Thursday, 28 May 2015

Tips Percutian Bersama Anak Kecil


Entri kali nie haaaaa...
 nak beri tips bagaimana persiapan untuk bercuti bersama anak2 kita yang masih kecil tu..
ramai jugak yang bertanya ?? tak susah ker berjalan bawa baby kecik nie.
Sebenarnya tak menjadi masalah jika kita buat persiapan awal.

Jom ikut tip yang boleh saya kongsikan :

Sebelum Berangkat

*Pertama sekali kena pastikan emosi anak2 kita bersedia untuk perjalanan jauh.

- Ceritakan sedikit tempat percutian yang ingin kita pergi .
- Mudah untuk mereka gambarkan dan teruja hendak ikut.

*Pilih tempat Percutian dan tempah hotel yang mesra kanak2 @ bayi 

*Buat itinerary lebih santai untuk elakan anak keletihan , mengantuk dan kelaparan.


Set Susu Bayi 

* Beg untuk simpanan susu dan mudah untuk dicapai
* Sediakan susu formula (jika tidak menyusu badan ) 
*  Kelengkapan seperti termos air panas , berus pencuci botol mini , botol susu tambahan ,
    lampin pakai buang secukupnya dan pack tisu lembab.


Ubat - Ubatan 

* Bagi kecemasan perlu bekalkan ubat spt ubat demam , termometer , vicks @ minyak kembung perut.
* Kadang2 kanak2 atau bayi allergy terhadap debu dan bila terkena haba panas boleh sebabkan demam selsema.
*Keselesaan anak2 perlu di beri perhatian. 

Pakaian

* Pakaian secukupnya mengikut keperluan
* Set mandian bayi
* Tuala mandi
* Stoking baby & kasut
* Bantal Kecil
* Topi
* Baju renang kanak-kanak
 ( jika bercuti tempat untuk bermandi- manda ) 

Makanan 

* Perlu membawa makanan untuk si kecil bagi mengelakaan mereka kelaparan.
*Cth Biscut bayi, Puri buah - buahan , Nestum @ Bubur nasi instant
* kanak - kanak pula boleh membawa air kotak @ roti

Mainan

* Untuk mengelakan mereka cepat merasa bosan
- Sediakan CD kegemaran jika menaiki kenderaan @ buku yang di sukai

Kemudahan Untuk Bergerak

* Sediakan Stroller
* Penggendong Bayi
*Car Seat
* Baby Carrier
- ikut kesesuaian tempat percutian

 Sediakan tempat yang selesa untuk mereka tidur. 
Baby yang cukup tidur tak mudah meragam



Semoga percutian menyeronokan dan sentiasa melayan kerenah 
anak - anak dengan sabar.







No comments:

Post a comment