Monday 19 February 2018

Mr Dakgalbi Rasai Apakah Perbezaan Dalam Masakan Korea @ My Town Cheras

Mr Dakgalbi Fried Rice Set

Assalammualaikum , 
Annyong .... 
Peminat makanan korea mesti ramai kann.. 
Mr Dakgalbi ada yang pernah cuba ? sedapkan ! 
Rasai perbezaan dan kelainan dalam masakan dan makanan Korea  kerana Dak ' galbi adalah makanan gorengan yang di goreng bersama ramen dan nasi yang dimasukkan ayam potongan dadu bersama resepi sos original korea ' Gochujang ' sayuran yang sinonim negara ginseng adalah kobis yang di hiris halus , sos kubis , ubi jalar , bawang merah dan daun perilla . 
    

Menu Pertama yang di pilih


Percubaan menu yang pertama set untuk 2 pax ' Fried Rice + Ramen + Cheese / not spicy sebab dah makan bersama anak - anak . Sebenarnya hidangan pedas adalah pilihan lebih padu arhh.. Next memang patut cuba yang pedas kerana sos Dak galbi ternyata pedas kerana berasaskan cili . Orang Korea sebenarnya memang suka makan pedas . Walaupun menu yang kitaorg pilih tak pedas tetapi masih terasa kesedapan  resepi Korea tadi . 


Hidangan di masak di hadapan kita sendiri

Lagi kelainan  hidangan Mr Dakgalbi ini di masak terus di hadapan kita ! tetapi bukan kita yang masak , karang lain  plak rasanya hahaa.. krew dorang yang akan gorengkan. Konsep Mr Dakgalbi adalah ' Pan Grill ' Pelindung kuali akan di letakkan terlebih dahulu mungkin untuk menggelakkan percikan makanan yang masih panas tu . 




Ayam bersama resepi Dak galbi di goreng terlebih dahulu dan di potong dadu . Kemudian nasi bersama sos resepi Dak galbi  , bijan  dan seaweed di goreng bersama. Side dish seperti kimchi , lobak putih di jeruk dan kobis di sertakan bersama hidangan utama . 



Konsep restoran begitu mirip seperti di Korea ketika menjamu selera di sini seakan - akan berada di negara tersebut walaupun saya belum pernah menjejaki kaki ke sana tetapi sering melihat review di youtube makanan di Korea . 




Kelainan yang lebih menarik lagi nasi goreng ini juga di goreng bersama cheese yang banyak menjadikan nasi terasa lebih lemak , lembap  tetapi masin yang begitu sekata sangat enak sekali. 




Resepi Ramen juga sama lebih pedas lagi sedap di goreng dalam satu pan yang sama . Suhu yang panas menjadikan masakan korea lebih enak. 


Menu

Antara menu yang terdapat di Mr Dakgalbi bersama harganya sekali . 


Main Course

Set hidangan untuk yang datang ramai

Pan grill per person

Add On side dish

Pilihan Minuman

Menu baru Mr Dakgalbi

Child Drink imported direct from Korea

Alamat : 

Mr Dakgalbi 
L2 - 027 
My Town Shopping Centre
Seksyen 90 , Jln Cochrane 
Cheras 55100 Kuala Lumpur. 

Phone : 

03 2715 0820 

Opening : 

10 am - 10 pm 

Facebook :  




3 comments:

  1. Mr Dakgalbi la!! Sedap tue.. AM suka spicy ramen & cheese + volcano dakgalbi.. menu baru tue.. so yummyy!!

    ReplyDelete
  2. aaaah suka! ritu makan sana tak puas..kne repeat lagi ni

    ReplyDelete