Friday 29 May 2015

Pengalaman Bersalin Second Baby ( Breastfeeding Jaundice )

Assalammualaikum
Pengalaman yang tak dapat di lupakan adalah ibu2 akan melalui proses bersalin.
masih dalam memori sebelum berlalu begitu sahaja baik ku coretkan di blogku ini.
Mungkin satu hari nanti anak2 ibu dapat membaca kembali supaya dapat hargai pengorbanan ibu dan ayah.

Muhammad Thaqif Qayyum Bin Norrashaidi 

Tarikh EDD dah semakin dekat tapi mcm biasa ibu ke opis dan lalui hari2 dengan tenang.
23 July 2014 dalam bulan Ramadhan 3 hari sebelum Hari Raya dah msk waktu tengahari tetiba ada tanda darah makanya tak dapatlah ibu berpuasa hari tu.. Dalam hati ibu mungkin ini tanda2 dah nak bersalin.
Ibu masih relek cakap dgn kawan2 dan bos esok saya mungkin tak datang sebab dah ada tanda2 utk bersalin.Ibu terus balik rumah opah standby kat sana.Malam hari dah rasa sakit konstraksi tapi ibu belum bersedia hendak ke hospital lebih awal.Bkn ape takut kena induksi.

Kontraksi nie ibu dah boleh lalui dengan tenang sebab da ada pengalaman lalu.
 Jadi dah x menggelabah.. Ibu bertahan sehingga esok pagi.Dalam jam 9 terus gerak ke hospital.
Sampai jer kat sana dorang terus check bukaan dah 5cm apalagi masa tu jgk dorang pecahkan air ketuban.
Ibu dah rasa turun air dulu dan kali nie turun darah.Ibu terus masuk labour room.Sakit Konstraksi kali nie agak cepat tanpa bantuan induksi tapi bukaan perlahan.Habis baju ayah ibu gengam menahan sakit.Ibu nie walaupun blm ada bukaan tapi rasa nak meneran sangat sampai kena tegur.. Pintu rahim ibu dah bengkak dorang risau baby lagi susah nak keluar.

Bukaan da msk 7cm nurse dan doctor bantu ibu.Apalagi ibu mmg tgu2 kali nie 3 kali push.
Sehabis tenaga tanpa bantuan ubat bius mahupun Epidural ibu dah tak nak.Ibu nak rasa sakit bersalin secara semulajadi tu.. Jam 9 mlm lahirlah baby ibu seberat 3.7 Kg.. Bayangkan agak besar bersalin secara normal hinggakan Doc pun geleng kepala siap ckp awk tak ambil apa2 pun bius. Kuat semangat ibu nie.Sooo.. anak2 ibu jgn cepat mengalah kena berusaha sehingga berjaya.Ibu dgn baby di tolak msk wad mlm tu.. Tenaga ibu mmg habis langsung nak dukung baby pun dah tak larat.Apa yang ibu buat ibu mkn ubat herba..
Menyesal ibu mkn ubat tu.. dah effect baby dengan cepat kulit dan badan naik kuning kemerah merahan.
Apabila kita menyusu secara tak langsung akan effect baby dari pengambilan ubat2 herba nie.

Anak ibu terus di tahan dalam NICU dan perlu di letakan bawah 3 lampu biru yang mana paling tinggi.
Kerana bacaan darah hampir mencecah 300.Hati ibu mana yang tak risau apabila doc beritahu jika bacaan naik lagi perlu buat pertukaran darah.Masya Allah ibu tak dapat bayangkan dan hanya berdoa hanya kepada Allah.. Kemudian dalam kes nie ibu tak boleh memberi susu badan dulu mengikut penjelasan doc mereka tak mahu ambil risiko. Salah satu sebab lagi darah ibu berlainan kumpulan itu yang menyebabkan kuning naik terlalu drastik.Esok Dah Hari Raya ibu tak fikirkan langsung hal tu..
Baby ibu kena minum susu formula khas yg hospital berikan.. 
Alhamdullilah keesokan hari bacaan turun ke 200 dan di benarkan pulang pada hari raya tu..

Sayu sangat hati ibu kaki dan tangan dah penuh dgn wayer.. 
ibu tak dapat angkat sebab nak baby cepat sembuh.

Bersykur sagat ibu dapat bawa baby balik rumah dapat la ibu berpantang.2 hari kemudian ibu masih perlu check up darah baby dekat klinik kesihatan.Ibu dan Ayah terkejut sebab bacaan makin naik dah 270. Klinik suruh refer hospital semula.Untuk anak ibu sembuh kami ke hospital semula.Bacaan darah adik naik sehinnga 390 sekali lagi ibu di uji dan redho jika masih naik adik perlu menjalani pertukaran darah.Ibu berdoa tak putus2 supaya Allah dapat turunkan bacan darah..Baby masih lagi menjalani treatment di bawah 3 lampu.
Bayangkan ibu tak de langsung berpantang tapi kali nie ibu boleh menyusukan badan secara direct.
 Ituu pun dah cukup gembira sebab dapat peluk baby walaupun sekejap2 .
lepas tu perlu letak semula di bawah 2 lampu.

 
Alhamdullilah bacaan turun sedikit selepas adik di masukkan air dan perlu berpuasa 12 jam.Hati ibu mana lah yang sanggup melihat anakku menangis kelaparan bawah lampu panas tu.Ibu kuatkan semangat baby ibu perlu kuatkan diri supaya cepat sembuh. sehinga hari ke tiga dekat hospital adik di benarkan duduk bawah satu lampu..Alhamdullilah dapat nyusu baby ibu lebih lama sedikit.Hati ibu dah boleh bernafas sedikit lega anak ibu kuat sungguh kamoo.. habis tangan dan kaki berbekas jarum.. Hari ke lima di benarkan pulang kerumah.Selepas 2 minggu adik perlu menjalani ujian darah dan air kencing untuk pastikan mengapa kuning belum betul2 hilang.Alhamdulillah result ok..Breastfeeding Jaundice nie mmg agak lama skit nak hilang selama 2 bulan smpi habis pantang barulah hilang sepenuhnya. Kesian anak ibu kena cucuk pundi kencing untuk ambil air kencing tu.. Setelah bacaan pertama tercemar oleh E coli sebab ibu tadah sendiri.Jadi kali nie dorang terus cucuk sendiri. 

 amboi tidur berbantal lengan tu..

Akibat duduk bawah lampu terlalu lama baby perlu pemantauan sehingga dia boleh berjalan dengan normal.
sekarang 30 Mei 2015 adik dah berumur 10 bulan.dah boleh berdiri lepas tangan cuma takut nk melangkah bertatih lagi.. lagi sekali jumpa ngan doctor bila dah berumur setahun pula yer cayang ibu..Setakat nie Alhamdullilah baby sihat.Terima kasih nurse dan doc yang memastikan anak saya baik.

Saya dah sihat terima kasih doc yang merawat saya







No comments:

Post a Comment