Sunday 3 March 2019

Safi Expert Solution Mencerahkan Pigmentasi Teruji Secara Klinikal Hanya Dalam 2 Minggu



Assalammualaikum ,

Hai gaiss ada berita baik untuk pengguna setia Safi. Tadaa…  produk baru akan di lancarkan  tidak lama lagi  di pasaran iaitu  produk Safi Expert Solution iaitu set Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation & Bio Treatment Oil Anti Scar & Strecth Marks . Dengan tampilan yang tampak Ekslusive sangat menarik untuk di miliki dan di gunakan . Safi sangat memahami masalah wanita yang utama adalah kesan bintik hitam pada kulit.








Pigmentasi biasanya menyerang kulit wajah sekitar usia 20 sehingga 45 tahun. Bagi yang ada masalah kulit berpigmentasi dan berjeragat, boleh gunakan Safi Expert Solution Intensive Ampoules ‘ Anti Hyper Pigmentasi ‘ & Bio Treatment Oil anti parut & kesan regangan pada kulit. Ia akan membantu untuk mencerahkan wajah dan memudarkan pigmentasi serta jeragat pada wajah dalam 2 minggu yang telah di uji secara klinikal .







Intense Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Telah teruji secara klinikal untuk mencerahkan kesan parut atau pigmentasi dalam dua minggu . Mengandungi 5% Mendalic Acid dengan DN Age Technology . Set Intensive Ampoules terdapat 2 botol untuk kegunaan langkah pertama dan satu botol untuk kegunaan langkah ke dua di sertakan bersama corong penitis untuk memudahkan penggunaan . Baunya wangi seakan vanilla merasa tenang seperti di spa apabila di oleskan di kulit wajah wah..wah.. memang            ‘ recommended ‘ kat korang lah .


Kelebihan Intensive Ampoules


  • -          85.7 % Mengurangkan bintik gelap

  • -          100 % Memperbaharui kulit

  • -          100 % Menganjalkan

  • -          91.7% Menyinarikulit

  • -          100% Memperbaharui tona kulit wajah

  • -          TanpaAlcohol , paraben , silicon & minyak mineral



DN Age Technology

Sistem ini dirumuskan dengan ramuan aktif  DN Age Technology. Kombinasi yang kuat ini menembusi ke dalam lapisan kulit basal dengan berkesan untuk memerangi pigmen gelap yang mendalam, membekalkan kelembapan yang sengit dan menggalakkan pembaharuan kulit untuk kulit kelihatan lebih baik.


Titik gelap disebabkan oleh gangguan kulit hiperpigmentasi

  • -          Pendedahan kepada cahaya matahari

  • -          Proses semulajadi penuaan







 Cara penggunaan

  • -          2 kali sehari pagi & petang selepas mencuci wajah



  • -          Step 1 ( Renewal Hydra Complex )


.Titiskan Ekstrak Ampoules dengan penitis dengan jumlah yang mencukupi ke telapak 
tangan. Dapkan ke wajah secara perlahan sehingga Renewal Hydra Complex diserap sepenuhnya
ke dalam kulit & teruskan dengan langkah 2 

  • -          Step 2 ( Supreme Anti – Spots Complex



. Titiskan Supreme Anti Spots Complex ketelapak tangan dan dapkan keseluruhan kulit wajah .




Saranan

  • -          Penyelesaian Pakar Safi Ampul Intensif adalah program rawatan 1 bulan & akan diulang setiap bulan  untuk membantu mencegah pembentukan bintik hitam

  • -          Dengan penggunaan bersama safi Rania ‘ Gold Youthful Elixir ‘ dapat memperbaharui kulit tanpa cela.

  • -          Penggunaan waktu pagi  disyorkan untuk menggunakan ‘Safi Rania Gold Moisturizing’ Day Cream SPF25PA ++ IR selepas ampoule 2 untuk hasil optimum



Bio Treatment Oil 




Bersifat anti parut dan kesan rekahan ‘ stretch marks ‘ iaitu dengan meningkatkan pembaharuan  kulit sebanyak 21.93% hanya dalam 6 hari . Bio Treatment Oil tidak mengandungi alcohol , paraben & ujian binatang. Kini wanita yang mempunyai masalah parut di mana – mana bahagian kulit selain wajah juga boleh di oles atau sapu pada parut . Ibu mengandung juga tidak perlu risau lagi tentang kesan Strecth marks pada perut hanya gunakan Bio Treatment Oil sahaja untuk pembaharuan dan membaiki semula kulit.

Parut dan Tanda Regangan berlaku semasa

  • -          Mengandung

  • -          Pertambahan berat badan







Kelebihan Bio Treatment Oil

  • -          Memperbaharui struktur kulit & parut lama

  • -          Membantu mengurangkan pembentukkan parut baru.

  • -          Memperbaharui , melembutkan dan melembapkan kulit





Apakah Bio Inchi Oil

Dirumus dengan ramuan aktif ‘ Bio Inchi Oil ‘ sangat ringan , minyak tidak melekit , cepat menyerap menembus kulit ke dalam untuk meregenerasi lapisan epidermis dan mempercepat proses pembaharuan kulit menjadikan tekstur keseluruhan lebih baik .


 Kelebihan Bio Treatment Oil

  • -          21.93% Mempercepat pembaikan kulit

  • -          25% Keanjalan kulit

  • -          9.8% Ketumpatan gentian kulit








Cara Penggunaan Bio Treatment Oil


Sesuai digunakkan pada wajah , lengan , tangan dan ‘ cuticles ‘

Step 1

  • -          Sapukan minyak dua kali sehari di kawasan kesan berparut




Step 2

  • -          Urutkan secara perlahan di sekeliling sehingga selesai di serap .





Website : Safi Malaysia 

4 comments: