|
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj |
KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2021 - Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa
teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan
tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini,
HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk
kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan
untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang
ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai
metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan
rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama
menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor
rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan
di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang
begitu indah. HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak,
sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini,
kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang,
serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu. Dan baru-baru ini juga, kelihatan
sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin
meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang -
ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia.
Dato’ Sri Meer Habib [kiri] and Najib Bamadhaj [kanan] bersama karya National Aspiration,
kerjasama kreatif Najib bersama kempen Keindahan Merdeka HABIB
|
Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik
Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya
membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung
di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau
bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat
untuk mengharungi cabaran ini bersama. Dengan peningkatan Program Vaksinasi
Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi
secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk
kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna
baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini,
HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk
menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”
Sama seperti rama-rama yang membangkitkan perasaan gembira kepada sesiapa yang
mengagumi kecantikannya, HABIB juga menyampaikan kebahagiaan dan keseronokkan
kepada sesiapa yang melangkah ke bilik pameran HABIB, menerusi koleksi barangan
kemas dan perhiasan yang istimewa, selari dengan slogannya, ‘The Gift of Happiness’.
Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, perniagaan emas
merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang terus berkembang maju. HABIB
mengimbau kenangan di mana pada suatu ketika dahulu, para wanita terpaksa
mengorbankan barangan kemas mereka demi mencapai sebuah kemerdekaan. Begitu lah
besarnya erti dan harga sebuah kemerdekaan. Jadi, kita haruslah bersyukur dan
menghargai kemerdekaan yang telah dicapai walaupun kita tidak dapat menyambut Hari
Kebangsaan dengan meriah seperti tahun-tahun sebelum ini.
Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan
idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib
Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan
makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya
yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian
dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia
ke arah masa depan yang lebih baik.
Tentang kerjasama tersebut, Dato’ Sri Meer Habib menambah, “Kolaborasi bersama pelukis tanah
air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-
dua pihak. Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan
kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. Walaupun kita
tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami
yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan
Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan
rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.”
Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:
Inspirasi di sebalik lukisan ‘National Aspiration’ ini hadir daripada kekuatan serta
harapan yang besar rakyat Malaysia untuk kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik. Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan
pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.
Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad
bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis
rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti
Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper
Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah
dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi
Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan
kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan
kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan
daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan
emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.
|
Sempena kempen Keindahan Merdeka, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesies rama-rama indah
|
Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia
untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik
dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut,
sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi
Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).
KISAH MENARIK SI RAMA-RAMA
Hidup seekor rama-rama bermula dengan sebiji telur yang sangat kecil dan kemudian
menetas menjadi ulat beluncas yang kelihatan seperti cacing yang berduri halus. Ulat beluncas
ini perlu mencari makanan yang cukup untuk membesar dan meneruskan kitaran hidup. Pada
ketika ini, manusia menganggapnya sebagai seekor makhluk perosak yang hodoh dan
menggelikan hanya kerana rupa bentuknya.
Kulit pada badannya akan dilucut sekurang-kurangnya sebanyak empat kali untuk dijadikan
selaput yang akan membalutnya sebelum ia melalui kitaran seterusnya yang sangat mencabar
iaitu menjadi kepompong. Ketika di dalam kepompong, ulat beluncas hanya mengharapkan
makanan yang telah disimpan sebelumnya agar cukup sehingga ke kitaran selanjutnya kerana ia
tidak mampu untuk bergerak keluar sehingga proses perubahan fizikal dan dalaman selesai.
Bahkan, tidak ada apa-apa jaminan keselamatan untuk ulat beluncas selain rasa percaya pada diri sendiri.
Fasa meninggalkan kepompong adalah fasa yang ditunggu-tunggu kerana akhirnya
si beluncas merdeka dan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik serta mampu
terbang tinggi untuk melihat dunia yang lebih luas. Malah, dirinya yang ditakuti sebelum ini
telah bertukar menjadi serangga yang disukai dan digemari manusia.