MYCYBERSALE 2018 . Pikom yakin dengan pendapatan eksport yang di sasarkan RM50 juta akan dicapai .


#MYCYBERSALE 2018 acara jualan dalam talian telah menjadi pemangkin kepada peniaga - peniaga di Malysia untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem E-Perdagangan dan menyumbang kepada pendapatan dalam negeri dan eksport e- perdagangan .


Barangan Bayi


#MYCYBERSALE 2018 terdiri lebih daripada 100 jenama korporat dan runcit terkemuka di sektor swasta termasuk Pinnacles Partners Commerce Asia , Fusionex , Mastercard dan Lazada , Premier Partner Mobiversa , SAP Malaysia , Shippop , Shopback , CapFiX , dan y5zone Malaysia , Rakan Kongsi Emas ipay88 dan perbadanan produktiviti Malaysia ( MPC ) dan Rakan Kongsi Perak SF Express World First dan City Link Express . Acara ini juga menarik rakan kongsi dan rakan pemasaran serta penaja cabutan bertuah .


Barangan Kecantikan dan Fashion



#MYCYBERSALE 2018 akan diadakan setiap tahun di Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi pengguna untuk mengambil kesempatan daripada tawaran menarik dan harga diskaun yang ditawarkan oleh pedagang semasa perayaan - perayan nasional.


Datuk Yasmin Mahmood , Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia                ( MCED ) memuji usaha PIKOM menganjurkan kempen ini untuk tahun kedua. MYCYBERSALE banyak membantu PKS tempatan di arena e - dagang dan menjadikan Malaysia E - dagang serantau .


MYCYBERSALE menggalakkan kerjasama silang  industri dengan matlamat pelan Roadmap  e - Commerce Strategik Nasional untuk mempercepatkan penggunaan E- Commerce di Malaysia . SMEs dan perusahaan mikro akan mendapat manfaat dengan langkah proaktif ini untuk meningkatkan perdagangan dalam talian .



Percutian

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pertumbuhan e - dagang dijangka berkembang dari 10.6% kepada 20.8 % menjelang 2020 . Malaysia telah menjadi salah satu pasaran baru muncul         e - commerce yang sedang kembang pesat di rantau ini .

Malaysia sebagai perdagangan global akan memordenisasikan industri PKS untuk lebih maju ini adalah batu loncatan untuk lebih besar . Malaysia kini bergerak ke rantaian yang lebih besar berdagang dalam idea inovasi dan teknologi baru pelbagai sektor.


Barangan Gadget & Elektronik

Pada malam 3 September pelbagai promosi dan tawaran kepada pengguna dan di pilih di www.cybersale.my yang memiliki lebih 20 ketogori runcit termasuk elektronik , fashion , barangan bayi , percutian , kesihatan dan kecantikan , barangan rumah , makanan , minuman , perkhidmatan kesihatan dan peralatan sukan.

Peniaga akan menawarkan diskaun hebat sehingga 99% dan lebih 70 hadiah cabutan bertuah untuk
di menangi .

No comments:

Post a Comment